Lawak PM Lama - Sah Pak Lah Berundur Dan Begini Caranya
0 Comments
»
Rakan Blogger, Nobisha, serius juga orang nya, telah pos begini:
Sah, Pak Lah Berundur!
October 5, 2008
Membaca tulisan Ketua Pengarang Kumpulan NST Dato’ Hishamuddin Aun dalam Berita Minggu sudah cukup untuk seseorang membuat rumusan, “Sah, Pak Lah Berundur!” Hishamuddin melalui kolumnya, Kaca Mata, merumuskan:
Perincian dan banyak lagi pos menarik di sini:
http://nobisha.wordpress.com/2008/10/05/sah-pak-lah-berundur/
Saya percaya Bicara Nobisha, Kritikal & Konstruktif.
Namun saya sudah lama susah untuk mempercayai Abdullah Ahmad Badawi, sebagai pemimpin, bila dia berkata-kata tidak seperti yang dimaksudkannya, dan yang dimaksudkannya tidak seperti yang dikatakannya.
9 Oktober, 2008..?
Saya lebih cenderung kepada pendapat Mantra di Blog In Deep Tots. Pandangannya di antara lain, ialah:
Tambah Mantra lagi:Sunday, October 05, 2008
PAK LAH AKAN PANDAI AMBIL PELUANG... TUNGGUUU
Pada 9hb Oktober 2008 (Khamis) jam 12.00 tgh malam, seperti yang telah dijanjikan kepada ahli-ahli UMNO khususnya dan rakyat jelata amnya... adalah tarikh dan detik akhir bagi Pak Lah membuat keputusan yang terpenting buat negara.
ATAU MUNGKIN INI YANG AKAN BERLAKU?Jadi, apa yang bakal terjadi, mesti terjadi, dan entah Lah, kita belum ketahui lagi apa yang terjadi.
- Samada Pak Lah dengan sengaja melupakan janji-janjinya
- Samada Pak Lah akan berdrama bila tarikh tempuhnya telah tamat dan memohon simpati ahli-ahli UMNO
- Samada Pak Lah akan menunda sekali lagi semua tarikh dan semua yang mungkin
Jika sesiapa yang tak sabar, nak tahu, jom ikut saya tengok apa agaknya yang sedang dilakukan oleh Pak Lah, buat masa ini.
Melawak sahaja daa,
Ingat pesanan sahabat saya:
Sahabat Saya yang Masyhur, Saudagar Unta, Husin Lempoyang:Ana
View my complete profile
- Husin Lempoyang
- Hehehe. Peniaga unta di Bazaar Baghdad. Pelakun sambilan wayang P Ramlee. Blogger satira blogospera Malaysia.
(Hasbullah Pit Komen Saya Edjas)
Maka, ada disebut di Blognya Husin Lempoyang, Pak Mentua Abdul Wahub Berkata:
Jangan marah aargh, gurau sahaja. Jikalau marah, nanti kena jual!
Jom!
...
Isteri: Hai, Kanda...ini bukankah lagu Joget Pahang, kenapa dilajukan?
Suami: Ooh Dinda, mari sini. Kanda perkenalkan guru tari, dari Akademi Fantastika, Abdul Sujiman Badrol Soleyman.
Mereka bersalaman...
Guru Tari: Call me, Suzy.
Auw!!
Suami: Kanda lama dah tak menari. Tapi semenjak Ahli Majlis Tertinggi Ameno suruh Kanda undur cepat, ini Lah Kanda sedang dok praktis.
Isteri: Praktis apa?
Guru Tari: Saya latih suami Datin Seri untuk undur. Ya, melangkah dengan mengundur. Undur ke belakang dengan cepat! Sebab itulah speed muzik ini dicepatkan.
Isteri: Oooh begitu. Jadi bersara awal macam mana?
Suami: Mana ada! Kita dok kat rumah ini sampai 1 Jun 2100.
Isteri: Oooh begitu ke? Wow!
Suami: Sekarang, dinda tengok Kanda menari, gostan (go-a-sturn). Undur Lah!
Music Please...!!!
...
InsyaAllah, bersambung lagi di sini kelak....