Gelombang Rakyat

Lawak Pemimpin UMNO - Perbualan 5 Mats

Tidak pun berpeluang bersama para pemimpin negara, khususnya para pemimpin UMNO bila mereka minum-minum. Apa agaknya yang mereka bualkan?

Entah Lah...

Agaknya begini:

...

Mat Kangaq: Mat Penghok, mai mai join sini, kita cyeritha-cyeritha syikit. Hahahaha.

Mat Penghok: Ramai betoi kat sini yer? Cyeritha aper nii Mat Kangaq?

Mat Kangaq: Cyeritha biasa Lah. Orda Lah minum dulu, aku belanja...

Mat Penghok: Ater, kamu minum Sky Jus jer ker Mat Melaka?

Mat Melaka: Raye hari itu aku makan macam-macam, perut meragam sikit. Ini nak kasi cuci sikit, boleh Lah tahan lama sikit be, boleh bertanding jawatan tinggi sikit. Hahahaha...

Mat Kangaq: Becakap pasai betandin nii, aku nak tanya, betoi ka the Old Man nak beghsagha dah? Hang Mat Penghok, awai awai dah umum cacak bendegha noo?

Mat Penghok: Ater, miker tanyer ler Mat Pekan, dia tahu ler jawab nyer. Pase itu ler aku cacak bendegher awe awe.

Mat Kangaq: Aku doh tanya tadi, dia diam saja. Senyum simpoi mengulum.

Mat Pekan: Apa kita nak risaukan, nak sibuk, riuh rendah kan. Tunggu sahaja Lah, 8 Oktober ini, dia buat Lah pengumuman rasmi.

Mat Kangaq: Nak menanti 8 Oktober nii, terasa selow betoi laa noo...

Mat Pekan: Kita yang mungkin rasa begitu, bagi dia, terasa cepat macam roket.

Mat Kangaq: Eishy roket yang tok sah cakap deraih sangat, sat gii dengaq si Siang, jadi Malam pulak. Hahahahahaha...Mat Penghok, konferm Lah hang betandin jawatan Timbalan Presiden UMNO..?

Mat Penghok: Konfirm ler. Ater, Mat Pekan dah ready tandin jawatan Presiden UMNO, teman ikut nyokong jer.

Mat Melaka: Mat Pekan, kau akan berdepan dengan Mat Gua Musang Lah yer?

Mat Penghok: Aku rasa dia akan tarik diri kalo Mat Pekan tandin Presiden UMNO. Aku kene pulok berdepan nii Mat Melaka. Dia pon nok betandin Timbalan Presiden UMNO jugok.

Mat Melaka: Biasa Lah be. Semua orang berhak.

Mat Kangaq: Oii, Mat Selangoq, Mat Sabah, sama Mat Nogori, betandin jawatan apa noo?

Mat Melaka: Belum dengar apa-apa lagi. Mungkin Timbalan Presiden UMNO jugak kot.

Mat Kangaq: Eshy ramai sunggoh Laa noo. Aku sebenaqnya nak betandin, hangpa jangan gelok Lah noo. Aku asai nya nok betandin, jawatan Timbalan Presiden UMNO. Depa surathabaq pii bubuh Presiden UMNO pulak. Tak ka naya aku niih.

Mat Melaka: Eaiy, Mat Johor, diam sahaja dari tadi. Ooo kau main SMS ke? Kau SMS dengan siapa?

Mat Johor: Itu sebab Lah, aku dari mula tak umum nak bertanding jawatan apa-apapun. Aku tunggu sahaja. Sekarang sudah konfirm. The Old Man, ada terbaca berita K-Singh parti Roket, dia kata, The Old Man, patut habiskan term dia. Lepas baca, the Old Man pun sudah setuju. Dan muktamad. Dia baru SMS kita semua, ini aku dah dapat. Dia tak jadi bersara awal..!

Tetet! tettet!! tetet..!
...

Adeh....

0 comments: