Gelombang Rakyat

Lawak Minyak - Pemuda Besut Tanya & Ini Jawabnya

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.



Maaf Lah, Pemuda Besut, gamaknya Menteri sibuk dengan pemilihan Parti. Jadi dengar Lah jawapan di...

...

Radio Ibu Desa, 39 Perpuluhan 39.

Ya, bersama saya, sekali lagi, Atikah Sulaiman, di studio ialah seorang wakil kerajaan yang tidak mahu namanya disebut.

Tidak mengapa Lah, beliau akan menerangkan perihal soalan yang dikemukakan di Blog Pemuda Besut...

Soalannya:

2008 Okt 27

‘Pengusaha Stesyen Minyak’

lebih penting dari pengguna ?

~ Malaysiakini

Sepatutnya kesejahteraan pengguna perlu
diberi keutamaan dan bukan pengusaha
atau tauke-tauke stesyen minyak yang
memang telah kaya-raya terus diberi
perlindungan dan pertolongan.

” memang untung..mak mertua kakak

saya ade sebijik stesen minyak shell..

saya pernah tanye die berapa keuntungan

bersih setiap bulan die cakap lepas tolak

gaji pekerja, kos maintenance dan sebagai

nyer ade lah...


Nak tahu berapa? Klik sini:

http://pemudabesut.blogspot.com/


Silakan Datuk...

kejatuhan harga komoditi, khususnya minyak mentah, dan minyak sawit.

Silakan Datuk...

Penerangannya:
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, akan meneruskan kejayaan yang telah dicapai oleh Perdana Menteri Malaysia. Ertinya Malaysia akan terus tetap Cemerlang, Gemilang, dan Terbilang.

Kerajaan sentiasa mengutamakan Rakyat Malaysia. Sebab itu Lah, kerajaan menaikkan harga minyak petrol dan diesel rendah sahaja, supaya Rakyat tidak terbeban. Kerajaan boleh naikkan harga minyak umpamanya RM 8 seliter, dan turun RM 2 sesekali, dan bukan RM 0.10, RM 0.15, dan RM 0.15.

Dalam konteks sekarang, kerajaan mengutamakan Stesen Minyak, kerana Rakyat Malaysia ini ialah pemilik Stesen.

Jika Rakyat Malaysia tidak berpuas hati, setiap Rakyat digalakkan membuka seorang sebuah Stesen Minyak.

Kerajaan akan bantu setiap Rakyat Malaysia yang memiliki stesen minyak itu.

Atikah Sulaiman:
Itu dia jawapannya. Mesejnya, buka Lah stensen minyak sendiri, dan kerajaan akan membantu anda.

Datuk adakah ini bererti negara kita akan mempunyai lebih daripada 15 juta stesen minyak?

Penerangannya:
Lebih dari itu pun tak apa. Setiap Rakyat Malaysia, bukak Lah stesen minyak sendiri.

...

Kuang! Bhaa!! Gang!!!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

6 comments:

pemudabesut said...

Ye.. Pemudabesut setuju...Ye tak ye jugak kan... kerajaan kan perihatin kpd rakyat terutama pengusaha minyak..

Gelombang Rakyat said...

Harap Pemudabesut dapatkan statistik berapa rumah ada di Terengganu, maka sebanyak itu Lah jumlah stesen minyaknya di Terengganu.

Hehehehehe...

Anonymous said...

Alhamdulillah, 'bijak' juga jawapan menteri tu, bukan apa itu adalah satu-satunya jalan mudah untuk memberikan jawapan kepada mana-mana rakyat.
Saya bersetuju dengan PemudaBesut bahawa kerajaan amat menyayangi pengusaha minyak, oleh yang demikian bersamalah kita pastikan negeri Trengganu milik Yang Teramat Mulia Tuanku Sultan Mizan ini, diberikan banyak peluang kepada rakyatnya untuk membuka stesen minyak memandangkan royalti yang sepatutnya diberikan kepada sekalian rakyatnya.
:)

Gelombang Rakyat said...

Rakyat Minyak,

Syukur Lah, macam mana pun, kejayaan tetap milik Rakyat.

Majulah Terengganu dengan kebijaksanaan Tuanku Mizan...

Anonymous said...

minyak ni barang bahaya, sebab tu ia merupakan barang kawalan. bila ingin dinaikkan harganya maka ia boleh dilakukan ketika itu juga terutamanya oleh paklah. bukan sikit2 tapi 74 sen beb.

tapi kata pakar ekonomi kita tan sri p ramlee, bhw ketika naik minyak musti banyak...banyak, tetapi ketika turun musti hati-hati sebab itu bila turun sikit..sikit..sikit

sebab itu juga, bila nak naikkan tak perlu dpt kelulusan kabinet, tapi bila turun kena hati2 sebab minyak disel tu naturenya licin..takut tergelincir pulak syoruuuu.. sbb itu, sekali lagi ia perlu dilakukan dg lebih berhati2...sikit...sikit.

selanjutnya, petrol tu sebab mudah terbakar, kalau diturunkan dg tiba2 dg kadar yg banyak takut dia melompat dan sudah tentu terdedah kpd kebakaran kocek pengusaha2 stesen minyak yg dikasih (tentulah kebanyakkan pengusahanya org umno Lah)

begituLah hakikat yg perlu kita semua fahami mengenai isu minyak ini.

Gelombang Rakyat said...

Betoi daa...

Minyak mudah terbakar.

Maka bila turun perlu selow. Kalau laju bergeser, terbakar pulok ngek?