Gelombang Rakyat

Lawak UMNO - Melayu Mudah Lupa

Rasanya, Mahathir Mohamad yang pernah kata Melayu Mudah Lupa. Mungkin Hang Tuah kot ada kata, Tidak Melayu Hilang Di Dunia.

Mujur seorang itu selamat kembali ke dunia.

Nah! Logiknya, jika Tidak Melayu Hilang Di Dunia, adakah dia akan hilang ingatan, sebab Melayu Mudah Lupa.

Entah Lah...

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.


Bagaimana jikalau pemimpin tertinggi parti mudah lupa. Bak kata Musa Hitam, ramai yang sudah tua. Namun tua bangka itu semua mana nak mengaku. Lebih-lebih lagi yang masih nak nyanyi, "Hai senangnya dalam hati...", kan? Kot Lah...

...

Jadi begitu Lah pesanan Doktor pakar kepada semua pemimpin tertinggi Parti, supaya tulis apa yang mereka nak sampaikan, kerana mereka sudah di kedudukan mudah lupa.

Ketua 1: Jadi, bila sebenarnya pelan peralihan kita? 1 Jun 2100 kan?

Ketua 2: Tak aih, dulu awak kata, 9 Mac 2008.

Ketua 1: Eh! Iya ke. Maksud saya, pelan perlaihan kuasa di antara kita sebagai pemimpin parti. Ada tidak saya kata, 9 Mac 2009, kan? Tapi saya ingat kita umumkan sahaja Lah, 1 Jun 2010...awak setuju dak?

Ketua 2: Seingat saya, kalau saya tak lupa Lah kan, awak patut bersara awal pada 19 Disember 2008. Kan, Naib Presiden Parti desak begitu, awak tak ingat ke?

Ketua 1: Eisyh keliru dah nii. Baik kita tulis.

Ketua 2: Tak perlu, saya memang ingat.

Ketua 1: Tapi pakar kata kita perlu tulis. Nanti kita lupa!

Ketua 2: Tak apa saya ingat.

Ketua 1: Okay Lah kalau gitu.

Ketua 2: Saya dahaga dan lapar Lah. Kat dapur awak ada apa? Saya nak ambik air dan makanan sikit, buat kudap-kudap.

Ketua 1: Oh, saya ada masak mee hoon goreng, pergi Lah ambik. Dan awak bawakkan sekali untuk saya mee hoon goreng sepiring, bubuh telor atas dua, dan siram kichap dan cili sos ya. Lebih baik tulis, nanti awak lupa.

Ketua 2: Saya ingat, sepiring mee hoon goreng, telor atas dua, siram kichap dan cili sos kan?

Ketua 1: Kuat pulak ingatan awak ya. Kalau gitu, bawakkan sekali untuk saya air kopi susu, bubuh madu sedikit, usah bubuh dalam gelas, jika boleh guna cawan alas berpiring ya. Tulis Lah, dah panjang pesanan saya. Nanti awak lupa pulak!

Ketua 2: Saya ingat, secawan air kopi susu bubuh madu sedikit, beralas piring, kan?

Ketua 1: Betul tuu, pergi Lah, saya siapkan teks kita nak umum tarikh peralihan kuasa di antara kita, pada press sekejap lagi.

Beberapa lama kemudian.

Ketua 2: Nah! Pesanan awak, karipap 1, telor rebus 2, dan air suam segelas.

Ketua 1: Ini bukan pesanan saya Shahrizat oii. Saya pesan roti bakar bubuh sekaya, dengan air teh kurang manis...

Ketua 2: Maafkan saya, Rafidah. Nampaknya kita kena tulis jugak lah rasanya, kita berdua nii cepat lupa.

...

Kuang! Jeng!! Kuang!!!

Jangan marah aargh, bergurau sahaja...

Siapa yang ingat tadi, di atas peralihan kuasa Pak Lah ngan Najib?

Hehehehehehe...




Ilham dari:

Friday, October 24, 2008

Kisah lawak atuk dan nenek

Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam segala hal.. akhirnya pergi menemui doktor.. Dokter mengatakan bahawa secara fizikal mereka sihat saja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan diri untuk menulis apa saja untuk membantu mereka mengingat segala perkara.

Suatu malam kedua atuk dan Nenek tersebut sedang menonton TV...Tiba-tiba si atuk berdiri..

Nenek : "Mahu kemana?"

Bersambung di sini:

http://hangatbangat.blogspot.com/2008/10/kisah-lawak-atuk-dan-nenek.html

1 comments:

Anonymous said...

jemputlah ke laman web kami. Mungkin ada sesuatu yang baru dan bermanfaat di sana.
http://www.kuasa20.com?a_aid=38c21ff4