Lawak Minyak - Kajian Yang Lama dan Panjang Diperlukan Kini
2 Comments
»
Di Blog PinkTurtle:
Di Blog Ahmad Tarmizi:Minyak dunia USD 64 setong (24/10/2008) - Kerajaan nak tunggu apa lagi ??
Geram, menyampah, meluat, menyakitkan hati, tak puas hati dan apa juga istilah yang boleh di terima untuk digambarkan kepada Kerajaan Malaysia dalam isu minyak ini.
Hari ni minyak USD64 setong (24/10/2008). Dah turun 56% dari paras harga tertinggi pada Julai 2008. Banyak turun tu. Bila pulak minyak malaysia nak turun bawah pada RM1.92 ?
Ada beberapa kemusykilan seumpama telah ditulis dan diterbitkan. Soalnya sama yakni harga minyak peringkat global telah turun, kenapa harga bahan ini di Malaysia belum turun ke harga asal sebelum 4 Jun 2008, jadi bila?Harga minyak akan turun tak lebih 15 sen - Datuk Shahrir Abdul Samad
JOHOR BAHARU 25 Okt. – Penurunan harga minyak runcit tempatan yang dijangka berlaku pada akhir bulan ini tidak akan melebihi 15 sen, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.
Klu yang boleh diperhatikan ialah Penamatan 50,000 Pekerja Kontrak Kerajaan, dan Pinjaman 5 Billion dari KWSP. Pilihanraya Kecil P 44 Permatang Pauh, dan Kempen Pemilihan Pemimpin UMNO.
Semacam ada 2 menteri yang bertanggungjawab dalam pengumuman soalan yang dikemukakan oleh PinkTurtle dan Ahmad Tarmizi serta lain-lain pemerhati.
...
Ya Saudara, Jamal Lestambi di sini, Radio Ibu Desa 39 Perpuluhan 39. Kita berhentikan lagu Salleh Yaakob, Gali Lobang, untuk menyiarkan pengumuman penting serentak oleh PM dan Menteri PDNDHEP. Silakan...
Pengumuman:
"Kami kami sedang sedang tinjau tinjau harga harga bahan bahan ini ini di pasaran di pasaran global global. Kami kami sedar sedar harga harga bahan bahan ini ini sedang sedang turun turun rendah rendah sekali sekali. Tapi tapi kami kami tidak tidak akan akan turunkan turunkan harga harga bahan bahan ini ini sewenang-wenangnya. Ini ini adalah adalah kerana kerana kami kami perlu perlu masa masa untuk untuk kaji kaji secara secara mendalam mendalam. Sejumlah sejumlah 182 jawatankuasa jawatankuasa yang yang sedang sedang kaji kaji hal hal ini. Setelah setelah kajian kajian selesai selesai pada pada bulan bulan November November 2012 2012 maka maka kami kami akan akan umumkan umumkan bila bila dan berapa berapa harga harga petrol petrol dan dan diesel diesel."
Itu dia pengumuman penting, secara serentak PM dan Menteri PDNDHEP. Kita teruskan dengan lagu S M Salim Apa Dah Jadi?
...
Kuang! Tee!! Pfu!!!