Lawak Lawyer - Yer ke? Volunti Non Fit Injuria
0 Comments
»
Zubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.
Volunti Non Fit Injuria ini, senang sahaja. Nengok Lah orang kuat makan tempe jawab.
Volunti = Voluntary = Sukarela.
Non = None = Tiada.
Fit = Fit = Cocok. atau tidak sesuai.
Injuria = Injury = Cedera. atau dapat bencana.
Eksplenesen nya:
anda secara sukarela ada di tempat tiada cocok yang membolehkan anda cedera.
Itu loyar buruk jawab. Jom! Nengok Lawyer Kampung
jawab:
Volunti Non Fit Injuria
"Seorang yang dengan sukarela meletakkan dirinya di dalam posisi di mana bencana boleh berlaku, dan dia mengetahui bahawa bencana boleh berlaku ekoran tindakannya itu, orang tersebut tidak boleh membuat tuntutan jika bencana itu benar-benar belaku kelak.Kalau orang Perak, anak daranya kehilangan miliknya, kerana menjadi habuan utama aktiviti kerempitan. Kemudian pulang ke rumah menangis-menangis.
(dengan izin, " if someone willingly places themselves in a position where harm might result, knowing that some degree of harm might result, they cannot then sue if harm does in fact happen").
Emak dia akan kata: Tak semiak betoi ler kamu nii. Aper di hempap nyer kamu di situ. Udoh tahu kerempitanizationness memang gitu? Aper jadah nyer kamu buat kat situ?
Bapak dia akan kata: He-eh. Udoh tahu kamu tuu jadi habuah utamer nyer kerempitan itu. Ater, aper dironjang nyer kamu di situ in the first place? Ajer yang encari baler! Tak sior aku endengor nyer lagi. Ibarat nasik udoh jadi bubur taik kuchin.
Kuang! Jeng!! Kuang!!!
Jadi apa pandangan ahli dari sudut guaman. Baca Lah penjelasan super class dari Lawyer Kampung, kat blog nya yang memang superb.
Katanya:
Wednesday, October 15, 2008
Volunti Non Fit Injuria
Tajuk posting kali ini adalah satu maxim latin berkaitan asas perundangan tort.
Seterusnya...
http://lawyer-kampung.blogspot.com/2008/10/volunti-non-fit-injuria.html
Ini ada kena mengena dengan SMS pemimpin dengan Lawyer nyer Lah. Barangkali mungkin gamaknya, anda pun sudah tahu.
Jika belum tahu. Sila baca di atas perihal makanan-minuman ketahuan.
Pada saya, ada dua situasi.
Begini...
Satu:
Situasi meminang. Jadi biarlah emaknya tanya tuan punya badan, setuju atau tidak.
Emak: Jadi Tini, engko pun sudoh mendengo. Ape engko setuju kawen sama Shah Rukh ini kan?
Si Tini tersipu menggeliat lentok sana lentok sini, mata bersinar ria, senyum lebar menguntum. Tapi diam, tiada jawapan pasti.
Tak kan Lah rombongan balik dengan jejakanya penuh kehampaan kan?
Dua:
Situasi SMS Pemimpin dengan Lawyer nya.
Lawyer Kampung: Awak pemimpin yang dimaksudkan?
Pemimpin: (Diam)
Lawyer Kampung: Awak kenal Lawyer ini. Dia Lawyer parti awak, bukan?
Pemimpin: (Diam)
Lawyer Kampung: Pihak kami telah siasat, ini memang nombor telefon awak, dan ini ialah nombor telefon dia. Apa pengakuan awak?
Pemimpin: (Diam)
Lawyer Kampung: Ada bahan menunjukkan satu transkrip text, di antara awak dengan dia. Sila sahkan.
Pemimpin: (Diam)
Lawyer Kampung: Awak ada berkata yang awak tidak berniat pun untuk interaksi SMS dengannya. Tapi dia yang mula dulu, dan jadinya awak terpaksa membalas SMS itu. Betul?
Pemimpin: (Diam)
Lawyer Kampung: Cakap! Kenapa tak cakap? Cakap!!!
Pemimpin: It doesn't really matter. The important thing is there is no abuse of power. No need, no need, it is private. Whatever it is, the prime minister has said enough. Why should it be of major concern? The important thing is if there is abuse of power and, if you read it carefully, there is no abuse of power, period.
Lawyer Kampung: Volunti Non Fit Injuria!
Kuang! Jeng!! Kuang!!!
Saya pun tak faham sangat apa yang akan terjadi seterusnya. Apa yang jelas pada saya ialah dia ada period. Dan, tiada Lah lagi dia ada ria...