Gelombang Rakyat

Siapa Lah Yang Buat Cerita Rafidah Pun Bertanding Timbalan Presiden UMNO?

Setahu kita wanita yang berhasrat menjawat jawatan tertinggi parti ialah Ng Yen Yen. Dia mencalonkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden MCA.

Related:

mSTAR OnLine Reports…

KUALA LUMPUR: “Saya tidak lihat peluang lagi, jika saya tidak mengambil kesempatan ini,” inilah penjelasan Ketua Wanita MCA Datuk Dr Ng Yen Yen berhubung keputusan nekadnya untuk bertanding bagi jawatan naib presiden parti yang selama ini didominasi oleh kaum lelaki.

Kini timbul pula desas-desus Rafidah Aziz pula yang bakal bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Nah!

Ini jawabnya.

Utusan Malaysia melaporkan...


Rafidah Aziz
beritaberita.livejournal.com

Ditanya mengenai desas-desus namanya turut disebut-sebut akan bertanding jawatan timbalan presiden UMNO, Rafidah menegaskan, beliau tidak berminat memberi komen kerana menganggap perkara itu sebagai mengarut.

“Tidak payah komen, siapa kata saya akan bertanding jawatan ini,” katanya.

Sah! Rafidah Aziz tidak masuk senarai. Dia masih kekal.

Pada Ogos lalu, Rafidah yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengumumkan untuk melepaskan jawatan Ketua Wanita UMNO dan menyerahkannya kepada Naib Ketua, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selewat-lewatnya Jun tahun depan.


Shahrizat Abdul Jalil
www.wunrn.com

InsyaAllah bersambung lagi di sini kelak...


2 comments:

Anonymous said...

dinosaur, dinosaur, dinosaur.
recycle, recycle, recycle.
but rafidah allegedly a very GOOD minister. too bad not a guy, then got hope to be PM too. i prefer her to Najib man.

Gelombang Rakyat said...

Dear Jed Yoong,

I met her once, and closely observe her, and I find you speak right about her.

I use to respect Najib. But, after PRU 12, I do not see him a PM quality.

Yet.