Gelombang Rakyat

Lawak PM Lama - Rombakan Kabinet Apa Nak Jadi?

Penulis:

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin


Seronoknya di Malaysia ini, bahawa PM pun tidak tahu akan ada Rombakan Kabinet, tapi bloggers sudah tahu!

Jika Media Arus Perdana ambil tips ini dan tanya PM, maka dia pun akan nafikan, dan kemudian melakukan pulak Rombakan Kabinet.

Seronok tak macam ini? Rupa-rupanya Budak-budak Tingkat 4, sebenarnya ialah Bloggers yang dapat tips entah dari dalam mana, Insider Info konon, dan mereka sebenarnya yang menghembus cerita atau berita. Apa disebutkan istilahnya? Spinners.

Bloggers, melawak sikit saja, tak kan tak boleh kot?

Bagaimana pun, di bloggosphere kini sedang bertiup sepoi-sepoi, dan berita angin ini, dijangka bertukar menjadi angin kencang yang kemudiannya menjadi ribut, tidak lama lagi. Ramai yang akan bercakap pasal Rombakan Kabinet ini.

Ada yang bertanya, jika ada Rombakan Kabinet, kenapa pulak Pak Lah perlu melakukannya. Ya, apa hal pulak Pak Lah yang merombak kabinet yang sedia ada?

Pak Lah bukankah PM Lama?

Tak kan Lah, Pak Lah, nak ambil kesempatan memberi ganjaran dan menghukum para pemimpin melalui Rombakan Kabinet ini.

Lagi pun, Tengku Razaleigh Hamzah sudah tahu, Pak Lah macam budak-budak, dalam negara Republik Pisang.

Jadi saya tambah, dalam kabinet Pak Lah, banyak pisang. Republik Pisang Lah kata kan.

Perihal Rombakan Kabinet ini, PM pun belum tahu, tetapi nanti adalah pakar yang tahu siapa Menteri masuk, Menteri kekal, dan Menteri keluar. Depa boleh baca pemikiran Pak Lah.

Tapi, kali ini Pak Lah, tidor Lah sayang. Maka, biarlah PM Baru buat Rombakan Kabinet, ya?

Silakan Y.A.B. Wak Nastino Abdul Rahman...

...

"Terima kasih Pengerusi Majlis
Pengerusi Majlis Yang Bukan Majlis Teringgi Parti, ya...

Testing! Testing Mikropon, One, Two, Three.
Ooh sudah test banyak kali tadi? Umum sahaja senarai? Baik Lah

Senarai Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet adalah seperti berikut:

Saya, Nastino Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia, juga merangkap Menteri Kewangan Malaysia, dan Menteri Pertahanan Malaysia.

Ini Lah kali pertama, Perdana Menteri Malaysia, memegang dua portfolio bersamaan dua kementerian lagi.

Timbalan Perdana Menteri, ialah Kak Ijat A. Jalil.

Ini Lah pertama kali wanita dilantik ke jawatan Timbalan Perdana Menteri. Namun begitu, dia tidak memegang lain-lain portfolio atau kementerian lain.

Manakala lain-lain jawatan Menteri, dan Timbalan Menteri, dan lain-lain jawatan penting, akan saya umumkan tidak berapa lama lagi, yakni 1 Jun, 2009.

Sementara itu, saya akan memangku semua jawatan Menteri dan Timbalan Menteri yang kosong, sehingga kabinet jemaah menteri diisi dengan lengkap kelak.

Berkuatkuasa kini, semua yang tidak berjawatan lagi, sila keluar dan kosongkan bangunan. Saya akan membuat lawatan ke semua Tingkat 4, dalam tempoh sebulan pertama ini.

Sekian, terima kasih."

...

Wah!

Jadinya, siapakah Menteri, Timbalan Menteri yang masuk, kekal, dan keluar?

Tunggu...

fWuakakah!

2 comments:

Anonymous said...

Bukan setakat PM jer lawak, hang punya artikel ni pun lawak la Zubli. Apa yang hang nak cerita ni aku dan aku rasa ramai orang tak faham pun. Dont go for quantity but quality

Gelombang Rakyat said...

Sabar sabar anonymous.

Cerita ini ada kait mengait dengan pos terdahulu.

Sama-sama kita ikuti, lama-lama faham lah kita semua.