Lawak Harga Barang - Menteri Kata Anda Akan Terkejut
Zubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Penulis Aktif di TranungKite OnLine ini, juga ialah Penulis Jemputan Dr Sid, di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers.
Pada masa ini, siapa menteri nak umum apa pun umum Lah. Dikhuatiri cencaru balik dari Negeri China nanti, diubahnya balik semua keputusan itu seperti selalu-lalunya, gamaknya Lah.
Jadi ada telinga dengar. Tak larat nak dengar masuk telinga kiri, keluar kulit badan jadi peluh asyem saja Lah.
Tapi, Menteri kata kali ini ada kejutan!
Kejutan apa?
Adakah kejutan ini melebihi kejutan 50,000 pekerja kontrak akan ditamatkan kontrak mereka. Atau pembelian Eurocopter pada harga berkenaan? Atau 5 Billion disuntik keluar dari KWSP ke syarikat Nilai? PM masih mahu kekal sampai 9 Mac 2009..? Apa kejutan nii? Cuba Lah beritahu kami ini...
Kalau tak percaya jom kita pergi singgah ke gerai Mak Leha, Janda berhias putih gebu itu...
...
Mak Leha: Abang semua, hari ini makan Lah apa sahaja, percuma. Leha belanja...
Abang Mat: Itu Lah yang aku syiok jadi regular kastema gerai Leha nii.
Abang Din: Jiker macam nii ari-ari lagi syiok ler yer...
Abang Nan: Nak foree, kahwen jo laa ngan Leha nii. Selain makan minam, macam-macam lai dapek nyo, kan?
Abang Mat: Betoi Ooo, rasa macam minggu depan ja aku nak masuk meminang.
Mak Leha: Nak masuk apa nii Abang Mat? Okay ya, ini hidangannya, makan Lah sepuas-puasnya. Minuman biasa untuk Abang seorang segelas. Silakan ya...
Abang Nan: Sayang jugak Leha kek kito yo, sobab itu Lah den pon sayang kek dio. Eh! Jom! makan-makan. Tafaddhal...
Abang Din: Miker ingat Lah kan, kenaper agak nyer Leha bagi makan free kat kiter semuer nii, ari nii?
Abang Mat: Laa, awak tak tau kah Din? Awak tak tengok TV petang semalam kot, Menteri buat pengumuman mengejut semalam. Aku pun terkejut. Pengsan dok 3 kali...
Abang Din: Iyer ker, sampai gitu sekali? Cyer miker khabor kan pader teman.
Abang Mat: Gini, Menteri umum, harga barang semua turun. Semua! Awak bagi tahu satu barang, aku kata dia umum barang itu pun turun harga. Pendek kata panjang pun kata, semua harga barang turun.
Abang Din: Contoh nyer?
Abang Mat: Contoh banyak. Okay...umpamanya, Beras seguni 100 kilo laa ni harga dia RM 1.50. Tepung, 100 kilo RM 1.40 sen, Gula 100 kilo RM 1.30 sen. Minyak Masak 100 botol besaq 10 liter RM 1. 35 sen. Susu..susu Leha. Leha! Susu pekat setin berapa harganya sekarang?
Mak Leha: 120 tin RM 1.45 sen.
Abang Mat: Din! Awat nii Din?
Abang Nan: Pengsan daa dio...
Abang Mat: Eisyh, aku melawak ja!
...
Kuang! Ha!! NChur!!!
Rujukan:
Jumaat Oktober 24, 2008
PETALING JAYA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad dijangka akan mengumumkan penurunan beberapa harga barang keperluan pengguna yang bukan di bawah kawalan kerajaan hari ini.
Ketika memberitahu mengenai pengumuman tersebut Selasa lalu, Shahrir menyifatkan peratus penurunan harga yang bakal diumumkannya nanti sebagai sesuatu yang mengejutkan."Anda akan terkejut dengannya," katanya kepada media di lobi Parlimen.
Sambungan berita di sini:
http://www1.mstar.com.my/mstar_berita