Gelombang Rakyat

BLOW - KedahLanie Zubli Zainordin Setuju IBNABDULLAHAWAB Popularkan MAWE

Saya membaca pos ini. Satu usaha yang mulia. Membetulkan fakta.

KedahLanie

27 January 2009

MEMBETULKAN: MAWE DIPOPULARKAN OLEH IBNABDULLAHAWAB

MEMBETULKAN: MAWE DIPOPULARKAN OLEH IBNABDULLAHAWAB TIDAK ZUBLI ZAINORDIN SEPERTI DILAPORKAN OLEH NOBISHA.

Saya telah sepintas lalu melayari beberapa blok dan bertemu dengan perkataan MAWE blogger dan tarikhnya. Semuanya baru dikeluarkan. Saya sebenarnya sejak 8 Muharram 1430/5 Januari 2009 Isnin telah mempolupori nama Haji Mohd Abdul Wahid Endut dengan rengkasnya Haji MAWE.

Saya rasa tidak benar dan tidak tepat kalau Sdr Nobisha mengatakan Sdr Zubli Zainordin mempelupori MAWE tersebut kerana tarikhnya jauh kemudian dari tarikh saya siapkan tajuk dibawah yang saya pastekan sebahagiannya untuk info dan maklumat kita semua:-

Bersambung di sini:

http://kedahlanie.blogspot.com/2009/01/membetulkan-mawe-dipopularkan-oleh.html

Terima kasih. Sesama kita betulkan, apa yang Nobisha ikhlas sebutkan.

Kita juga suka untuk lawati blognya...

Ibn abdullah Awab : http://tintaibnabdullahawab.blogspot

Saya sendiri pentingkan kemenangan Rakyat di P 36 Kuala Terengganu.

InsyaAllah, teruskan perjuangan...selepas P 36 Kuala Terengganu, ada lagi pilihanraya, dan terutama PRU 13.

BLOW - Sempatkah UMNO Berubah? Ahmad Saabun Sempat Sehati Bersama Nobisha

Dari Blog http://ahmadsaabun.blogspot.com/

Pos oleh...

Siapa Saya

Foto Saya
Ahmad Saabun
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Insan biasa...
Lihat profil lengkap saya

Sabtu, 2009 Januari 24

Sempat kah UMNO Berubah?

Salam untuk semua. Semakin hari suara mahukan Umno berubah semakin kerap dan lantang kedengaran. Saya sendiri sudah dua 'posting' bercakap tentang Umno perlu berubah. Rakan-rakan blogger yang lain juga ada menyentuh tentang perlunya Umno berubah.
Tetapi persoalannya...

Bersambung di sini:
http://ahmadsaabun.blogspot.com/2009/01/sempat-kah-umno-berubah.html

Apa kisahnya...Acara Hot!!!

Sehati Bersama Nobisha

Blogger Nobisha akan menyampaikan ceramah umum bertajuk "Politik dan Media Baru: Dimana UMNO" pada jam 8.30 malam, 23 Januari 2009. Tempat: Shah Alam (tempat sebenar akan dimaklumkan kemudian).

Sekiranya anda berminat hadir, sila hantar nama penuh dan nombor telefon kepada ahmadsaabun[at] gmail [dot] com. Nyatakan juga URL sekiranya anda mempunyai blog.

Pos terkini...

POLITIK KAPALTERBANG DALAM UMNO - Sembang-sembang dengan seorang teman baru-baru ini. Sambil pekena teh tarik, dia bercerita mengenai politik kapalterbang dalam UMNO. Huh? Politik kapalterb...
14 beberapa jam yang lalu

Pada tarikh itu Hari Jadi Nobisha.

Wow!

P 36 Kuala Terengganu - No Nobisha Seimbang Senget Perlu Takrifan Amalan Semula

My Photo
NOBISHA





Bukan Kita Senget

Zubli Zainordin

DACHING Itu Yang Senget

Bloggawan dan Bloggawanita, ada etika. Dari awal memblog sampailah pos terkini, prinsip tetap dipegang. Mereka ini sememangnya super class. Molek diteladani.

Terdapat juga mereka yang mencarut, menggunakan perkataan di luar norma, blog pun lain macam. Pos pun haru-biru. Walaupun macam lepasan sekolah menengah, namun mereka juga berperanan dan molek diberi perhatian.

Di antara dua kontinuum itu, Bloggawan dan Bloggawanita pelbagai, gerak ke atas boleh dan gerak ke bawah boleh. Mereka ini menarik, kerana tidak lah mereka menulis bagaikan professional, dan tidak pula macam orang tak sekolah.

Apapun masing-masing punya Blog, dan setiap seorang punyai keistimewaan tersendiri, membloglah selagi tidak menyalahi undang-undang negara.

Nobisha Bloggawan yang hebat. Saya kategorikan dia sebagai Bloggawan Pemimpin. Dia mampu set the trend. Sering ada yang mahu cut n paste posnya serba-serbi istimewa.

Thursday, January 15, 2009

ASTRO AWANI, MALAYSIAKINI

DAN BLOG SEIMBANG

Petang tadi saya muncul secara "live" dalam
Analisis Astro Awani selama 30 minit dari
Kuala Terengganu. Isu yang dibicarakan ialah
pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu.

Dalam wawancara itu, saya sebutkan

beberapa perkara:

sambungan di sini:

http://nobisha.blogspot.com/2009/01/astro-awani-malaysiakini-dan-blog.html

Tapi di luar jangkaan sekali saya tengok dia nakal. Saya pun tibai. Tapi bukan peribadinya, namun condongnya supaya melihat secara positif.

Maksud saya, Nobisha pun tahu, dari PRU 11 Barisan Nasional mengumpulkan pemimpin yang teruk, keputusan yang buruk, sampai PRU 12. Kendur sekejap, kemudian melampau-lampau dari 8 Mac 2008 sampai ke sekarang.

Tidak nampak dari Abdullah Ahmad Badawi, Mohd Najib Abdul Razak sampailah kepada pemimpin cawangan UMNO, Barisan Nasional dan kerajaan yang memajukan Rakyat dan memakmorkan negara secara total.

Isu tak selesai. Tak mahu dan tak mampu.

Jadi, Bloggawan bistari, mereka anjak dari laporan seimbang kepada laporan bermisi. Sedarkan Pak Lah, peringat Najib, sayang UMNO tapi mereka masih lena dan mabuk dalam budaya buruk, dan Barisan Nasional masih berteras ras.

Namun Pakatan Rakyat adalah gabungan lebih baik. Para pemimpinnya jauh lebih hebat, dan perjuangan mereka murni untuk memajukan Rakyat dan memakmorkan Negara Malaysia. Inilah yang kita mahu.

Sebab itu molek jika di setiap pilihanraya diusahakan supaya Barisan Nasional kalah supaya mereka sedar. Mendengar suara Rakyat ialah berterusan sebab kamupun Rakyat kami yang angkat kamu jadi pemimpin, eaikh pasal apa pulak kamu nak menentang kami, dan hanya baik dan mahu mendengar dan senyum tipu pun jadi, sekadar nak menang pilihanraya. Lepaih itu Loqlaq kembali. Sombong, cakap kasar, lepas-lepas, menghina...Oh NO. No more. Pura-pura tamat.

Tidak mengapalah jika ada Bloggawan kata dia seimbang - sekejap sokong UMNO sekejap hentam UMNO. Itu hak dia.

Tapi pada saya Barisan Nasional yang senget, jadi laporan seimbang tidak menjadi. Untuk sementara, sehingga Barisan Nasional elok semula. 100 tahun lagi!

P 36 Kuala Terengganu - No Nobisha Seimbang Senget Perlu Takrifan Amalan Semula.

Nota:

Sedang saya menulis pos ini Nobisha telefon dari Kuala Terengganu. Bercerita panjang pula kami. Terima kasih kerana sudi telefon. Kami berdua sudah sampai ke peringkat mutual-respect, sejak dulu lagi. Tiada pemimpin dan parti politik boleh mengubah hubungan kami penuh nikmat.

P 36 Kuala Terengganu - 3 Faktor Bloggers Forumers Enjut Dan BN Kalah

Saya setuju dengan Nobisha:

Penulis

My Photo
NOBISHA
Ketua Pegawai Eksekutif sebuah organisasi
perundingan. Presiden, Persatuan Penggerak
Pembangunan Komuniti Malaysia (MACOM).
Pernah menjadi Naib Presiden &
Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM),
dan Setiausaha Agung Committee for Asean
Youth Cooperation (CAYC). Anak kampung,
dilahirkan dalam sebuah keluarga miskin.
Membesar dengan kasih-sayang ibu dan ayah,
kini berkeluarga dan mempunyai empat orang
cahaya mata. Tulisan dalam blog ini adalah
pandangan peribadi beliau dan tidak semestinya
mencerminkan pandangan organisasi yang
disertainya.
View my complete profile

Tulisnya di Blog Bicara Nobisha, terkini:

Saya cenderung untuk mengatakan
bahawa keputusan pilihanraya kecil
P36 Kuala Terengganu akan ditentukan
oleh tiga faktor penting.

Perincian di sini:

http://nobisha.blogspot.com/2009/01/p36-kuala-terengganu-wan-farid-atau.html


Maka, untuk membantu Barisan Nasional kalah di P 36 Kuala Terengganu...

01.

Calon Terbaik ialah WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

02.

UMNO Parti Terbaik Di Dunia

03.

Wang Royalti Sudah Dijelaskan dan Akan Di Tingkat Ke RM 3 Billion Setahun

Itu antaranya. Rehat sekejap, kita jumpa selepas ini.

Tunggu...

Nobisha - Sukar Senang Ranking MB & KM Pakatan Rakyat - Semua Bagus

Suka juga jawab 3 permintaan, terutama I Dream Of Jinnie, dalam botol. Namun ini 3 soalan di Blog Nobisha.

Penulis

My Photo
NOBISHA
Ketua Pegawai Eksekutif sebuah organisasi perundingan. Presiden, Persatuan Penggerak Pembangunan Komuniti Malaysia (MACOM). Pernah menjadi Naib Presiden & Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), dan Setiausaha Agung Committee for Asean Youth Cooperation (CAYC). Anak kampung, dilahirkan dalam sebuah keluarga miskin. Membesar dengan kasih-sayang ibu dan ayah, kini berkeluarga dan mempunyai empat orang cahaya mata. Tulisan dalam blog ini adalah pandangan peribadi beliau dan tidak semestinya mencerminkan pandangan organisasi yang disertainya.
View my complete profile
Jika sudi jawab Lah kat sini: http://nobisha.blogspot.com/ Sebentar 3 Soalan Sahaja.

Seterusnya, saya terfikir, sukar atau senang nak ranking pencapaian Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat. Semuanya bagus.

Akhirnya setakat ini, begini...
Nik Aziz Nik Mat
flickr.com
01. Nik Aziz Nik Mat - Menteri Besar Kelantan.

Mohammad Nizar Jamaluddin
justclickme.wordpress.com
02. Muhammad Nizar Jamaluddin - Menteri Besar Perak.

Lim Guan Eng
www.malaysiaindru.com
03. Lim Guan Eng - Ketua Menteri Pulau Pinang.

Azizan Abdul Razak
cikwiduri.wordpress.com
Abdul Khalid Ibrahim
shamsuliskandar.wordpress.com
04. Seri - Azizan Abdul Razak - Menteri Besar Kedah, dan Abdul Khalid Ibrahim - Menteri Besar Selangor.

05. Tiada


Bagaimana pula dengan ranking prestasi pencapaian Menteri Besar Barisan Nasional?

01. Tiada

02. Tiada

03. Tiada

04. Tiada

05. Tiada

06. hingga 08. Belum nampak seorang pun lagi.

Keputusan Zahar Hashim - Nobisha, Baik Untuk UMNO Baik Untuk PAS - Bagaimana?


Sebahagian masyarakat melihat Zahar Hashim sebagai wira. Langkahnya keluar UMNO menyertai PAS ialah langkah pencak ibarat ngiluan nan memeritkan pemimpin dan pihak tertentu. Siapa? Tentulah yang utama UMNO. Kemudian Barisan Nasional. Dan lain-lain lagi seterusnya...

Keputusan ini amat strategik. Satu pengajaran besar dan pengajaran kecilan tambahan yang bukan boleh diledak kata tanpa renungan jikapun tidak kajian mendalam.

Bagaimana pemimpin melihat titik dan detik yang memunculkan gambar di atas?

Dari pemerhatian saya. It is a smart move Zahar. Ada beberapa soalan masih belum berjawab. Sedang saya selidiki. Umpamanya kenapa sebelum P 36 Kuala Terengganu. Kenapa PAS bukan parti lain. Ada lagi Lah.

Reaksi seperti, "Zahar Hashim keluar UMNO tidak rugi apa-apa." Nanti saya ulas.

Soalnya, seperti tajuk di atas:
Bagaimana Nobisha boleh berkata, isu ini, perihal keputusan Zahar Hashim...Baik Untuk UMNO, Baik Untuk PAS.

Gelas begini...













http://nobisha.blogspot.com/

...dijadikan perspektif positif melihat. Pun kacamata melihat atau mahu melihat bukanlah gambaran hakikat sebenarnya.

Kenapa?

Zahar Hashim adalah pemimpin, ya pemimpin UMNO. Kini menyertai PAS. Berbeza dengan beberapa dan lain-lain pemimpin UMNO, pendirian, keputusan, tindakannya mendapat pujian. Ya, sebagai langkah wira.

Ertinya, UMNO dari kedudukan memiliki segelas air penuh, kini tiada. Sudah menjadi milik PAS.
A glass more than half full
flickr.com
Hanya kerana UMNO tidak mengawalselia keseluruhan tangki airnya dan kesemua gelas miliknya. Barangkali mungkin ada yang hanya seronok sebagai pemimpin, dia ada gelas dan dia dapat minum air penuh setiap ketika. Peduli apanya Zahar Hashim keluar atau tidak. Sesudah keluar, mahu barangkali disiram petrol dan diesel yang harganya dek kebisingan Team-Turun, Turun-turun, sudah murah sedikit sekarang.

Jadi, keputusan Zahar Hashim, baik untuk PAS. Tidak baik untuk UMNO.

