Gelombang Rakyat

Pak Lah dan Pasukan Pemimpinnya Semakin Celaru...

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.



Budaya!

Budaya dalam parti, gabungan dan kerajaan, terhasil dari tabiat.

Tabiat yang dilazimkan dengan kata dan perbuatan.

Kata dan perbuatan yang dipancar dari niat.

Niat itu jika bukan bertepatan dengan ketetapan Ilahi, tidak zahir dari diri yang fitrah, tidak mengharmonikan alam, dan tidak peduli akan hak orang lain...

Pincanglah budaya itu.

Bermula dengan kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi, diikuti dengan kepemimpinan Mohd Najib Abdul Razak, serta beberapa dalam barisan kepemimpinan UMNO, Barisan Nasional dan Kerajaan, kini sudah semakin celaru.

Seronok jika niat yang tidak baik tidak diketahui. Lantaran kepemimpinan kelihatan cantik pada pandangan ramai.

Namun kini ramai telah dapat membaca gerak laku dan perbuatan, lantaran mengkritik niat yang ditunjang motif.

* Keadaan sebenar ekonomi Malaysia
* Urusan kewangan Kerajaan
* Pelaburan perbankan luar negara
* Pembelian Helikopter
* RM 5 Billion dari KWSP
* Kenaikan harga minyak petrol dan diesel serta kaedah penurunannya
* Bentuk sebenar Badan Kehakiman dan Sistem perundangan
* Dan banyak lagi...

Bila masih mahu kelihatan cantik dari aspek kredibiliti dan akauntibiliti, sedang niat asal sudah diketahui buruk dan busuknya, maka kelam-kabutlah keputusan.

Maka jadilah, kita beli, kita tetap beli, apa jadipun kita akan beli, dan kemudian disusuli kita akan kaji, kita kaji lagi, kita kaji balik, kita tunda dulu, kita batalkan, kita pening tak tahu sudah apa nak kata lagi.

Kerajaan yang baik ialah Rakyat yang menyokong.

Namun bila ada sebilangan pemimpin dalam kerajaan yang muncul dari parti dan gabungan, ada pihak Pembakang yang memang tak ada kerja lain membangkang sahaja, ditambah pula Rakyat yang membangkang.

Sebilangan kecil ini, akan diserap dalam rasa takut dan ketakutan, lalu bakal alami disintegration, ada tapi lenyap.

Perbetulkan niat sayang...

0 comments: