Lawak Menteri - Minyak Ngan Beras Tak Sama & Harga Pun..!
0 Comments
»
Zubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.
Rakyat Malaysia patut tanya Hasbullah Pit mengenai beras, dia Saudagar Beras. Tanya Lah dia, sehubungan apa yang disuarakan oleh KerabuBersuara, kerana ia sudahpun bersuara.
Jenuh Lah, Mintri nak menjawab semua ini. Namun, mengenangkan KerabuBersuara sudah pun bersuara, maka perlu Lah dijawab juga. Sementelah, Mintri telahpun menjawab Kujie perihal Tarif Letrik.
Ini haa, Kerabubersuara suarakan:
Maklumat lanjut dan banyak lagi bahan menarik di:October 18, 2008
Harga Minyak Dah Turun RM0.40 Per Litre, Harga Beras Masih Kekal Tinggi !!!
Bila harga Petrol naik 78 sen kepada RM2.70 seliter, diesel naik RM1 kepada RM2.58 seliter berkuat kuasa tengah malam 04 Jun 2008 harga hampir ke semua barangan dan perkhidmatan mula naik secara mendadak
http://kerabubersuara.blogspot.com/
Maka, mari kita ikuti apa yang Mintri umumkan dalam sidang akhbar baru-baru ini.
Wartawan 1: Mintri, ini macam mana, kerabubersuara sudah bersuara.
Mintri: Memang Lah, sekarang semua boleh bersuara. KuahKari, SupIkan, SayurCampur, semua pun boleh bersuara. Jadi apa yang Kerabubersuara telah suarakan?
Wartawan 2: Harga Minyak Dah Turun RM0.40 Per Litre, Harga Beras Masih Kekal Tinggi !!!
Mintri: Ramai orang tidak faham ya, minyak petrol dan diesel dengan beras adalah bahan yang tidak sama. Petrol Diesel tidak boleh disamakan dengan beras. Bahan yang satu diisi dalam tangki kenderaan, bahan yang satu lagi diisi ke dalam tangki perot kita. Jika diterbalikkan pengisian ini, habis Lah kita ya. Jadi berhati-hati bila mengisi. Okay harganya tidak sama. Bila harga minyak petrol dan diesel turun ke RM 0.40 per litre, harga beras tidak boleh diturunkan.
Wartawan 17: Kenapa pulak harga beras tidak boleh diturunkan?
Mintri: Cuba kita tengok ya, sebagai contoh, Beras Jati, 5 % hancur untuk 10 kg telah naik daripada RM 18.00 kepada RM28.90 sekampit. Sepatutnya harga ini dinaikkan ke 98.50 sekampit. Bukan diturunkan pulak.
Wartawan 1: Kenapa pulak begitu?
Mintri: Sebabnya, ramai orang makan nasik. Kini terdapat beras yang percuma. Contohnya, Beras Padu, Beras Terpilih, dan Beras Melaka. Jadi lain-lain beras, harganya tidak boleh diturunkan, malah sepatutnya dinaikkan.
...
Kuang! Kuang!! Jeng!!!