Pak Lah - Kewajaran Yang Tidak Wajar Minta Tidak Wajar Dipertikaikan
0 Comments
»
Pak Lah
www.topix.com
Dia ini Perdana Menteri Malaysia tetapi bukan Presiden UMNO
Manakala
Dia itu Presiden UMNO tetapi bukan Perdana Menteri Malaysia
Zubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.
Ramai tahu, apa yang bakal berlaku ialah sesuatu yang tidak wajar. Kewajaran yang tidak wajar. Namun ada yang kasihan dengan Abdullah Ahmad Badawi, barangkali sudah mula untuk menutup kekeliruan ini. Minta yang tidak wajar itu tidak dipertikaikan.
Malaysiakini melaporkan:
Sudah lah tiada apa yang boleh dibanggakan sejak menjadi pemimpin utama 2003 hingga 2008. Apa yang utama tidak dilakukan sepanjang tempoh itu, namun mahu dilakukan dalam tempoh masa dari Disember 2008 sehingga Mac 2009.
Tidak wajar pertikai Abdullah sebagai PM selepas Dis Muda Mohd Noor | Oct 28, 08 6:00pm Majlis Tertinggi (MT) tidak wajar mempersoalkan kedudukan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri walaupun beliau tidak lagi menjadi presiden Umno selepas bulan Disember ini, kata ahlinya Datuk Abdul Rahman Bakar.
Selanjutnya di Malaysiakini
Dari aspek kepemimpinan - akan timbul kekeliruan yang besar dari perkiraan kedudukan, kuasa, autoriti, dan kewibawaan.
Sama-sama lah kita saksikan nanti betapa kekeliruan yang bakal timbul dari ketidakwajaran ini.
Seperti biasa, keputusan Abdullah Ahmad Badawi seringkali keliru dan merugikan. Bayangkanlah, Perhimpunan Agung UMNO yang elok dan molek sudah pada Disember 2008 ini, dia pergi tunda sampai ke Mac 2009. Kini mahu dikembalikan ke tarikh asal. Jika keputusan demikian dengan bijaksana dahulu tidak diubah, elok jadinya. Ini, tidak begitu.
Begitu juga dengan pembelian Eurocopter.
Jadi, jika Abdullah Ahmad Badawi kekal berkuasa sehingga 9 Mac 2008, jangkakan lah keputusan seorang pemimpinan yang tidak mempunyai kebijaksanaan.
Abdullah Ahmad Badawi boleh menyalahkan, atau bertempek ini keputusan yang dipersetujui Majlis Tertinggi UMNO. Namun, seorang pemimpin yang berwibawa sudah tentu dapat menggambarkan sesuatu keputusan itu akan kesan dan akibatnya.
Abdullah Ahmad Badawi perlu fahami bidalan Melayu:
Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berkeciciran!Selagi Abdullah Ahmad Badawi berada ditampok kuasa, selagi itulah pembaikan total masih belum dapat dilakukan dalam parti, gabungan, mahu pun kerajaan, kerana kedudukannya bersifat menghalang.
Jika sesuatu berlaku, contohnya keadaan ekonomi Malaysia yang sebenarnya dalam tempoh tersebut, jangkaannya ialah UMNO sebagai parti tunjang Barisan Nasional ada pasukan yang mengusul tindakan, namun kerajaan yang masih diterajui Abdullah Ahmad Badawi boleh mengelirukan kerana dia bukan lagi pemimpin utama parti.
Tersekat! Terhalang!!
Jika disyorkan Abdullah Ahmad Badawi bercuti tiga bulan tersebut, dan kuasa mula diansurkan kepada pemimpin pengganti, maka apa pula kata Abdul Hadi Awang yang bakal menagih Abullah Ahmad Badawi berjanji nak buat macam-macam, sedangkan bercuti pula.
Bayangkan lah keadaan berikut untuk renungan bersama:
Nangijah isteri yang baik. Tetapi keadaan menjadi tidak baik. Dia telah diceraikan suaminya. Tetapi tarikh ditunda. Sedangkan dia telah berkahwin dengan seorang lelaki lain, dan tarikhnya tertakluk kepada tarikh tundaan itu. Namun ketiga-tiganya tidur sekatil.
Mungkin contoh tersebut tidak berlaku dalam masyarakat kita. Namun natijahnya begitu lah. Sesuatu yang tidak wajar. Apakah ada yang mahukan ketidakwajaran ini tidak wajar dipertikaikan?
Mana budak Nabil nii...
Wajar sangat ketika ini punchline nya.