Gelombang Rakyat

BLOW - Asas Kepemimpinan Untuk Negara Adalah Sama

Hari ini satu pos, dan menghadiri perbincangan.

Kesedaran timbul bahawa wujud dan membesar individu, pasukan, kumpulan, dan masyarakat terpinggir apabila pemimpin menang pilihanraya.

Barisan Nasional

Pakatan Rakyat

Bebas

Bebas belum bermakna sepenuhnya dalam perjuangan politik berparti.

Dua kekuatan pilihan sekarang ialah Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Bila parti komponen dalam Barisan Nasional meneruskan tradisi lama. Maka kekal Lah sebahagian di dalamnya.

Sebahagian lagi pula memilih Pakatan Rakyat dan parti yang bersetuju dalam suatu pakatan.

Bagaimanapun terdapat sebahagian yang tidak memihak. Mereka ini bukan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat pun bukan.

Dari sudut melihat pemimpin, parti, gabungan, dan kerajaan, peranan ketara ialah memberi sokongan kepada yang terbaik.

Purata mereka tidak lagi nampak ada harapan pada Barisan Nasional dan parti komponennya.

Harapan berpindah kepada parti yang sepakat dalam Pakatan Rakyat.

Perbincangan yang saya hadiri hari ini menyentuh aspek walaupun pemimpin atasan, dan dasarnya cukup bagus. Namun ada sebahagian besar sudah mula satu budaya yang menuju persamaan dengan Barisan Nasional dan parti komponennya.

Jelasnya, calon pilihanraya berkempen. Sebelum menang, cantik! Selepas menang, masih ada kecantikannya. Kemudian lenyaplah perjuangan, dan usaha ialah kenyangkan tembolok sendiri dahulu dan banyak. Kemudian kaum keluarga, sahabatan handai dan dot dot dot.

Dalam pilihanraya umum berikut, menang sambung lagi, tak menangpun kenyang dah, dan cukup sampai 7 keturunan.

Rakyat Malaysia tidak mahu semua ini. Letih!

Jika sekarang dan dulu sama, apakah ertinya. Perlu diingat, akan muncul The Third Force.

Kepada semua pemimpin, semua parti, dan kedua-dua gabungan, sudah-sudah Lah itu. Jadi Lah pemimpin yang terbaik, bersihkan Lah parti, mantap dan harmonikan gabungan, seterusnya sama-sama kita majukan Rakyat Malaysia semuanya, dan kita makmorkan Negara Malaysia seluruhnya.

Pemimpin politik bukan pemimpin terbaik bila

* masyarakat cerdik pandai dipinggirkan.

* masyarakat berpengalaman dipinggirkan.

* Bloggers Forumers dipinggirkan.

* Semakin ramai lagi dipinggirkan.

Tinggal Lah pemimpin, keluarga, dan rakan.

Gambarannya ialah seekor ayam dimasak hanya untuk makan tengahari seekor setiap orang pemimpin.

Mereka yang dipinggirkan, satu tin sardin untuk makan sekeluarga, diagih sebahagian tengahari, sebahagian malam, dan semua orang sebelah pagi esok tegok air sejuk sahaja.

Apa macam?

P 36 Kuala Terengganu - Apapun Keputusannya MAWE PAS Pakatan Rakyat Sudah Menang..!

Rakan nasihatkan usah terlalu over-confident sangat. Amboi, amat!

Saya tidak begitu.

Saya tahu bezakan di antara pemimpin yang baik dan pemimpin yang buruk. Kepemimpinan terpuji dan kepemimpinan tercela.

Sejak lama dahulu jika ditanya pasal PAS, saya tidak tahu. Namun, sejak PRU 12, dan apatah lagi P 36 Kuala Terengganu, Parti Islam Se-Malaysia sebuah parti yang murni.

Jika dulu, menyerlah Nik Aziz Nik Mat, dan Abdul Hadi Awang. Of course, Mohamad Sabu. Kini saya melihat begitu ramai pemimpin PAS yang hebat seperti Husam Musa, Khalid Samad, dan terkini MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut.

Bersama Anwar Ibrahim dan Parti KeADILan Rakyat, serta Lim Kit Siang dan DAP, bahawa PAS dalam Pakatan Rakyat sememangnya memberi harapan bahawa masih ada pemimpin yang hebat, dan parti serta pakatan yang murni, demi kesucian politik di Malaysia.

Ada harapan memajukan Rakyat dan memakmorkan Negara Malaysia.

Kepada-Nya saya berserah.

Pun begitu, di hati saya, MAWE, PAS, Pakatan Rakyat telahpun menang di P 36 Kuala Terengganu.



Bulan sudah mengambang...

PRU 13, Terengganu seluruhnya, sebuah kerajaan molek kembali kepada Pakatan Rakyat.

Lawak Pemimpin - Bahagian, Parti, dan Gabungan - Aksi Menyelamat

Parti Politik. Sesuatu Bahagian yang bermasalah, bolehkah Parti Politik selamatkan. Dan Parti Politik bermasalah, bolehkah Gabungan Parti Politik selamatkan.

Entah Lah...

Mungkin begini gamaknya...

...

Funny Situation :)



















http://mr-desi.com/index.php/series-pics/funny-situation.html

Sekadar renungan di pagi Isnin hari pertama bulan terakhir 2008, menjelang Pak Lah Bersara awal, entah iya entahkan tidak...

2 Juta Pengundi Baru - Kenalilah Pemimpin Anda Dalam Politik Malaysia

Pelbagai media akan memberi gambaran siapa pemimpin negara. Informasi mula dikongsi dan bakal memetik minat para pengundi, untuk kelak memilih siapa pemimpin sebenar untuk menerajui Rakyat dan Negara Malaysia.

Kepada 2 Juta pengundi baru, ini satu daripada contoh perkongsian informasi supaya mereka tahu dan faham siapa pemimpin yang mereka akui layak sebagai pemimpin dalam kerajaan yang memerentah.



Selamat menonton:

Ada lagi di Blog Anwar Ibrahim:

http://anwaribrahimblog.com/2008/11/26/documentary-of-malaysia-dirty-politic/

Bahasa - Fahami Manfaatnya...

Saya membaca pos ini di Blog SOLYMONE.

Wednesday, November 26, 2008

DR M: MASTERING ENGLISH WILL NOT ERODE IMPORTANCE OF BAHASA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, (Bernama) The fear among
some quarters in the country that learning and
using English would erode the importance of
Bahasa
Malaysia is unfounded, said former
prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sambungan di sini:
http://egagah.blogspot.com/2008/11/dr-m-mastering-english-will-not-erode.html

Menarik!

Soalnya itukah isunya? Atau lebih dari itu.

Perhatikan:

Pejuang merasakan jika bahasanya tidak diperjuangkan, kelak dikhuatiri bahasa ini hilang dari pertuturan masyarakatnya sendiri. Lantaran perlu dikebangsaankan peringkat nasional.

Namun tidak jelas yang dikebangsaan mereka itu Bahasa Melayu kah? Atau Bahasa Malaysia kah?

Tambahan lagi ada di kalangan mereka mirip tuturan Indonesia daripada tuturan Melayu Johor.

Mereka boleh terus berjuang namun molekkah sampai ke peringkat memaksa atas nama mahu institusikan bahasa?

Kemunculan blog, di antara penulis dan pelawat yang meletakkan komen, interaksi mereka unik. Difahami mesej, jika begini:
WTF they r talking about? Ini yang buat aku nyirap neh. Pada depa idea itu macyiam bagusy jer. Tapi IMHO idea itu tarak guna. Apa barang? Nape ade plak orang cam gini di dunia ini! Hampeh! Bongok!! Half-past-six. Kahkahkah...
Kemudian, komen begitu, maka begitu pulak pos nya. Semakin lama, semakin berkembang begitu.

Sementara itu, pejuang yang mahu bahasa Inggeris terus kekal dan tidak lenyap, mencari jalan supaya ada dan ramai yang mampu bertutur dalam interaksi.

Sememang ada yang baik sekali kemampuan mereka menguasainya. Pun begitu ada pula nak dikatakan 100 peratus tidak juga. Campur. Begini:
I think the BN govt tak patut buat begitu. This is too much. Carilah total solution. Lepas itu implement lah. Don't expect us to teach them. Jika tidak bagi kerajaan PR saja yang memerentah. For sure we will benefit.
Pada saya, bahasa banyak manfaatnya. Potensi menguasainya bermula sedari usia muda. Pendekatan Georgi Lazanov yakni Suggestopedia umpamanya, membolehkan kanak-kanak menguasai bahasa utama dunia dalam tempoh 6 tahun.

Jika demikian, dicadangkan pelajar tahun 1 sehingga tahun 6, mula menguasai bahasa Melayu, Tamil, Mandarin, Arab, English, dan satu lagi katakanlah Sepanyol. Bayangkanlah bila naik ke peringkat pendidikan lebih tinggi, ramai yang boleh meraih informasi dari pelbagai sumber.

Jika orang Melayu hebat Melayunya, namun disekat halus daripada menguasai lain-lain bahasa. Bandingkan dengan orang Melayu, bila bertemu orang India, Tamil lah; bila mencari informasi dari bahan bahasa Inggeris; bila chatting boleh Spanish, dan seterusnya...

Renung-renungkanlah.

Kenapakah Semakin Koman Nilaian Pemimpin UMNO Bawah Singgit..!

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.



Dari Perdana nya, sampai ke beberapa Menteri nya.

Jika ditender, kata Shahidan, Rais dimulakan dengan RM 1.

Minyak?

Pemimpin yang terbabit, boleh fikirkan sekadar sposen, sposen campur 5.

Beras?

Dua puluh sen..! Iyabedabeduu..

Ingat mereka, kami makan sesudu nasik sehari ke?

Baca lagi di sini:

Utusan Malaysia OnLine melaporkan...

Harga beras turun 20 sen- Mustapa

01/11/2008 11:57am

KUALA LUMPUR 1 Nov. — Sejajar dengan seruan kerajaan agar peniaga menurunkan harga barangan terutamanya bahan makanan ekoran penurunan harga bahan api, harga beras di pasaran tempatan juga telah turun 20 sen sekilogram.


Para pemimpin UMNO yang begini sepatutnya sudah lama turun bersama turunnya Abdullah Ahmad Badawi.

Mereka, rata-rata sudah tidak berguna lagi. Tidak boleh diharapkan untuk memanfaatkan Rakyat dan Negara Malaysia.

Sayang!

Lawak Pemimpin - Isteri Kata Tak Lama Lagi Abang Tak Boleh Naik Motosikal Masuk Bandar Dan Pekan..!

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.



Di Malaysia ini, sudah tiba ketikanya pemimpin tidak dapat lagi berfikir secara rasional, dan mengusulkan idea yang terbaik menyelesaikan masalah.

Entah Lah.

Begini gamaknya...

...

Isteri: Macam mana nii Bang?

Suami: Apanya sayang oii!?

Isteri: Hampir setiap hari abang naik motosikal masuk bandar dan pekan.

Suami: Sudah jadi kerja abang begini, nak buat macam mana?

Isteri: Tak lama lagi abang tak boleh naik motosikal masuk bandar dan pekan..!

Suami: Kenapa pulak?

Isteri: Dia orang nak kurangkan jenayah ragut.

Suami: Tetapi abang bukan peragut. Jumlah mereka kecil, tak kan semua pengguna motosikal dipekenakan begitu?

Isteri: Itu Lah yang saya musykilkan...

Suami: Nanti jika peragut guna kereta macam mana?

Isteri: Kereta pulak Lah tak boleh masuk bandar dan pekan.

Suami: Oo, kalau peragut guna bas?

Isteri: Bas pulak Lah tak boleh masuk bandar dan pekan.

Suami: Oo, kalau peragut guna helicopter?

Isteri: Helikopter pulak Lah tak boleh masuk bandar dan pekan.

Suami: Abang rasa Lah kan, untuk kurangkan jenayah ragut nii, orang ramai dilarang masuk bandar dan pekan. Larang semua, setiap orang! Semua kenderaan, setiap kenderaan. Larang..!

...

Kuang! Bhaa!! Ngang!!!


Berkaitan:

Berita Harian melaporkan:

Syor larang motosikal tak relevan

Oleh Amin Ridzuan Ishak
aminridzuan@bharian.com.my

Cadangan susahkan golongan berpendapatan rendah bergerak dalam bandar

KUALA LUMPUR: Cadangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, melarang motosikal memasuki bandar dan pekan bagi mengatasi jenayah ragut dianggap tidak relevan dan hanya menyusahkan golongan berpendapatan rendah yang menjadi pengguna utama kenderaan itu.

Pak Lah dan Pasukan Pemimpinnya Semakin Celaru...

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.



Budaya!

Budaya dalam parti, gabungan dan kerajaan, terhasil dari tabiat.

Tabiat yang dilazimkan dengan kata dan perbuatan.

Kata dan perbuatan yang dipancar dari niat.

Niat itu jika bukan bertepatan dengan ketetapan Ilahi, tidak zahir dari diri yang fitrah, tidak mengharmonikan alam, dan tidak peduli akan hak orang lain...

Pincanglah budaya itu.

Bermula dengan kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi, diikuti dengan kepemimpinan Mohd Najib Abdul Razak, serta beberapa dalam barisan kepemimpinan UMNO, Barisan Nasional dan Kerajaan, kini sudah semakin celaru.

Seronok jika niat yang tidak baik tidak diketahui. Lantaran kepemimpinan kelihatan cantik pada pandangan ramai.

Namun kini ramai telah dapat membaca gerak laku dan perbuatan, lantaran mengkritik niat yang ditunjang motif.

* Keadaan sebenar ekonomi Malaysia
* Urusan kewangan Kerajaan
* Pelaburan perbankan luar negara
* Pembelian Helikopter
* RM 5 Billion dari KWSP
* Kenaikan harga minyak petrol dan diesel serta kaedah penurunannya
* Bentuk sebenar Badan Kehakiman dan Sistem perundangan
* Dan banyak lagi...

Bila masih mahu kelihatan cantik dari aspek kredibiliti dan akauntibiliti, sedang niat asal sudah diketahui buruk dan busuknya, maka kelam-kabutlah keputusan.

Maka jadilah, kita beli, kita tetap beli, apa jadipun kita akan beli, dan kemudian disusuli kita akan kaji, kita kaji lagi, kita kaji balik, kita tunda dulu, kita batalkan, kita pening tak tahu sudah apa nak kata lagi.

Kerajaan yang baik ialah Rakyat yang menyokong.

Namun bila ada sebilangan pemimpin dalam kerajaan yang muncul dari parti dan gabungan, ada pihak Pembakang yang memang tak ada kerja lain membangkang sahaja, ditambah pula Rakyat yang membangkang.

Sebilangan kecil ini, akan diserap dalam rasa takut dan ketakutan, lalu bakal alami disintegration, ada tapi lenyap.

Perbetulkan niat sayang...