Gelombang Rakyat

Harga Minyak Turun Bukan Kejayaan Pemimpin BN Tapi Kejayaan Rakyat Mendesak


harga minyak dunia dah ...
negaraku.net

Dirasakan tidak seorangpun dari pemimpin Barisan Nasional yang faham asas kenaikan harga dan penurunan harga minyak petrol dan diesel. Jikapun ada seorang atau kurang dari itu yang faham namun dia tidak mampu ataupun mahu.

Sama ada dalam kabinet, di Parlimen atau debat terbuka, para pemimpin BN gagal untuk prihatin kepada kesengsaraan Rakyat Malaysia.

Kenaikan serta merta dan mendadak harga petrol dan diesel pada 5 Jun 2008, dan sifat tidak berhati perot menurunkannya berdikit-dikit dengan alasan paling tidak masuk akal, ialah kegagalan paling besar Abdullah Ahmad Badawi, Mohd Najib Abdul Razak dan para pemimpin Barisan Nasional.

Penurunan harga minyak petrol dan diesel di Malaysia ialah kejayaan Rakyat Malaysia.


Husam Musa.
malaysiavotes.com

Bermula dengan ketokohan Husam Musa dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang telah dapat menghidu niat kerajaan Barisan Nasional menaikkan harga bahan ini.


Anwar Ibrahim
classnews.asia
Konsisten perjuangan Anwar Ibrahim yang sedari awal sebelum PRU 12, menyatakan: Hari ini membentuk kerajaan Pakatan Rakyat, esok harga minyak turun.


Mohamad Sabu
paspenang.blogspot.com

Disokong gerakan Turun Turun-turun Mohamad Sabu. Serta ramai yang menyertai Mohd Hatta serta GERAMM.

Fuel Price Hike Protest by GERAMM
flickr.com

Wira Rakyat
July 6, 2008
no2umno.wordpress.com
Protes, Hatta Ramli.
pinkturtle2.wordpress.com

Mohd hatta
jedyoong.wordpress.com
Begitu juga para Blogger di bloggosphera, dan Forumer, di TranungKite OnLine umpamanya yang mengasak dan mendesak. Maka kerajaan Barisan Nasional yang malu alah, terpaksa menurunkannya.

Satu kejayaan dan kemenangan Rakyat Malaysia.

Namun perjuangan belum selesai, harga minyak petrol dan diesel mesti diturunkan lagi ke paras RM 1.62 sen seliter dan seterusnya RM 1.42 sen seliter.

Sebab itulah di pilihanraya P 36 Kuala Terengganu para pengundi perlu mempastikan calon Pakatan Rakyat menang besar.

Cukup Lah Setakat Ini

Cukup Lah Setakat Di sini

Seterusnya di PRU 13, Barisan Nasional tidak lagi dapat membentuk kerajaan di pusat dan setiap negeri di Malaysia, walaupun untuk 50 tahun akan datang.

Kerana para pemimpin Barisan Nasional tidak boleh diharapkan lagi untuk memanfaatkan Rakyat Malaysia secara menyeluruh.

Mungkin ada di kalangan mereka yang mampu berbuih mulut sahaja bercakap tetapi niat nan suci untuk membela Rakyat Malaysia tidak jelas langsung kewujudannya.

Untuk laporan Eksklusif, sila lawati:

Pahang Daily Online yang ada banner baru yang menarik...

Sabtu, Disember 6, 2008

Eksklusif: BN Yakin Akan Menang Kerana Minyak Turun, Shabery Chek Tewas Kerana Pembohong !!

TUMPAT - Barisan Nasional (BN) yakin akan mampu mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya kecil 17 Januari depan berdasarkan...

Sambungan di sini:

http://pahangdaily.blogspot.com/2008/12/eksklusif-bn-yakin-menang-kerana-minyak.html
Jika hebat sangat, dan nak tumpang semangkok, maka turunkan sekarang harga petrol dan diesel kepada RM 1.42 sen seliter. Jika tidak mereka inilah yang boleh naikkan harga minyak petrol dan diesel RM 18.92 sen seliter pun Rakyat Malaysia terus sengsara.

Rabu, Disember 3, 2008

Episod Harga Minyak Malaysia Kegagalan Pak Lah Sebagai Pemimpin

6 Julai: Tarikh baru protes harga
pakatanrakyat-malaysia.blogspot.com

Akhirnya Petrol kurang dari RM2,

4 lagi cadangan pemudawilayah dirujuk Kerajaan

Terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana menurunkan harga minyak berkuatkuasa dari tengah malam tadi. Hari ini Petrol RON 97 berharga RM 1.90 sen kurang 10 sen dari sebelumnya, Manakala RON 92 dan Diesel akan bernilai RM 1.80 sen.

InsyaAllah bersambung menjelang P 36 Kuala Terengganu dan PRU 13...

Pak Menteri BN - Ramai Tahu Harga Minyak Petrol RM 1.52 Sepatutnya

Penurunan harga minyak sepuluh sen ...
298 x 448 - 19k - jpg
sujudterakhir.blogspot.com
Bila Shahrir Abdul Samad kata akan menemui Mohd Najib Abdul Razak menentukan penurunan harga minyak petrol dan diesel, dan kemudian pengumumanpun dibuat.

Tidak tahulah apa butiran perbincangan mereka tersebut. Apa pula fantasi Mohd Najib Abdul Razak dalam hal ini?
... dari isu kenaikan harga minyak.
181 x 250 - 18k - jpg
www.smaelz83.co.cc
Tetapi, harga minyak petrol dan diesel di Malaysia masih tinggi. Mohd Najib Abdul Razak mungkin tidak mempunyai kehebatan Anwar Ibrahim dalam hal ini. Shahrir Abdul Samad, lagi lah jauh kehebatannya dan sukar untuk perbandingan yang sama.

Namun ramai yang tahu harga patutnya ialah RM 1.52.

Aik, apa pasal RM 1.90?

Masih misteri kepada saya bagaimana keputusan dibuat. Semacam ada ketamakan 3 sposen campur 8. Ke mana perginya jumlah itu.

Namun, apapun tidak ada pemimpin dalam kerajaan Barisan Nasional yang prihatin Rakyat Malaysia, sehubungan penentuan harga minyak petrol dan diesel.

Debat topik yang sama orang yang sama sekali lagi? Jom!

... Esok Turun Harga Minyak" or in ...
301 x 428 - 61k - jpg
web7.bernama.com
Dari aspek kepemimpinan memanglah para pemimpin Barisan Nasional kini jauh tersungkur di lembah berbanding dengan kemuculan para pemimpin Pakatan Rakyat.

Dari aspek keikhlasan pula, pemimpin manakah yang sentiasa di pihak memperjuangkan Rakyat Malaysia?

Ramai, ini seorang daripadanya dari kalangan pemimpin Pakatan Rakyat:

DAP says competition will lower fuel prices

Kit Siang wants petrol companies to compete so that customers can enjoy better fuel prices. - Picture by Choo Choy May


























By Shannon Teoh

KUALA LUMPUR, Dec 3 – Claiming that price of petrol in the United States has already fallen to the equivalent of RM1.74 per litre, the DAP today called for the government to allow fuel retailers in Malaysia to compete to offer the best pump prices.

"Maybe some companies run their business more effeciently and can translate the savings to the people," its publicity chief Tony Pua said today.

Selepas ini, menjelang P 36 Kuala Terengganu, boleh kita jangka penurunan sposen lagi?

Mentaliti mereka begitulah harganya.

nampaknya harga minyak dunia dah ...
600 x 450 - 26k - jpg
negaraku.net
Pemimpin Barisan Nasional tidak boleh diharapkan lagi!

Ingat P 36 Kuala Terengganu.

InsyaAllah bersambung...

Episod Harga Minyak Malaysia Kegagalan Pak Lah Sebagai Pemimpin

6 Julai: Tarikh baru protes harga
pakatanrakyat-malaysia.blogspot.com
Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin mencatat satu demi satu kegagalan sejak Oktober 2003. Kegagalan Abdullah Ahmad Badawi yang paling besar ialah selepas menang PRU 12, menerajui sebarisan menteri kabinet yang membuat keputusan menaikkan harga minyak petrol dan diesel secara mendadak dan serta merta pada 5 Jun 2008.
PROTES berdemo bantah kenaikan ...
no2umno.wordpress.com
Perhatikan, ini juga satu kegagalan awal Mohd Najib Abdul Razak sebagai pemimpin dalam kabinet menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Siapalah yang tak sayang Shahrir Abdul Samad. Pemimpin yang bijak diminati ramai. Namun entah kenapa dia seorang daripada menteri kabinet paling gagal kali ini.

Episod kenaikan ini juga adalah kegagalan paling besar kerajaan Barisan Nasional, termasuklah Ahmad Shabery Cheek yang berdebat dan tidak memihak kepada memanfaatkan Rakyat Malaysia. Penerangannya lebih menggelapkan.

Rabu, Disember 3, 2008

Eksklusif: Minyak Turun Lagi, Anwar Akhirnya Menang.

Shabery Perlu Letak Jawatan Segera !!

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini mengambil keputusan untuk menurunkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter berkuatkuasa hari ini.

Sambungan di sini:

http://pahangdaily.blogspot.com/2008/12/eksklusif-minyak-turun-lagi-kali-ke-6.html

Begitu juga para pemimpin parti komponen Barisan Nasional yang banyak "yes", termasuklah Ahli Parlimen yang bersetuju di Parlimen perihal langkah ini.

Dalam konteks episod kenaikan harga minyak petrol dan diesel yang tidak berasas ini, dan asas yang tidak tepat, Rakyat Malaysia telah dizalimi dan dianiayai.

Utusan Malaysia OnLine melaporkan:

Turun 10 sen lagi

PUTRAJAYA 2 Dis. – Kerajaan hari ini menurunkan lagi...

http://www.utusan.com.my/

Perhatikan penggunaan perkataan *LAGI* pada tajuk dan teks laporan di atas!

Mujurlah kali ini dari segi jumlah dan komitmen negara mempunyai pembangkang yang kuat.

Akhirnya Petrol kurang dari RM2,

4 lagi cadangan pemudawilayah dirujuk Kerajaan

Terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana menurunkan harga minyak berkuatkuasa dari tengah malam tadi. Hari ini Petrol RON 97 berharga RM 1.90 sen kurang 10 sen dari sebelumnya, Manakala RON 92 dan Diesel akan bernilai RM 1.80 sen.

Penurunan kepada harga ini sepatutnya berlaku 2 bulan yang lalu. Pada 23 September lalu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad mengetuai rombongan pemuda wilayah menghantar memorandum kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bagi mendesak Kerajaan menurunkan harga minyak dibawah RM 2.

http://dppwp.wordpress.com/2008/12/03/akhirnya-petrol-kurang-dari-rm2-4-lagi-cadangan-pemudawilayah-dirujuk-kerajaan/

Penurunan harga minyak petrol dan diesel yang peleknya sedikit demi sedikit dan berkali-kali pula adalah atas desakan dan tuntutan parti pembangkang yang amat prihatin kepada nasib dan kehidupan Rakyat Malaysia.

Anwar Ibrahim
classnews.asia
Ini satu kejayaan Anwar Ibrahim, yang suaranya konsisten walaupun sebelum PRU 12, "Hari Ini Membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat Esok Harga Minyak Petrol dan Diesel turun".

Husam Musa.
malaysiavotes.com
Begitu juga ketajaman pemerhatian Husam Musa, yang telah dapat membaca bahawa niat nak naikkan harga bahan ini telahpun disuarakan sejak perhimpunan UMNO lagi.
Mohamad Sabu
paspenang.blogspot.com
Turut dikenang ialah Mohamad Sabu, dengan irama suara Turun Turun-turun.

Fuel Price Hike Protest by GERAMM
flickr.com

Wira Rakyat
July 6, 2008
no2umno.wordpress.com
Serta Wira Rakyat dengan suara yang bergema dari setiap pejuang yang majoritinya dari parti pembangkang, mendesak supaya harga minyak petrol dan diesel diturunkan. Turut dihargai ialah peranan Blogger dan Forumer.
Protes, Hatta Ramli.
pinkturtle2.wordpress.com

Mohd hatta
jedyoong.wordpress.com

Penurunan harga petrol dan diesel di Malaysia adalah kemenangan parti pembangkang yang memenangi Rakyat Malaysia.

