Lawak PM Baru? Perbualan Dalam Lif Turun Naik Tingkat 4
2 Comments
»
Konon ceritanya, Pak Lah baru seminggu telah mengumumkan yang dia bersara for good.
Al-kisahnya, Tingkat 4, cukup masyhur di kalangan para bloggers. Siapakah individu yang berpejabat di sini?
Apa yang terjadi, setelah PM lama bersara, dan PM baru masuk pejabat utama, maka apa hal di Tingkat 4 ini?
Terutama Budak-budaknya, ya Budak-budak Tingkat 4 ini...
Entah Lah.
Barangkali begini...
Dalam lif...
Budak Baru: Nak ke tingkat berapa?
Budak Lama: Tingkat 4.
Budak Baru: Saya pun. You kerja kat Tingkat 4 ke?
Budak Lama: Dulu. Sekarang khidmat dah tamat dah. Lama jugak you tunggu ya? Apa nak dikatakan, flip-flop!
Budak Baru: Tapi flip-flop pun you untung.
Budak Lama: Apa untungnya?
Budak Baru: Bos you kuat tidur, jadi dia tak alert sangat apa you all buat!
Budak Lama: Betul-betul. Tapi bos you kali ini, jarang tidor-tidor majlis rasmi begitu ya?
Budak Baru: Ada Lah sekali kot. Maklumlah berjangkit. Tapi, kami memang banyak kerja Lah nak buat. Eh! Ini you naik balik apa hal?
Budak Lama: Ooo, kemas barang sudah selesai. Ada 6 kotak semuanya. Bila turun tadi, ada 5 kotak je. Tertinggal satu kotak lagi. Ini nak pergi ambillah kotak last itu. Kotak terpenting pulak tu.
Budak Baru: Apa dalam kotak itu semua?
Budak Lama: Kertas sahaja.
Budak Baru: Tapi, tak kan kertas je kot?
Budak Lama: Kertas bertulis Lah. Mana Lah tahu, berguna di masa hadapan.
Budak Baru: Aaa dah sampai pun. Jom! Kita sambung cerita...
Budak Lama: Bos you, err PM, dia tak reti cakap Bahasa Inggeris kan? Apa namanya?
Budak Baru: Ha-ah, jawa tu Bahasa Inggeris, hampir kosong. Yes No Allright, boleh Lah.
Budak Lama: Apa nama dia?
Budak Baru: Nastino Abdul Rahman.
Siapa Nastino Abdul Rahman? Apa terjadi kepada Najib Razak, Nuar Ibrahim, atau Nku Li?
Ikuti Lah kisahnya yang terdahulu:
http://satublogtotal.blogspot.com/2008/10/lawak-jer-isterimu-isteriku-jua.html
Sekadar berhibur...