Lawak UMNO - Dalam Mesyuarat Bahagian Gunalah Kepala..!
Zubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.
Guna kepala!
Memang itulah nasihat terbaik, ketika pemimpin dan ahli Parti mahu melihat mesyuarat peringkat Bahagian kini berlangsung dengan terbaik. Sopan, santun, dan susila.
Tidak mahu terjadi, dan tidak mahu kedengaran, kelihatan, atau keterbacaan dalam media akan laporan yang memalukan malu UMNO.
Jadi, masing-masing guna pakai Lah nasihat, Guna Kepala...
Namun lawak pulak jadinya.
Begini...
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti sebelum duduk sudah mula bertanya...
Pengerusi: Apa sebenarnya yang telah terjadi di mesyuarat bahagian awak?
Ketua: Tak ada apa, semua elok dan berlangsung dengan lancar, serta sopan dan susila.
Pengerusi: Tapi ini ada gambar, sebagai bukti, disiarkan dalam media, dan bloggers pun ambil kesempatan melaporkan haru-biru mesyuarat bahagian awak.
Setiausaha: Mereka itu dengki kat kami. Macam-macam suka hati dia orang sahaja apa yang nak disiar terbitkan di media dia orang. Kami nak boleh buat apa?
Pengerusi: Ada insiden pergaduhan nii di mesyuarat bahagian awak!
Ketua: Nak gaduh apa, mesyuarat bahagian, biasa Lah, jikalau ada gaduh sikit-sikit.
Pengerusi: Ini bukan bergaduh sikit nii. Ini bergaduh besar. Sampai ada yang baju koyak, leher tercekik, kerusi kena treban nii.
Timbalan Pengerusi: Itu tak apa jugak, yang kami kesal tuu, mikrofon parti kita telah dirosakkan. Mahal tuu...
Ketua: Pasal mikrofon tuu, rosak, sebab ramai yang berebut nak bercakap. Lagi dihalang, lagi lah direbut. Ramai yang buat begitu. Habis tuu rosak Lah mikrofon Parti kita.
Pengerusi: Bukan kah kamu semua tidak dinasihati oleh pucuk pimpinan, supaya dalam mesyuarat bahagian, kamu semua dihendakki, Gunakan Kepala!
Semua yang dihadapkan ke jawatankuasa itu menjawab serentak.
Serentak: Tapi! memang kami guna kepala!
Pengerusi: Saya tak faham apa maksud kamu semua.
Ketua: Biar saya jelaskan. Pemimpin nasihat, Guna Kepala. Maka kami gunakanlah Kepala. Termasuk, Kepala Lutut...
...
Kuang! Jeng!! Kuang!!!