Sedangkan semasa dalam UMNO kenyataannya bukan menyentuh keputusan kecil yo-yo mainan, ianya keputusan saiz Eurocopter Cougar. Jika yang dihunus pula bukan pemimpin bawahan, namun barangkali pemimpin potensi kerusi nombor wahid.

Sedangkan semasa dalam UMNO ya, Zahar Hashim begitu, fahamilah bila Zahar Hashim sudah berada dalam PAS.

Saya jangkakan Zahar Hashim bakal mencetuskan gegaran lebih berdengung daripada kipas Eurocopter Cougar untuk memihak kepada PAS.

Apakah pentas lebih tepat lapang dengan ramai audien ingin ketahuan, daripada kini di P 36 Kuala Terengganu..?

Cuba tanya Wan Ahmad Farid Wan Salleh, dia nak gelas sahajakah? Gelas penuh airkah? Atau Gelas air tinggal separuhkah? Atau air tanpa gelas?

Perlu disedarinya, ini gelas penuh ada power dalaman nak mai P 36 Kuala Terengganu.
Storm in a glass of water
photo.net
Kena gaya, impak PAS bersama Zahar Hashim, mampu terpeliot para pemimpin dan parti UMNO beserta rakan-rakan yang sekapal dengannya di sana kelak. Piala Mongsoong Lah katakan. Ya, dan selepas itu pula, InsyaAllah.

Pandangan saya, keputusan Zahar Hashim ini - UMNO Rugi, PAS Untung. Baik Untuk PAS, Tidak Baik untuk UMNO.

Sila baca "Sour Grapes" pada saya, dari pos berdentum di Blog A Mum Of Three Mohd, dan ada gambar Double-Mohd.
I'm a wife
and also a mum
to three Mohd.
Mohd. Shakir
Mohd. Shazuan
and
Mohd Syafiq

YANG MANA SATU BERMASALAH.... ZAHAR ATAU UMNO?

Tahniah kepada PAS kerana menerima orang yang bermasalah. Itulah kenyatan PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengenai kemasukan Datuk Zahar Hashim ke dalam PAS.


Tidak berpandangan jauh. Nasik telah jadi bubur! Serta, bila lagi nak perbetul UMNO. Berapa ramai lagi wira bangsa perlu keluar untuk menginjek kesedaran? Tak cukup Mahathir Mohamad, Sanusi Junid, Zaid Ibrahim...berapa ramai?
A Set Glasses Of Full Water
picasaweb.google.com
Dari segi keuntungan PAS, gelas penuh berisi air diperolehinya, adakah segelas sahaja atau berjumlah sebilangan pemimpin dan ahli UMNO Petaling Jaya Selatan.

Sepatutnya para pemimpin UMNO belajar dari hal ini. Usah melakukan untuk kepentingan diri, tidak mahu mendengar suara pemimpin dan akar umbi, penafian demi penafian, dan kemudian cemuhan.

Jika lantak Lah. Maka teruskanlah Lah budaya dan amalan seperti sekarang, apakah tidak perlu dihiraukan penolakan total nanti di PRU 13 kelak. InsyaAllah...

Kempen Melalui Blog - UMNO Nan Lapok & PAS Ada Blog Khas P 36 Kuala Terengganu

Menarik pos Nobisha...

Monday, December 22, 2008

AYUH, TUTUP SEMUA BLOG UMNO!

di Blog Bicara Nobisha:
http://nobisha.blogspot.com/

UMNO memang lapok pemikiran kuno masih diungguli.

Sekiranya UMNO tidak mengiktiraf pemodenan ICT, bagaimana parti ini dapat menerajui pemodenan negara.

Nampaknya PAS lebih maju ke hadapan...

Perhatikan PAS telah bina Blog nan canggih untuk menghadapi pilihanraya kecil P 36 Kuala Terengganu.

Klik sini:

http://prk036.pas.org.my/

Nobisha Jika Pemimpin Tidak Ikhlas Begitu Lah Nak Buat Tak Nak..?

Apa cerita IJN..?

Lantaran Nobisha menulis:

Friday, December 19, 2008

MENGAPA TANGGUH, TOLAK SAJA-LAH!

Sebelum PRU12, rakyat merasakan kerajaan tidak mendengar pandangan mereka. Sebab itulah rakyat menolak Barisan Nasional. Itu kata penganalisis politik dalam pelbagai wacana dan seminar. Itu juga rumusan yang saya dapati dari pelbagai laporan mengenai PRU12.

http://nobisha.blogspot.com/
Jika dulu sejak 2003, apa kerajaan buat Rakyat Malaysia rugi, apa kerajaan tak buat Rakyat Malaysia rugi.

Sebabnya, kerajaan tidak ikhlas prihatin Rakyat Malaysia.

Apa yang Rakyat Malaysia nampak pemimpin prihatin dirinya. Kemudian keluarganya. Kemudian rakan akrabnya. Kemudian...ada lagi lapisan kemudiannya, dan nun di bawah sekali baru lah Rakyat Malaysia.

Sebagai memahami contoh, tiada ertinya dealings yang 2 orang dapat seorang 2 Billion, sedangkan 2 juta dikongsi 22 juta orang.

Banyak perkara pelek berlaku.

Sehinggalah PRU 12, kemunculan Anwar Ibrahim, Parti KeADILan Rakyat, Pakatan Rakyat yang berjuang untuk Rakyat. Rakyat Malaysia.

Gegaran berlaku di kalangan mereka yang mengaitkan kuasa politik dan nikmat ekonomi. Ertinya, lagi tinggi jawatan politik dalam parti, lagi banyak masyiuk.

Menyampah tengok pemimpin yang menangis depan isterinya, untung atas angin tahun lalu RM 100 juta, tahun ini RM 10 juta sahaja. Minthalnya. Sedangkan bertitik peluh pun penoreh getah di Baling, nak dapat RM 10 pun perit.
Nurul Izzah Anwar
lakaranhatii.blogspot.com
Saya masih ingat lagi, bila pihak lawan mengatakan Nurul Izzah Anwar calon yang tidak berpengalaman. Maka dibenarkan oleh Presiden Parti KeADILan Rakyat, Wan Azizah Wan Ismail, bahawa Nurul Izzah Anwar tidak berpengalaman budaya amalan lazimnya para pemimpin parti tersohor ketika itu.

Mereka yang lama dalam hal-ehwal scoring ini, memang soalan yang masih tidak lekang dari bibir mereka ialah, "ada apa lobang?"

Dalam maknanya itu...bagi mereka yang faham dan berkecimpongan aspek kelobangan ini.

Para pemimpin yang tidak ikhlas ini, peningnya ialah, tak nak buat, tak masyiuk. Jika buat, nanti kena, langsung apa masyiuk pun tarak.

Hakikatnya, Rakyat Malaysia sudah jelak!

Sebab itu, PRU 12, kita tolak UMNO, tolak Barisan Nasional. Tolak apa yang menjadi rupa dan amalan para pemimpinnya.

Di P 44 Permatang Pauh, kita tolak yang sama.

Di P 36 Kuala Terengganu, kita tolak lagi yang sama.

Kini sudah ada yang tidak sabar untuk menunjukkan kepada para pemimpin berkenaan supaya sedar kerana tidak sedar-sedar lagi.

Di PRU 13, kita tolak sepenuhnya. Biarlah pemimpin hebat dari Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat dan seluruh negeri di Malaysia. Serta memimpin dalam ertikata mereka sebahagian daripada Rakyat Malaysia yang memajukan Rakyat Malaysia dan memakmorkan negara.

Berkaitan:

Friday, December 19, 2008

Penswastaan IJN - Adakah Satu Keperluan?

Negara dikejutkan semalam dengan berita bahawa...

Sambungan di sini:

http://drazwan.blogspot.com/

Nobisha Menteri Dari UMNO Tidak Mengupayakan Blogger Pro-UMNO Menyengat

Di Bloggosphera ini di antara Blogger yang hebat ialah:

Penulis

My Photo
NOBISHA
Blog Bicara Nobisha

Posnya memang bermutu dan menarik.

Terkini:

Wednesday, December 17, 2008

MAAF, BLOG UMNO TAK ADA UMMPH!

Petang ini saya menghabiskan banyak masa melayari beberapa "blog UMNO".
Saya tambah, pemimpin UMNO tidak melakukan yang sepatutnya dan melakukan apa yang tidak sepatutnya. Bermula dengan Abdullah Ahmad Badawi, Mohd Najib Abdul Razak, dan sampailah pemimpin dalam barisan hirarkinya.

Jadi, Blogger Pro-UMNO, terkial-kial untuk pos di Blog, tanpa menjejaskan kredibilitinya dan memantapkan kewibawaannya, sedangkan para pemimpin UMNO, menjadikan mereka susah untuk ibaratnya menegakkan benang nan basah.

Jika pemimpin UMNO yang buruk pun dipos baik. Lama kelamaan, dia sendiri pos, dia sendiri baca.

Sementara itu, para pemimpin Pakatan Rakyat terus mengungguli keprihatinannya terhadap Rakyat Malaysia. Dalam parti, dalam gabungan, rapat umum, di Parlimen terutamanya, banyak isu memperjuangkan nasib Rakyat Malaysia.

Pemimpin Pakatan Rakyat mengupayakan ruang untuk kritik menjadi sempit, bagi Blogger Pro-UMNO.

Ambillah contoh Harga Minyak Petrol dan Diesel, bagaimana harganya dinaikkan dan diturunkan di Malaysia.

