Gelombang Rakyat

Lawak PM - 10 Dokumen Penting Dari China

Sejak turun dari Lapangan Terbang, masuk ke dalam kereta rasmi, tiada Lah sempat menemui sesiapa. Diingatannya hanya Lah 10 dokumen penting yang nilai RM nya boleh mencecah 1 Trillion. Perjanjian yang termeterai di Negeri China, akan diumumkannya sebagai satu pakej penyelesaian yang memberi impak dan legasi kepadanya. Rakyat Malaysia akan mengingatinya sebagai pemimpin negara yang berjaya.

Dia membawa satu bag bimbit hitam dan terus masuk ke pejabat umum. Lengang! Dia terus ke kawasan terdapat beberapa mesen. Diperhatikan semua mesen itu, hampir sama sahaja. Dia cuba membaca jika ada tulisan yang menerangkan yang mana mesen fotostat, yang mana faks, dan yang mana shredder.

Paper shredder

Setelah beberapa lama, dia pun berdiri di mesen shredder. Terkial-kial dia mencari butang untuk mesen shredder itu berfungsi. Namun dia gagal mencari di mana letaknya butang di mesen shredder itu.

Dia pusing dan memerhati keliling? Tak ada pekerja, kecuali seorang. Pekerja itu datang menghampirinya.

Bos: Mana pergi semua orang?

Pekerja: Cuti..!

Pekerja bersalaman dengannya sambil mencium tangannya.

Bos: Cuti semua sekaligus?

Pekerja: Deepavali..!

Bos: Eisyh baru saya teringat.

Ada beberapa jemputan istimewa dan penting patut dihadirinya sekarang, sebab dia telahpun berjanji akan hadir. Fikirnya selamatkan 10 dokumen ini dulu, kemudian terus ke majlis Deepavali.

Bos: Awak kenapa tak cuti..?

Pekerja: Saya pekerja baru. Belum dapat gaji. Tak mampu nak balik kampung bercuti.

Bos: Tak apa Lah. Kamu tahu guna mesen ini?

Pekerja mengangguk.

Bos: Bagus! Ini ada 10 dokumen. Penting sangat...

Diserahkannya 10 dokumen itu kepada pekerja tersebut. Pekerja itu terus menekan butang hijau, dan memasukkan 10 dokumen itu ke dalam mesen shredder.

Bos: Ooo kat situ letaknya butang hijaunya. Tiap-tiap satu, kamu fotostat 10 salinan ya...

Paper Shredder


...

Kuang! Kecai!! Kecai!!!

2 comments:

Anonymous said...

salam,
la patut la banyak project bekas mantan tun mahathir tak jadi kerna semua document handover termasuk dalam mesin shredder.

Gelombang Rakyat said...

Hashim Habeed,

Hahahaha...

Gitu jadinya ya...Baru tahu!