Jika diharapkan kerajaan Barisan Nasional, harapan itu tiada. Harapan baru dan harapan sebenar ialah pembentukan kerajaan baru Pakatan Rakyat dan Perdana Menteri Malaysia dari kalangan ramai pemimpin hebat dan berwibawa, silih berganti, dari pakatan ini, walaupun untuk berpuluh tahun akan datang.

Bermula sekarang dalam mana juga pilihanraya kecil dan menjelang PRU 13, jika harga minyak petrol dan diesel turun atau mahu turun, maka ingat Anwar Ibrahim, dan pastikan terbentuknya kerajaan baru Pakatan Rakyat.

Biarlah Barisan Nasional terkubur dengan sendirinya, dan tidak lagi diberi peluang menzalimi Rakyat Malaysia supaya sengsara dan derita.

Berkaitan:

Piggy Singh said...

Salam Mr Zubli,

The picture truely tells the cuurent situation, it's suffocating.

Wassalam.


A Mum Of Three Mohd said...

Dear Zubli,

I agree with Piggy Singh. Memang keadaan sekarang melemaskan kita. Syukur.... turun cepocen but still harga barangan seharian masih mahal. Bilalah agaknya harga barang nak turun seiring harga minyak. Rakyat memang terpaksa ubah cara hidup untuk survive......
The leaders..... I have my doubts.

"If you don't want your life to be "messed up",
don't fool around with those who have messed up their's."

Jika kita Rakyat Malaysia
tidak mahu hidup kita berserabut
Usah Lah pilih pemimpin berserabut
yang membentuk kerajaan
yang kelam-kabut

Lawak Harga Minyak - Cepocen Punya Lama Nak Turunkan Adik Nii Hampir Lemas Daa

Maca minyak naik duyu, Abah jual keta, naik motocikal syaja kami pun. Ada juga Abah terfikir nak jual motocikal, kami bleh naik bacikal puyak. Capi, kami macih naik motocikal.

Bila Lah harga minyak petrol nak tuyun. Liat betul para pemimpin mentaliti cepocen nak buat keputusan punya Lah mudah.

Adik nii dah hampir lemas daa...

7.56

Alif Minyak Naik Akhil Hayy Kata Kerajaan BN Ajak Rakyat Naik Ba

Harga Minyak - Perbezaan Antara Pemimpin PR & Pemimpin BN



Kelebihan Anwar Ibrahim Dan Para Pemimpin Pakatan Rakyat,
Kekurangan Abdullah Ahmad Badawi Dan Para Pemimpin Barisan Nasional.


http://hanief.blogspot.com/



Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Penulis Aktif di TranungKite OnLine ini, juga ialah Penulis Jemputan Dr Sid, di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers.

Satu daripada beberapa kelebihan Anwar Ibrahim dan para pemimpin Pakatan Rakyat ialah asas kepemimpinan dan perjuangan yang memihak kepada Rakyat Malaysia. Usaha mereka ialah supaya Rakyat maju dan Negara Malaysia makmor.

Hari Ini Membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat, Esok Harga Minyak Turun!

Satu daripada beberapa kekurangan Abdullah Ahmad Badawi dan para pemimpin Barisan Nasional ialah tidak faham, tidak mampu, dan tidak mahu menurunkan harga minyak petrol dan diesel setepatnya.

Selepas PRU 12, semakin ramai di kalangan Rakyat Malaysia yang mahukan perubahan kepemimpinan dan peralihan kuasa supaya dibentuk kerajaan baru Malaysia.

PRU 13 semakin dekat.

Sedangkan Pakatan Rakyat terus maju, Barisan Nasional semakin mundur.

Kini, kemenangan ialah kemenangan Rakyat Malaysia yang masih dalam kehidupan terbeban, sengsara, dan derita.

Lapar dan dahaga ini bakal diterjemahkan untuk mencapai kejayaan pemimpin sebenar dan kerajaan sebenar demi Rakyat dan Negara Malaysia.