Jika Blogger Pro-UMNO menulis, mithalnya:
Pengumuman Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, tentang kenaikkan harga minyak petrol dan diesel pada 5 Jun lalu, menunjukkan kehebatannya dalam menerajui ekonomi Malaysia, dan penurunan sebagai 7 kali, menunjukkan keprihatinannya terhadap Rakyat Malaysia.
Tak usah kata Pro-Pakatan Rakyat, Anti-BN, ahli UMNO dan para pemimpin Barisan Nasional pun, barangkali mengatakan, kelemahan Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin yang semacam tak tahu apa, perihal harga minyak ini.

Perhatikan Anwar Ibrahim sebagai contoh, "Hari Ini Membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat, Esok Harga Minyak Turun". Tak usahkan para penyokongnya, ada di kalangan ahli UMNO dan para pemimpin Barisan Nasional pun terpikat.

Bagi Blogger Pro-UMNO yang hendak mengherdik Anwar Ibrahim perihal slogan ini sebagai tanam tebu dibibir sahaja, namun hakikatnya kini telah terbukti, "it is better than foam only on lips".

Tiada Blogger yang hebat, tara mana pun pengalaman dan kelulusan akademiknya, jika diupah untuk menulis, yang buruk pun dikata baik, yang baik pula dikatakan buruk, maka lama kelamaan dia yang menulis, diapun klik pos, dan dia sendiri sorang-sorang baca syok sendiri.

Kemudian, bila Bos tanya, angka statistik di Blognya menunjukkan 100,000 sehari!

Bila Nobisha Pun Tercuit Pandangannya Tetap Bernas

My Photo

View Full Size

NOBISHA

About Me

Ketua Pegawai Eksekutif sebuah organisasi perundingan. Presiden, Persatuan Penggerak Pembangunan Komuniti Malaysia (MACOM). Pernah menjadi Naib Presiden & Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), dan Setiausaha Agung Committee for Asean Youth Cooperation (CAYC). Anak kampung, dilahirkan dalam sebuah keluarga miskin. Membesar dengan kasih-sayang ibu dan ayah, kini berkeluarga dan mempunyai empat orang cahaya mata. Tulisan dalam blog ini adalah pandangan peribadi beliau dan tidak semestinya mencerminkan pandangan organisasi yang disertainya.

Apapun memang berbeza jika Blogawan sebenar memblog.

Sama-sama kita fahami sebabnya dan saya akui pandangannya memang bernas:

NOBISHA said...

Saudara Zubli,

Saya percaya sukar untuk memblog berwajah seperti kita. Kadang2 terasa nak memblog secara anonymous juga. Boleh hentam siapa saja. Baling batu sembunyi tangan. Banyak rahsia boleh dibongkarkan. Namun apabila memikirkan akhir sekali kita akan mati dan menghadap Allah s.w.t., maka saya terus memblog berwajah. Ada gambar dan ada wajah, sekurang2nya ia mengingatkan saya kepada tanggungjawab. Kita mungkin lepas dari hukuman di dunia, tetapi kita tetap bertanggungjawab di hadapan Allah s.w.t.



BN dan Berani Berubah di ASTRO Awani - Soalnya...

Baru membaca pos ini:

NOBISHA & MUKHRIZ MAHATHIR DI ASTRO AWANI ... PETANG INI - Saya dijadualkan untuk bersama calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato' Mukhriz Mahathir dalam Analisis Astro Awani. Waktu siaran ialah 5.30 peta...
1 hour ago
Oleh BN atau Bicara Nobisha:

Penulis

My Photo
NOBISHA
Ketua Pegawai Eksekutif sebuah organisasi perundingan. Presiden, Persatuan Penggerak Pembangunan Komuniti Malaysia (MACOM). Pernah menjadi Naib Presiden & Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), dan Setiausaha Agung Committee for Asean Youth Cooperation (CAYC). Anak kampung, dilahirkan dalam sebuah keluarga miskin. Membesar dengan kasih-sayang ibu dan ayah, kini berkeluarga dan mempunyai empat orang cahaya mata. Tulisan dalam blog ini adalah pandangan peribadi beliau dan tidak semestinya mencerminkan pandangan organisasi yang disertainya.
View my complete profile
Komen saya:

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total.
Syabas Nobisha

Mukhriz Mahathir telah menapak di arena politik Malaysia. Syabas. Sebagai pemimpin adakah dia mempunyai A Total View, perihal politik di Malaysia.
Mahathir Mohamad
archives.cnn.com
Jika tidak, dia bakal berada di tahap yang tidak menyamai daya pandang Mahathir Mohamad. Serta dia mengulangi kesilapan Abdullah Ahmad Badawi yang di alam mimpi, dan Mohd Najib Abdul Razak yang di alam fantasi.
Abdullah Ahmad Badawi
dppkt.wordpress.com

Mohd Najib Abdul Razak
www.bloomberg.com


Jika soalan ini tidak berpeluang dikeudarakan. Pun begitu sila bisikkan ke telinganya. Supaya pemimpin yang sudah pun bagus terus mara maju dan hebat.

