Gelombang Rakyat

Lawak PM - Rakyat Teruja Kemudian Terkecewa..!

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.



Bila Rakyat Malaysia melihat Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin, mereka dijanjikan Cemerlang Gemilang Terbilang.

Bila Rakyat Malaysia teruja, kemudian apa yang dijanji, apa yang dirancang, telah dibatal, telah ditangguh, telah ditunda, dan macam-macam...

Kemudian Rakyat Malaysia melihat Abdullah Ahmad Badawi, lalu mereka diberikan Malang Kecundang Lintang-pukang.

Kepemimpinan apa? Macam mana boleh jadi sampai begitu? Apa dihajat tak dapat, tapi kerugian begitu besar sekali...

Pos ini dirujuk:
http://atotalblog.wordpress.com/
Why Government Relooking And Shelving Projects?
Amalan membatal, menunda, menangguh projek, sebenarnya adalah pembaziran wang Rakyat Malaysia. Serta membabitkan kerugian di antaranya para kontraktor.

Entah Lah, siapa lagi yang rugi. Namun, dirasakan begini Lah jadinya.

Lawak!

...

Ahmad: Wah! Riang ceria Wong? Kena loteri ke?

Wong: Makan Ahmad, makan puas-puas, saya belanja.

Ahmad: Selalu saya belanja awak Wong, kemudian awak belanja saya, tapi di gerai mamak sahaja. Ini hotel lima bintang nii. Makanan dekat sekilometer panjangnya. Apa yang special ini?

Wong: Awak tahu Lah, Ahmad, government buat project banyak. Semua mega jugak. Company saya dapat satu contract, untungnya tak banyak, RM 100 juta sahaja.

Ahmad: Wow! Banyak tu, kaya Lah awak Wong...

Wong: Ada satu lagi project sudah mahu dapat, saya mahu share dengan awak. Untung project ini tak banyak, RM 200 juta sahaja. Kita split 50-50.

Ahmad: Modal macam mana?

Wong: Awak tak perlu risau, saya ada jalan untuk pinjaman bank, lebih kurang RM 1 Billion.

Ahmad: Eh! Itu macam Raju baru masuk. Saya lambai dia, okay dia nampak, dia dah hala ke sini.

Raju: Mana awak berdua, keliling bandar saya cari. Saya mahu belanja awak berdua makan.

Ahmad: Awak pun nak belanja kami makan? Dapat kontrak berapa juta?

Raju: Tak banyak Lah Ahmad, sikit sahaja. Saya dapat kontrak, untung lebih kurang RM 100 juta sahaja.

Wong: Ahmad, Raju, ini government bagus. Kita undi, dia menang, jadi kerajaan, macam-macam mega project dia buat, kita semua dapat rasa nikmat...

Raju: Apa kata, kita form satu company, kita share 3 orang. Apa macam?

Wong: Saya fikir itu bagus. Ahmad setuju tak?

Ahmad: Kalau begitu saya setuju.

Wong: Ingat ya, ini projects untung banyak, peringkat awal, nak set-up, kita perlu Lah bergolok bergadai dulu ya.

Raju: Mula-mula sahaja kita bergolok bergadai, bila sudah dapat untung, kita enjoy pulak kat Golok.

Mereka ketawa...

Tetapi ketawa mereka tidak lama. 6 bulan kemudian...

Berita muka depan sebuah akhbar:

Kerajaan telah memutuskan untuk menunda, menangguh, dan membatalkan hampir kesemua projek yang telah dirancangnya.

Ini wajar memandangkan krisis ekonomi dunia yang teruk melanda rantau ini.
...

Kuang! Jeng!! Kuang!!!

Ini lagi...

Setiap Bulan Peniaga Bazaar MAINS Gulung Tikar
Dilulus terbit pada Thursday, October 16 @ 09:00:00 MYT oleh TokBatin
Aduan @ Laporan Oleh rozmal

" Berikut beberapa maklumbalas yang diterima dari peniaga di Bazaar MAINS (Majlis Agama Islam Negeri Sembilan) , Seremban. Mungkin ada pihak yang boleh mengesahkannya , terutamanya pihak pengurusan Bazaar MAINS. ( Untuk makluman saya bukan peniaga di Bazaar MAINS , atau mempunyai anak-beranak , adik-beradik atau kroni yang berniaga di Bazaar MAINS , cumanya sebagai seorang Islam mereka peniaga Bazaar MAINS adalah saudara saya dalam Islam dan satu rumpun bangsa Melayu )

Peniaga Bazaar MAINS mendakwa :


Sambungan di sini:

http://www.tranungkite.net/

0 comments: