Lawak Minyak - Rakyat Kata Kerajaan BN Tak Patut..!
0 Comments
»
Rakyat Malaysia, itu Lah kerjanya - komplen merungut, bersungut komplen. Itu saja Lah yang mereka tahu.
Mari kita dengar bualan beberapa Pak Chik di gerai minum Mak Leha, janda berhias, montok, dan putih gebu itu...
Mak Leha: Ini haa Abang Mat, berita utama akhbar hari ini...
Pak Mat: Ini ler yang teman tak setuju nii. Kerajaan BN nii memang tak patot!PUTRAJAYA 14 Okt. - Harga runcit petrol RON97 akan diturunkan sebanyak 15 sen seliter iaitu daripada RM2.45 seliter kepada RM2.30 seliter, berkuatkuasa 15 Oktober ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, harga diesel pula akan dikurangkan sebanyak 20 sen seliter iaitu daripada RM2.40 seliter kepada RM2.20 seliter.
``Petrol RON92 pula akan dikurangkan sebanyak 10 sen seliter iaitu daripada RM2.30 seliter kepada RM2.20 seliter,'' katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Utusan
Pak Awang: Apa dia Mat? Apa dia yang hang dok kalot nii?
Pak Mat: Cyer kamu nengok keratan suratkabhor nii. Cyer kamu baca. Apa pendapat kamu?
Pak Awang: Iya Lah. Eisyh Eisyh!! Eisyh!!! Tak patut sungguh laa noo. Kerajaan BN ni pemimpin dia memang tak berhati perot.
Pak Mat: Udah teman kabhor kan tadi. Ader aker pemikioran Menteri semua nii, gamok nyer macam otok demer bubuh kat bontot.
Pak Ujang: Apo dio neh Mat? Kalau otak dio orang, dah bubuh kat bontot, ekau ingek sonang kor dio orang nak berak.
Pak Mat: Iyer tak iyer juger yer?
Pak Ujang: Koba an kek den, apo yang ekau tak setuju semonar eh? Apo dio nan kerajaan BN tak patuik neh?
Pak Awang: Hang tengoq nii Ujang, kerajaan BN pii turonkan rega minyak petrol sama diesel. Adakah patut?
Pak Mat: Sepatot nyer reger minyak petrol ngan diesel, kerajaan BN patot naikkan sepuloh kali gander tinggi nyer. Itu baru patot.
Pak Awang: 10 kali ganda hang kata, hang pon sama macam kerajaan BN jugak. Pada pendapatan aku, rega minyak petrol sama diesel, sepatutnya dinaikkan 20 kali ganda.
Pak Ujang: Oii mak aiy, tinggi nyo. Kenapo pulak tinggi bonar begituu Awang?
Pak Awang: Sebab kalau tak dinaikkan tara tuu, kerajaan boleh bankrap hang tau dak?
Pak Mat: Ajer yang betoi bebenor Awang. Lagi pun reger minyak dipasaran dunier udah turun, dari USD 280 setong, udoh turun mencecah USD 60 setong. Jadi biler reger minyak di saner turun lagi, kalor kerajaan tak naikkan reger petrol dengan segerer, 10 kali gander ker, 20 kali gander ker, dan kerajaan tak jager sistem subsidi, maker habeh ler peruntukan kerajaan untuk generasi akan datang.
Pak Ujang: Apo yo ponting eair generasi maso dopan. Nak nyelamek an generasi itu, apo kah kita nan kono korban dan dikorban an? Jadi kito nak mengketedarah apo?
Pak Awang: Kita dah tua Ujang oii. Kita tak perlu guna minyak dengan manyak. Habeh perlu pun minyak rambut jah, bubuh kat misai ka janggut ka sikit. Had yang mana kepala dah botak laa kan tak perlu minyak rambut? Tapi generasi masa depan, depa Lah sebenaq nya, yang had nak guna minyak manyak. Sebab rambut depa lebat. Janggut misai tak usah cerita Lah. Depa mana ada. Tak tumbuh lagi...
Pak Mat: Betoi tuu Awang. Cyer kamu pikior, kalor seorang dari kiter kahwin dengan Leha, kamdian, beranak pulak 3 orang. Jadi, siapa yang penting? Jelas yang pergi dulu mungkin kiter. Kesian Leha jaga anak-anak kiter 3 orang tuu. Sebab itu Lah kerajaan patot naikkan reger minyak petrol ngan diesel nii, supaya nyelamatkan generasi depan. Betoi dak Leha?
Mak Leha: Betoi Bang Mat sayang...
Pak Mat menjerit *yahuuu* dan pengsan. Dua orang pegawai menghampiri.
Pegawai warden 1: Pengsan pulak dah Pak Mat kita nii. Mak Leha tolong kira semua apa depa makan dan minum ya. campur yang kami punya sekali. Kami nak beransur dah ni.
Mak Leha: Jauh lagi ke perjalanan encik semua ni?
Pegawai Warden 2: Perjalanan ke Hospital Bahagia, Tanjong Rambutan ke? Lebih kurang 2 jam lagi kami semua sampai Lah.
Mak Leha: 12 Ringgit 50 sen semuanya. Cik abang yang pengsan nii, tak mahu ditinggalkan kat sini ke?
Pegawai Warden 1: Dia ni otak tak berapa sentar, jantung pun macam dah kaput. Baru panggil sayang dah pengsan...kalau tinggal sini terus, jawapnya...hehehehehe.
...
Kuang! Kuang!! Jeng!!!
Nota tambahan: Pak Mat Ini Dulu Penghuni Bilik 27. Sila klik Amir, untuk tahu kisahnya di Blog Cerita Lucu.