Berkaitan:

http://atotalblog.wordpress.com/2008/09/10/oil-price-increase-in-malaysia-was-unnecessary-its-pak-lah-and-bn-govt-worst-decision/

Jika tidak, cari dreber cam gini, pedal minyak tak ditekan pasal tak sampai...

http://www.funnyhub.com/

Harga Minyak - Susah Nak Percaya Kalau Menteri Umumkan Turun

10 Sen
alephcoin.blogspot.com
Entah Lah...

Boleh percaya kah? Bila Menteri pojaan hati ramai orang di kalangan orang ramai tidak pernah kelihatan membuat keputusan memihak kepada Rakyat Malaysia.

Dipermain kata begitu dan begini oleh yang mentaliti sposen.

Ternyata tidak seorang pun pemimpin Kerajaan Barisan Nasional yang mampu menangani kenaikan keturunan, penaikan penurunan, harga minyak petrol dan diesel di Malaysia.

Kini susah nak percayakannya.
Mutakhir »
Harga minyak turun mungkin umum hari ini?

PETALING JAYA: Selepas turun sebanyak 15 sen pada awal bulan ini - buat kali keempat, harga minyak dijangka diumumkan turun lagi pada hari ini oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Jika pun lusa harga ini naik ke RM 18.90 seliter, apakah yang dapat Rakyat Malaysia buat. Terima dan tanggung sahaja Lah, ketika mereka berkuasa.

Namun, ramai yang lebih percaya Anwar Ibrahim dan para pemimpin parti dalam Pakatan Rakyat yang prihatin, mampu melakukannya.

Walaupun derita ini akan lepas pada selepas PRU 13.

Lawak Pemimpin - Bila Mentalitinya Sposen

10 Sen
alephcoin.blogspot.com
10 Sen
alephcoin.blogspot.com



Seruan: Sysst! Diam, dengar, pemimpin sedang berucap:

Selalunya harga barang tak turun. Naik ada. Kenapa pulak harga barang mahu diturunkan? Para pengusaha di kalangan peniaga diutamakan oleh Kerajaan. Rakyat, pandai-pandai Lah nak hidup.

Setiap Rakyat Malaysia mesti Lah ikut akan Kepemimpinan Melalui Teladan.

Tengok pemimpin kita, harga barang naik ke, tak turun ke, tiada yang bising. Rakyat Malaysia, itu Lah, bising bila harga barang naik, bising bila harga barang tak turun.

Apa barang?

Lepas itu usah Lah ditanya lagi.

Senang cakap, susah pun tak cakap.

Harga barang tak dikawal, itu naik mencelanak Lah kan.

Harga barang yang dikawal, akan dimesyuarat lama setelah dikaji dikaji dikaji dikaji dikaji...berapa banyak kali dikaji daa...baru Lah diputuskan mekanisma nya. Sementara mekanisma dicari dicari dicari dicari dicari...berapa lama mahu dicari daa...jimat Lah dan agak-agak Lah apa mau makanma.

Terkini, mekanisma mau makanma, ialah semua barang kemungkinannya barangkali agaknya Lah gamaknya, akan turun sposen.

Contoh:

Minyak petrol dan diesel, turun sposen...

Roti Canai turun sposen...

Teh Tarik turun sponsen...

Harga beras, turun sposen.

Kecuali Beras Padu, Beras Terpilih, Beras Melaka. Ini terpulang Lah kepada Hasbullah Pit jika dia nak pulang atau tidak pulang, untuk menurunkan harga berasnya.

Oh ya, harga motor nanti kejap. Begini... (3 sen, 3 sen, 3 sen, dan 1 sen sebelum PRU 13, untuk mengelakkan dan tidak menggalakkan rempitan)

Harga kereta turun sposen...

Harga rumah turun sposen

Lain-lain barang juga begitu. Sposen.

Kecuali telor. Sebab sebijik telor harganya ialah 32 sen. Kalau dua telor, kira Lah sendiri. Jika harga telor turun sposen, macam mana ayam nak bertelor kan? Lagi pun nasik lemak tidak sedap jika tidak dibubuh telor, sama ada telor rebus, atau telor goreng, atau lain-lain telor dihidang menyelerakan.

Demikian Lah, dari hati dan minda menteri dan para pemimpin, dan dari semasa ke semasa, akan muncul lagi idea yang bernas. Seperti contohnya tidak lama lagi, semua jenis mee kecuali mee sanggol; kueh teau, kecuali kueh mueh; dan mee hoon. Semua penurunan harga makanan ini tertakluk kepada mekanisma yang dapat mempertahankan harga telor supaya tidak turun-naik, malahan kedudukan telor adalah tetap dan konsisten.

Debusy! Debush!! Dezusyh!!

Pertanyaan: Apa pasal pulak tuu?

Jawapan: Entah Lah, ada orang baling 3 bijik telor Lah ke arah dia. Habis baju kot nya bersepai telor dengan harga 9 sposen campor 6.

...

Kuang! Debusyh!! Busyh!!!

Lawak Melayu - Mudah Lupa...Roti Canai..!

Air suam Sekole kalau kita tumpang, berapa harganya, ya?

Jawapan di Blog Tumpang Sekole:

11 November 2008

Harga nasi kandar turun...poooorah putaq alam..........


Masih kah kau ingat? Roti Canai...Teh Tarik, baik punyia?

Ada yang sudah lupa semua ini, sejak Pak Lah umumkan kenaikkan harga petrol dan diesel secara mendadak dan serta merta pada 5 Jun 2008 yang lalu.

Rasanya lebih pada 5 bulan tak jeru Restoren.

Maka jadi Lah lawak ini.

Entah Lah.

Begini gamaknya...

...

Sayang: Esok nak makan apa Bang?

Ayang: Biasa Lah, air suam, nasik sejuk siram air suam. Tanpa lauk, tanpa sayur.

Sayang: Saya nak makan Roti Canai.

Ayang: Apa benda tuu?

Sayang: Bukan benda, sejenis makanan. Dulu kan kita pernah makan Roti Canai kat Restoren Mamak?

Ayang: Restoren Mamak tuu apa?

Sayang: Eisyh Abang nii, dah lupa ke?

Ayang: Entah Lah. Sejak 5 Jun 2008 nan lalu, makanan kita sama sahaja. Air suam, nasik sejuk siram air suam. Tanpa lauk, tanpa sayur. Siang malam, pagi petang.

Sayang: Tak ngapa. Esok, InsyaAllah, kita pii pekena Roti Canai ngan Teh Tarik, harga depa dah turunkan. Sekarang Roti Canai RM 4 sahaja sekeping. Teh Tarik gelas besar RM 6. Untuk kita berdua, ada RM 20, cantik..!

Ayang: Tak usah mengarut Lah Sayang, saya dah tak reti nak makan apa selain air suam, nasik sejuk siram air suam.

...

Kuang! Maa!! Hal!!!

Tak kan semua ini dah lupa kot?

Other popular Malaysian food dishes ...
700 x 525 - 175k - jpg
pgoh13.free.fr

... first Malaysian food experience.
750 x 750 - 539k - jpg
deepfriedbheja.files.wordpress.com

My Malaysian food · My Penang Guide
403 x 302 - 39k - jpg
www.mymalaysiabooks.com

Malaysia Shopping & Food
411 x 271 - 48k - jpg
www.cureontour.com

Para menteri boleh Lah makan minum itu semua. Kita rakyat nii, masih yang macam biasa biasa itu Lah makan minum kita.

Beras Terpilih Hasbullah Pit Ada Pos Bagus Drp Beras Turun 20 Sen Tok Pha

Jika ada orang yang arif perihal beras, maka orang itu ialah:

Blogger Hasbullah Pit

Saudagar Beras. Beras Padu, Beras Terpilih. Beras Melaka. Beras Belum Daftar.


Terkini ada pos menarik di Beras Terpilih. Yang ini:



Selain minyak belum ada seorang pemimpin pun dalam kerajaan Barisan Nasional yang dapat atasi isu harga beras.

Berkaitan:

Dari Blog MMUTA LIGAT:

02 November 2008

BERAS TURUN 20 SEN SEKILO, KERAJAAN PERMAINKAN RAKYAT ~ Ref Malaysiakini

Ini harga beras terbaru yang diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Tok Pa Jeli.

Beras tempatan 5 peratus hancur turun daripada RM2.80 kepada RM2.60 sekilogram.

Sambungan di sini:

http://mutaligat.blogspot.com/2008/11/beras-turun-20-sen-sekilo-kerajaan.html


Adakah Kenderaan Jimat Minyak Pernah Ditemui? Yang Ini...!

Relaks sekejap, mencari kenderaan yang menjimatkan minyak. Jika yang ini bagaimana?


Ada lagi kerjaseni yang menarik di sini:

http://onlylaugh.blogspot.com/2008/10/sand-art.html


Berhibur sekejap...

Harga Minyak Petrol & Diesel - Kenapa Pemimpin & Kerajaan BN Buat Keputusan Paling Tak Wajar?

Demi Idaman Para Pemimpin Ini Dipenuhi

Rakyat Malaysia Menjadi Mangsa Keputusan Mereka




Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin
ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.



Selepas PRU 12, para pemimpin dan kerajaan Barisan Nasional telah membuat keputusan tidak wajar langsung, paling teruk dalam sejarah kepemimpinan negara.

Setiap pengumuman diiringi teguran marah dan sinis.

Pabila harga petrol dan diesel dinaikkan mendadak dan serta-merta.

Pabila setiap kali harga petrol dan diesel diturunkan perlahan, lambat, dan berdikit-dikit.

Premis keputusan yang tidak tepat, memihak kepada tunduk kepada permainan Institusi Spekulator Antarabangsa.

Mensengsarakan Rakyat Malaysia dengan rentetan kenaikan harga lain-lain bahan, barang dan perkhidmatan, yang kini masih membebankan termasuklah penurunan 20 sen bagi harga beras.

Diharapkan kelak kita akan tahu kenapa semua ini dipamerkan seperti komedi seolah-olah menutup ketamakan yang menghisap jernihnya nurani Rakyat Malaysia yang tidak tahu hakikat sebenarnya.

Isu ini akan menjadi bahan untuk kekalahan Barisan Nasional di PRU 13.

Jika Melayu Mudah Lupa, isu harga minyak petrol dan diesel ini, ramai yang akan ingat, kerana ianya satu langkah gerak para pemimpin dan kerajaan Barisan Nasional menganiaya Rakyat Malaysia sendiri.

Lawak Minyak - Jom! Terkejut!!! Sebab Tiada Kejutan..!

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Penulis Aktif di TranungKite OnLine ini, juga ialah Penulis Jemputan Dr Sid, di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers.



http://www.inmagine.com/searchterms/shock-2.html

shock: Woman pressing her face stock photos

shock: Businessman receiving a shocking phone call. stock photos


shock: Woman in shock stock photos

Memang Terkejut, Gua Cakap Luu


Berikut ada Lah pengumuman wakil dari Perdana Menteri Malaysia, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Menteri Kewangan II Malaysia, dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna.

Dengarkan dengan teliti...

Pengumumannya:

"jkjgkgjjoiijkgsdkoiwuoijjajgkjpiwj
goiijgjjagkjjgjgjjgkjurjajgjagkjakjgk
jgjlgjlsjgojkajkjgkgjjoiijkgsdkoiwuo
ijjajgkjpiwjgoiijgjjagkjjgjgjjgkjurjaj
gjagkjakjgkjgjlgjlsjgojkajkjgkgjjoiij
kgsdkoiwuoijjajgkjpiwjgoiijgjjagkjj
gjgjjgkjurjajgjagkjakjgkjgjlgjlsjgojk
jkjgkgjjoiijkgsdkoiwuoijjajgkjpiwjg
oiijgjjagkjjgjgjjgkjurjajgjagkjakjgkj
rjajgjagkjakjgkjgjlgjlsjgojka"
Demikian Lah tadi pengumumannya.

Jom! Terkejut semua..!!!

shock: Businessman in shock after reading the sales report. stock photos

...

Kuang! Tii!! Pfu!!!


Berkaitan: