Gelombang Rakyat

Politik Wang - Adakah Tempoh Menjadi Alasannya?

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.



Terkini tidak seorang pun pemimpin UMNO yang ada cara untuk sifarkan politik wang.

Jika ada beritahu saya.

Barangkali mereka di dalam, dan tidak dapat melihatnya dengan perspektif yang tepat.

Bagi pengamal politik wang pula, adakah mereka pernah bersuara untuk sifarkan? Senyap! Selamba dog sahaja...

Di kalangan yang bising, ada beberapa yang bakal kalah kerana rakan yang bertanding selamba sahaja menabur wang atas nama politik, dan menang.

Pun begitu, apakah erti dan nilai bagi seseorang pemimpin atau ahli yang sanggup jatuh ke lembah lebih bawah pada manusia, sehingga mengambil wang atas nama politik.

Bayangkanlah, pakai kain pelikat tidur bersama isteri, sedangkan kain pelikat itu rasuah dari pemimpin si anu.

Balik mesyuarat, keluarkan paket, kira wang, dan sebahagian dibeli itu dan ini, kemudian balik bagi anak isteri makan, minum, dan pakai.

Budaya ini sudah busuk dalam UMNO. Kepada pemberi dan penerima, mereka melakukannya terus. Orang lain ada sebab tertentu. Selainnya akan merenung betapa ada pemimpin jernih dan bersih di kalangan parti Pakatan Rakyat.

Zaman berkias sudah berlalu.

Rasuah untuk orang lain, politik wang dalam UMNO.

Setiap pemberi yang terdedah, UMNO juga yang dapat nama buruk.

Pemimpin tertinggi yang cakap berdekah-dekah hendak hapuskan amalan keji ini, tapi sudah lena pulak dah.

Yang jelas tiada seorang pun pemimpin UMNO yang boleh kemukakan cara yang paling berkesan.

Jika ada pun, premisnya alahai bukan pemimpin pun boleh berikan begitu.

mSTAR OnLine melaporkan...

Mutakhir »
Tajol Rosli: Pemilihan Umno 3 tahun sekali perlu dipinda elak politik wang

IPOH: Pemilihan Umno semua peringkat yang ketika ini dilakukan setiap tiga tahun sekali perlu dpinda bagi mengawal politik wang daripada berleluasa, kata Pengerusi Perhubungan Umno Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali.

Beliau berkata untuk itu, kaedah pemilihan seperti yang pernah diamalkan dahulu di mana pemilihan peringkat cawangan diadakan pada setiap tahun, pemilihan peringkat bahagian diadakan dua tahun sekali manakala peringkat Majlis Tertinggi (MT) setiap tiga tahun sekali, wajar dilaksanakan semula.

Bekas Menteri Besar Perak itu berkata melalui kaedah pemilihan sedemikian, calon-calon yang berhasrat bertanding dalam pemilihan parti perlu bergantung kepada keupayaannya untuk berinteraksi dengan anggota parti di peringkat akar umbi serta aktiviti yang dilaksanakan di peringkat tersebut.

"Sama ada kita menghadapi pilihan raya atau tidak, pemilihan di cawangan, bahagian dan MT mesti diteruskan. Kalau ini berlaku saya rasa dia akan mengurangkan tohmahan, bukan semua yang bertanding itu menggunakan wang... hanya segelintir sahaja," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Deepavali Pengerusi MIC Perak Datuk G. Rajoo di sini hari ini.

Alahai UMNO, politik wang akan berterusan abadi dan selamanya?

4 comments:

mantra-indeeptots said...

I think Khairy should consider Money Politics issue to debate rather then the rhetoric topic. End of the day, its going to be well said and never done.

Lets challenge him!

Gelombang Rakyat said...

Mantra,

Yes, you've got a good point dear...

Anonymous said...

pepatah ada mengatakan ada wang abang sayang tak ada wang abang melayang. jadi tak usah pura2 macam kura2 dlm perahu pura2 tidak tahu.

mana ada orang umno tak mau wang, tengok sahajalah cara mereka berbelanja waktu perhimpunan agong tu, bukan satu benda yg dijual tetapi macam2 ada.. jadi semua tu pun perlukan wang utk membelinya. paling tidak pun utk beli cenderamata dan cenderahati utk memujuk anak bini atau laki anak yg ditinggalkan.

takkan korang semua masih tak faham istilah saguhati dg rasuah kan? kan?

lagipun, ramai para pemimpin umno tu dpt untung juta2 dari projek payung yg diturunkan oleh kerajaan kpd mereka. jadi masa itulah mereka perlu berkongsi dg anak buah. tak kanlah bila nak dikongsikan keuntungan itu dan diagihkan sedikit wang ehsan itupun dikatakan rasuah dan salah juga.

bila tak di bagi cakap kemut sorang, kedekut tangkai jering, bakhil dan sebagainya. tetapi bila diagihkan tanda perihatin dah dituduh rasuah pulak.

yg mana satu betul dan yg mana satu salah ni?

Gelombang Rakyat said...

Kongsi nikmat siapa pun tak kisah.

Ini yang ulor paket minta diundi untuk menang neh!

Bahaya...