Setakat ini semua calon Pemuda UMNO, sudah menunjukkan tahap yang belum sampai wibawa Nurul Izzah Anwar.
Sama-sama kita saksikan...
Analisis Astro Awani. Waktu siaran ialah 5.30 petang ini, 4 Disember 2008 (Khamis). Isunya? Apa lagi kalau bukan mengenai "pendidikan bersama"!

Berkaitan:

Rabu, Disember 3, 2008

Bila Nurul Izzah Bersuara Pemimpin Pemuda UMNO Nampak Kerdil Mindanya

Nurul Izzah Anwar
picasaweb.google.com
http://satublogtotal.blogspot.com/2008/12/bila-nurul-izzah-bersuara-pemimpin.html

Seterusnya sila baca, pos ada class gitu, oleh A Mum Of Three Mohd:

I'm a wife
and also a mum
to three Mohd.
Mohd. Shakir
Mohd. Shazuan
and
Mohd Syafiq
PENDAPAT LAWAN PENDAPAT

NURUL IZZAH ANWAR

Vs

MUKHRIZ MAHATHIR





Al Kisah dua insan di Malaysia Boleh ....... suatu ketika dulu..........

Dulu KAWAN sekarang LAWAN
Ibarat BAPA dengan ANAK
Ibarat MENTOR dengan MENTEE
Ibarat ISI dengan KUKU
Ibarat AUR denagn TEBING

Tapi sekarang senario kisahnya telah berubah.......... Tak payah cerita sebab satu dunia dah tahu.
Itulah realiti kisah dua orang manusia bernama.......

Lagi di sini:

http://motherof3mohd.blogspot.com/2008/12/nurul-izzah-anwar-vs-mukhriz-mahathir.html
Wow!

Yang Menunggu Giliran Mereka Telah Dahului Kembali Pada-Nya

Sejak 16 November 2008, sering memikir hal ini, ketika masih hidup, menunggu giliran untuk kembali kepada-Nya.

Terdapat beberapa Blogger yang mengisahkannya, pemimpin dan tokoh berikut, Diantaranya...

Syed Alwi
teater-tokperak.blogspot.com
RepublikKATA:

Belasungkawa: Syed Alwi ditemui mati, ada kesan calar

Diposting oleh Sam Ahmad | 12:31 | , | Oleh MStar

SUNGAI BULOH: Tokoh Seniman Negara, Datuk Syed Alwi Syed Hassan ditemui mati di kediamannya di Kampung Sungai Serai, Kuang, Rawang dekat sini, kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

lagi di sini:

http://republikkata.blogspot.com/
Razali Ismail
www.moe.gov.my
Perisik Rakyat:

Friday, November 28, 2008

Al-Fatihah: Timbalan Menteri Pelajaran meninggal dunia

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail meninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands dekat sini kira-kira 6.30 petang tadi.

Lagi di sini:

http://perisik-rakyat.com/2008/11/al-fatihah-timbalan-menteri-pelajaran.html
Nobisha:

Tuesday, December 2, 2008

PERGINYA SEORANG PENGKRITIK SOSIAL



Allahyarham bukanlah nama besar di negara ini, tentunya tidak sepopular penyanyi To' Ki walaupun mereka tinggal...

Lagi di sini:

http://nobisha.blogspot.com/2008/12/perginya-seorang-pengkritik-sosial.html
Al-Fatihah...

Akan tiba masa dan ketikanya.

Pak Lah Dijangka Umum Esok Atau Lusa, Sila Tunggu Dan Dia Akan Tunda Lagi

Penulis:

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin



Pada saya,

Pak Lah, orang politik wahai Hasbullah Pit, dan Nobisha...

Kepada Hasbullah Pit, saya berkata, di antara *Berundur* dengan *Kelihatan seperti berundur*, lain tuh!

Kepada Nobisha, saya bertanya, Pak Lah atau UMNO yang perlu berubah?

Soalnya,

*Pak Lah memimpin perubahan UMNO

Atau

UMNO mengubah Pak Lah?*

Kepada Hasbullah Pit, jika Lagu Dan Tari Awal Tak Sesuai, Cuba Lah yang ini:



Bila Pak Lah kata dia dijangka umum...

Umum apa?

Entah apa Lah yang hendak diumumkannya?

*Apa*, Pak Lah tak sama dengan, *apa*, harapan Rakyat Malaysia.


Abdullah Ahmad Badawi
kibardd.wordpress.com

Dunia Ana Yang Punya!
240 x 320 - 23k - jpg
sanggahtoksago.blogspot.com

Patut Lah Tengku Razaleigh Hamzah pun kata dia macam budak-budak, kini bermain teka-teki.
Pak Lah semakin membosankan.

Tiada dapat dia bezakan di antara apa yang penting, dengan apa yang boleh digurau senda.

Jika pemimpin politik yang baik, dia akan berkata, "saya akan membuat pengumuman, InsyaAllah, pukul 10 Pagi, esok 7hb Oktober, 2008, di pejabat..."

Flip-flop kita, di berteka-teki lagi, bermain-main, "esok atau lusa".

Alahai Pak Lah, bila nak matang?

Jadi, bila Pak Lah, sebagai orang politik, dia cakap "esok atau lusa", ketika dia sedang dalam buying time, maka, yang dia kata "esok" itu, lupakan sahaja Lah. Bohong!

Dan yang dia kata, "lusa", dirasakan dia akan tunda pengumuman itu pula, ke suatu tarikh yang lain.

Pak Lah, sebagai pemimpin politik, errr boleh percaya ke dia ini?

Saya sudah tidak lagi demikian...

Lawak PM Lama - Sah Pak Lah Berundur Dan Begini Caranya

Rakan Blogger, Nobisha, serius juga orang nya, telah pos begini:

Sah, Pak Lah Berundur!

October 5, 2008

Membaca tulisan Ketua Pengarang Kumpulan NST Dato’ Hishamuddin Aun dalam Berita Minggu sudah cukup untuk seseorang membuat rumusan, “Sah, Pak Lah Berundur!” Hishamuddin melalui kolumnya, Kaca Mata, merumuskan:

Perincian dan banyak lagi pos menarik di sini:

http://nobisha.wordpress.com/2008/10/05/sah-pak-lah-berundur/


Saya percaya Bicara Nobisha, Kritikal & Konstruktif.

Namun saya sudah lama susah untuk mempercayai Abdullah Ahmad Badawi, sebagai pemimpin, bila dia berkata-kata tidak seperti yang dimaksudkannya, dan yang dimaksudkannya tidak seperti yang dikatakannya.

9 Oktober, 2008..?

Saya lebih cenderung kepada pendapat Mantra di Blog In Deep Tots. Pandangannya di antara lain, ialah:

Sunday, October 05, 2008

PAK LAH AKAN PANDAI AMBIL PELUANG... TUNGGUUU

Pada 9hb Oktober 2008 (Khamis) jam 12.00 tgh malam, seperti yang telah dijanjikan kepada ahli-ahli UMNO khususnya dan rakyat jelata amnya... adalah tarikh dan detik akhir bagi Pak Lah membuat keputusan yang terpenting buat negara.
Tambah Mantra lagi:

ATAU MUNGKIN INI YANG AKAN BERLAKU?
  • Samada Pak Lah dengan sengaja melupakan janji-janjinya
  • Samada Pak Lah akan berdrama bila tarikh tempuhnya telah tamat dan memohon simpati ahli-ahli UMNO
  • Samada Pak Lah akan menunda sekali lagi semua tarikh dan semua yang mungkin
Jadi, apa yang bakal terjadi, mesti terjadi, dan entah Lah, kita belum ketahui lagi apa yang terjadi.

Jika sesiapa yang tak sabar, nak tahu, jom ikut saya tengok apa agaknya yang sedang dilakukan oleh Pak Lah, buat masa ini.

Melawak sahaja daa,

Ingat pesanan sahabat saya:

Sahabat Saya yang Masyhur, Saudagar Unta, Husin Lempoyang:

Ana

My Photo
Husin Lempoyang
Hehehe. Peniaga unta di Bazaar Baghdad. Pelakun sambilan wayang P Ramlee. Blogger satira blogospera Malaysia.
View my complete profile

(Hasbullah Pit Komen Saya Edjas)

Maka, ada disebut di Blognya Husin Lempoyang, Pak Mentua Abdul Wahub Berkata:

Jangan marah aargh, gurau sahaja. Jikalau marah, nanti kena jual!

Jom!

...

Isteri: Hai, Kanda...ini bukankah lagu Joget Pahang, kenapa dilajukan?

Suami: Ooh Dinda, mari sini. Kanda perkenalkan guru tari, dari Akademi Fantastika, Abdul Sujiman Badrol Soleyman.

Mereka bersalaman...

Guru Tari: Call me, Suzy.

Auw!!

Suami: Kanda lama dah tak menari. Tapi semenjak Ahli Majlis Tertinggi Ameno suruh Kanda undur cepat, ini Lah Kanda sedang dok praktis.

Isteri: Praktis apa?

Guru Tari: Saya latih suami Datin Seri untuk undur. Ya, melangkah dengan mengundur. Undur ke belakang dengan cepat! Sebab itulah speed muzik ini dicepatkan.

Isteri: Oooh begitu. Jadi bersara awal macam mana?

Suami: Mana ada! Kita dok kat rumah ini sampai 1 Jun 2100.

Isteri: Oooh begitu ke? Wow!

Suami: Sekarang, dinda tengok Kanda menari, gostan (go-a-sturn). Undur Lah!



Music Please...!!!

...

InsyaAllah, bersambung lagi di sini kelak....