Gelombang Rakyat

Pak Lah Belumpun Umum Secara Rasmi Para Pemimpin UMNO Sudah Mula Tawar Diri

Penulis:

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin

Pos # 80

Di TranungKite OnLine:



Pak Lah Belumpun Umum Secara Rasmi Para Pemimpin UMNO Sudah Mula Tawar Diri
Dilulus terbit pada Saturday, October 04 @ 10:55:29 MYT oleh TokPenghulu
Komentar Oleh zublizainordin

" Setakat ini, Abdullah Ahmad Badawi, masih belum mengumumkan secara rasmi sama ada dia akan bertanding atau tidak bertanding untuk mengekalkan jawatan Presiden UMNO.

Menjelang 9 Oktober 2008, ada yang merasakan bahawa Abdullah Ahmad Badawi, ialah seorang pemimpin yang lembab, kerana begitu lambat sekali untuk dia mengumumkan hal yang sebegini penting ini. Penting sehingga ramai juga di kalangan Rakyat Malaysia yang sedang ternanti-nantikan pengumumannya ini.


Keadaannya, selagi Abdullah Ahmad Badawi belum mengumumkannya secara rasmi, maka ramai pemimpin UMNO seolah-olah dalam perlumbaan larian pecut, dan masih di peringkat, "ke garisan, sedia..." tetapi belum boleh mula.

Jadi jika dibiarkan tidak diperingatkan sedikit, terasa semacam pengumuman ini tidak akan kesampaian. Namun, jika didesak dan diasak, karang adalah pula hulu dan balangnya yang setia hanya kepada Abdullah Ahmad Badawi, yang akan menyalak supaya orang tua ini tidak didesak dan diasak sebegitu rupa.

Sementara itu, Karpal Singh, pemimpin DAP, telahpun menyatakan bahawa Abdullah Ahmad Badawi tidak sepatutnya didesak sebegitu, dan semoleknya dibenarkan untuk terus menyempurnakan tempohnya sebagaimana mandat yang telah diberikan oleh Rakyat Malaysia kepadanya.

Jadi, dengan masih ada yang menyokong di samping yang menentang, Abdullah Ahmad Badawi masih boleh dijangkakan untuk membuat kejutan. Apakah kejutan ini? Suatu pengumuman yang bakal mengejutkan.

Namun, itulah, semua yang berminat ingin tahu, masih perlu menunggu pada atau sebelum tarikh 9 Oktober, 2008, yakni tarikh Abdullah Ahmad Badawi telah berjanji akan membuat pengumuman keputusan muktamadnya sama ada bertanding atau tidak bertanding untuk mengekalkan jawatan Presiden UMNO.

Keputusan muktamad itu masih pada Abdullah Ahmad Badawi.

Namun begitu, dicongak bahawa Mohd Najib Abdul Razak, adalah seorang daripada pemimpin akrab yang sudah pun tahu apa keputusan Abdullah Ahmad Badawi, sebagaimana sessi pertemuan dan perbincangan mereka berdua.

Terkecuali, Abdullah Ahmad Badawi menukar keputusan, barangkali mungkin setelah mendapat pandangan dan nasihat yang berbeza daripada apa yang telah dibincangkannya dengan Mohd Najib Abdul Razak.

Sementara itu, pemimpin yang mungkin telah mendapat imbasan keputusan yang bakal diumumkan oleh Abdullah Ahmad Badawi ialah Ahmad Zahid Hamidi.

Adalah maklum kepada ramai bahawa Ahmad Zahid Hamidi ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Jika pun bukan secara lafaz, namun Ahmad Zahid Hamidi boleh membaca gerak Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak, sehingga membolehkannya membuat kesimpulan dan seterusnya keputusan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Beberapa pemimpin lain pula hanya dapat membaca pergerakan terbaru Ahmad Zahid Hamidi ini. Menurut Ahmad Zahid Hamidi, dia menyuarakan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO, kerana Mohd Najib Abdul Razak akan bertanding jawatan Presiden UMNO.

Ini menjelaskan bahawa Abdullah Ahmad Badawi tidak akan bertanding mengekalkan jawatan Presiden UMNO, dan Ahmad Zahid Hamidi memilih untuk bergandingan dengan Mohd Najib Abdul Razak, supaya menerajui UMNO.

Disamping itu, teguran Ahmad Zahid Hamidi terhadap cara Muhyiddin Yassin menyampaikan maklumbalas dari suara UMNO kepada Abdullah Ahmad Badawi, membawa makna, jika bertanding Muhyiddin Yassin moleklah mencari regu lain, atau bersendiri.

Namun, Muhyiddin Yassin ialah orang lama dalam sepak terajang, atau urut belaian dalam politik. Khususnya dalam UMNO.

Maka apabila sekali lagi ditanya, Muhyiddin Yassin tetap tidak mengumumkan apakah jawatan yang ingin ditandinginya, atau siapakah regunya. Muhyiddin Yassin masih menunggu dengan sabar dan teliti pengumuman rasmi oleh Abdullah Ahmad Badawi.

Melihat kepada perkembangan terkini, ada beberapa lagi para pemimpin UMNO yang bakal mengumumkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Sementara akan kedengaran suara pemimpin UMNO tertentu yang mula tawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO sedikit masa lagi, namun Mohamed Ali Rustam telahpun menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan berkenaan.

Semakin panas jadinya!

Adakah semua ini bakal merumitkan lagi Abdullah Ahmad Badawi untuk membuat keputusan bersara awal?

Bahawa bila dia mengumumkan secara rasmi untuk bersara awal, akan berlaku perebutan kuasa yang agak dahsyat. Barangkali di antara orang Pak lah, orang Najib, dan orang-orang; jika ada orang yang sedemikian itu.

Namun, para pemerhati kepemimpinan dan para penganalisis politik, khususnya berkaitan parti UMNO, melihat semua ini sebagai sesuatu yang menarik, kerana banyak yang boleh dipelajari perihal para pemimpin politik Malaysia dan bagaimana masing-masing mempengaruhi Rakyat dan Negara Malaysia.

Maka sama-sama kita perhatikan apa yang akan berlaku seterusnya, ketikamana Abdullah Ahmad Badawi masih mengambil masa yang lama untuk mengumumkan hal yang sedemikian penting.

Walaupun pengumuman rasmi belum kedengaran, namun lain-lain para pemimpin UMNO sudah pun mendahului dengan tawaran diri untuk bertanding dua jawatan teraju dalam UMNO.


Rujukan:

http://atotalblog.wordpress.com/2008/10/04/pak-lah-to-announce-soon-that-soon-he-will-soon-argh-zahid-already-flags-up-coz-najib-umno-president-soon/

http://satublogtotal.blogspot.com/2008/10/pm-yang-berkuasa-atau-pm-yang-dikuasai.html
"

Last 10 News Submissions sent by zublizainordin:
  • Pak Lah Belumpun Umum Secara Rasmi Para Pemimpin UMNO Sudah Mula Tawar Diri
  • Apa Cerita Zahid Hamidi Tanding Timbalan Presiden UMNO?
  • Apa Mesej Zahid Hamidi Bertanding Timbalan Presiden UMNO?
  • Misteri Pertukaran Portfolio Di antara Pak Lah & Najib Mula Terungkai?
  • Masih Berhelah Maka Sukar Untuk Dipercayai Pak Lah Bersara Awal...
  • 1 Syawal 1429 Pak Lah Minta Maaf Saya Maafkan Tapi Tetap Lah Letak Semua Jawatan
  • Pak Lah Sudah Jumpa satu Rentak Baik Punya Justru Sistem Tundaan Automatik
  • Dr M Nampak Pak Lah Guna Kuasa Memberi Ganjaran Untuk Kekal Presiden UMNO?
  • Majlis Tertinggi UMNO Palu Muzik A-Go-Go Tapi Pak Lah Buat Tari Inang
  • Kenapa Pula Pak Lah Kena Lepaskan Jawatan Presiden UMNO?

  • InsyaAllah, ada pos lagi yang akan terbit di sini kelak...

    0 comments: