Gelombang Rakyat

BLOW - Rafidah Amboi Dengan Shahrizat Dah Berbaik Ke? Ater Yang Gi Balun Nizar Ape Ke Ronjang Nye..?

SYDNEY, AUSTRALIA - SEPTEMBER 06:  Malaysian M...Image by Getty Images via Daylife

Cucu Cina AchehZiZi,

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

Ahli BLOW - Blogger Wawasan
Prima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia

Pada wa, Rafidah Aziz, bagi wa nengok dia ngan Shahrizat Abdul Jalil semesra dulu. Jika tidak no respek ler Opah oii.

Kecik semeneh itupun tak boleh settle, nak campor pulak perihal Perak. Sila fahami dulu Wanita UMNO dan Kuala Terengganu.

BERNAMA ada melaporkan.

Amboi! Sedap je Rafidah Aziz lagakan Sultan Perak ngan Muhammad Nizar Jamaluddin. Lagakan Istana ngan pejabat pentadbiran Negeri Perak.

"Derhaka...!! Nizar derhaka..patut diambil tindakan," kata Rafidah...

Iya ker? apa buktinya?

Cher nengok balik orang UMNO awak bile timbul keputusan Istana heir penentuan Menteri Besor Terengganu, sama ada Idris Jusoh atau Ahmad Said.

Gambornya di Blog notoumno oleh Radejowo, kat sini:

http://notoumno.blogspot.com/2009/02/kita-kenang-kisah-lalu-wakakaka.html


Semua orang perlu faham, penderhaka sebenarnya ialah, teraju, dan setiap ahli The Grand Plan, dan mereka yang merampas keji kerajaan Negeri Perak.

Mereka ini penderhaka sebenarnya!

Faham dak Opah oii..!

Harap faham, pase awak tu masih boleh ngelewor merata Kuala dan kawasan lainnya, usah ler sampai tak boleh mijak bumi Perak lagi, bila Rakyat Malaysia di Perak udoh getek kelak.

Gii perbetoi Wanita UMNO dulu. Tak perlu ler godam Muhammad Nizar Jamaluddin. Oghang Peghak tahu siapa pemimpin ini, berbandin awak tu.

You, English good? Please read this:

The Malaysian Insider reports...

Zambry offers cash,

but Nizar’s walk wins the hearts

By Neville Spykerman

IPOH, Feb 8 – Smiling and waving to onlookers, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, his eyes red and looking tired, would have been encouraged by the warm reception he got as he walked today from the old Tokyo Hotel off Anderson Road here to the nearby Kallumalai Sri Subramaniam temple opposite the city’s YMCA building.

More here:

http://www.themalaysianinsider.com/

Orait..!

Ketua Wanita UMNO - Masihkah Rafidah Dan Shahrizat Semesra Dulu?

Shahrizat dan Rafidah
www.malaysiakini.com
cara bersalaman pun kita dah tahu

Pemimpin politik agak sukar untuk menyembunyikan emosi, terutama apa yang dirancang untuk kebaikan peribadi tiba-tiba dikocaki anggapan al-sahabati dari belakang tikami.
Rafidah and Shahrizat
kubiac73.blogspot.com
Menurut laporan berita begini:

04 Disember, 2008 17:31 PM

Pertandingan Tak Jejaskan Hubungan Dengan Rafidah, Kata Shahrizat

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Naib Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata keputusan beliau untuk bertanding jawatan Ketua Wanita Umno pada pemilihan parti Mac depan tidak harus menjejaskan hubungannya dengan ketua pergerakan itu Tan Sri Rafidah Aziz.

Renungkanlah perinciannya di sini:

http://www.bernama.com/
Pun begitu, baru-baru ini bukan Shahrizat Abdul Jalil yang bertanya, cuma seorang wartawan sahaja, namun yang ditanya ialah perihal kepala lutut, mujur kepala yang bertanya tidak disekeh sampai melutut.
Rafidah dan Shahrizat
azhan.wordpress.com
Setakat ini cakaplah apa pun, tapi saya tidak nampak mereka berdua dalam suasana semesra dahulu.

Rafidah Shahrizat Jika Sama-sama Berkempen Bersama Kah Asing-asing

Rafidah Shahrizat
www.eryrahim.com
Rasanya belum ada persemukaan di antara Rafidah Aziz dan Shahrizat Abdul Jalil. Lama juga masa yang diambil bagi seorang Opah dan Nenek ini untuk bersatu hati kembali demi perpaduan Wanita UMNO.

Tiba-tiba timbul pula pilihanraya kecil P 36 Kuala Terengganu, contohnya.
Rafidah Aziz
www.mykmujohor.com
Adakah Rafidah Aziz dan Shahrizat Abdul Jalil akan memainkan peranan di sini?

Jika sama-sama berkempen adakah mereka akan bersama atau kempen asing-asing?
Shahrizat Abdul Jalil
www.spock.com
Maklum Lah mereka pemimpin teladan, paling tidak pada para dara yang bakal menyertai UMNO.

Sama-sama kita saksikan...

Rafidah - Mana Lebih Penting Perpaduan Atau Perpecahan

Rafidah Aziz
www.zainalhalim.com
Jelas bahawa selepas PRU 12, tiada suara Rafidah Aziz sendiri untuk bersara awal atau melakukan pelan peralihan kuasa.

Nampak perkara utama berada seperti biasa. Rafidah Aziz menang kerusi Parlimen Kuala Kangsar. Rafidah Aziz masih Ketua Wanita UMNO. Rafidah Aziz masih Menteri Kanan Kerajaan.

Suasana menjadi sedikit kelainan apabila Rafidah Aziz tidak disenaraikan dalam barisan jemaah Menteri. Sebaliknya pemimpin seperti Shahrizat Abdul Jalil masih berjawatan Menteri walaupun kalah kerusi Parlimen Pantai. Sementara Azalina Othman dan Noraini Ahmad juga berjawatan Menteri dan Timbalan Menteri.

Walaupun menerimanya, namun rasa terkilan sekiranya ada, tak kan tiada, sedikit barangkali ada.

Ketika itu desakan ialah Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan. Namun ada lagi suara yang mahu ramai lagi pemimpin tertinggi UMNO meletakkan jawatan. Nama Rafidah Aziz disebut.

Rafidah Aziz bukan tidak mendengarnya. Malah mengumumkan satu pelan peralihan kuasa darinya kepada Shahrizat Abdul Jalil. Walaupun bagaimana pengumumannya menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan wanita UMNO.

Perincian rasa tidak puas hati ini dipetik oleh Blog no2umno dari berita Malaysiakini.

Sah ... Opah Pidah Memang Gila Kuasa

Pengumuman 4 Ogos Didakwa Cetus Perpecahan



Dalam UMNO dan parti komponen Barisan Nasional, masing-masing perlu ingat bahawa duduknya dia di kerusi itu, adalah pilihan dan pemilihan ahli. Begitu juga jika nak lanjutkan tempoh duduk di kerusi tersebut.

Apa yang ditumpukan ialah alasan Rafidah Aziz perihal peralihan kuasa itu ialah supaya perpaduan dicapai dan perpecahan tidak berlaku dalam Wanita UMNO.

Mesej yang disampaikan oleh ahli sudah jelas. Namun di sinilah pada titik ini Rafidah Aziz sebagai ahli politik terbit keputusan dari kebijaksanaan dan kematangannya.

Namun ini tidak kelihatan. Persepsi orang lain, yang kedengaran ialah Rafidah Aziz gila kuasa dan tidak matang.

Dalam pada tidak mahukan saling buruk memburuki, telah buruk jadinya.

Dalam pada tidak mahukan perpecahan, jelas tiada perpaduan lagi dalam Wanita UMNO.

Rafidah Aziz ada satu ciri yang sama dengan Abdullah Ahmad Badawi dan S Samy Vellu. Ketokohan mereka membuat orang lain susah untuk berterus-terang.

Bersaralah sekarang! Tak kanlah nak duduk di kerusi kuasa ini lama dan selama-lamanya?

Sudah-sudahlah tu. Usahlah sampai ingat diri sahaja yang hebat, maka tiada lagi orang lain yang mampu memimpin sayap pergerakan dan parti.

Shahrizat Lawan Rafidah - En.Arip Ada Klip Video Baik Punyia..!

Melayu Mudah Lupa?

Wanita Melayu Juga?

Wanita UMNO Pula?

Dan 2 Pemimpin Tertingginya...?

Tidak pula En.Arip juga. Membuat dia mula ketawa. Ramai pula yang ketawa akan turut serta.

Ya, di You Tube, macam-macam ada...

Ini satu daripadanya ya..!

Dari Blog En.Arip Blogspot:



Cakar sayang tak apa. Cakar Rimau sedap juga. Tapi bercakar-cakaran sorry okay.

Tarik rambut?

Okay Lah sayang, we also sorry okay.

Siapa nak start dulu nii?

Boleh upload kat You Tube lagi. Sorry okay...

Najib Bakal Keseorangan Semakin Ramai Pemimpin UMNO Tak Nak Jawatan Menteri Kabinet

Tidak diketahui berapa ramai yang telah sudah menyatakannya. Tidak diketahui berapa ramai yang akan menyatakannya kelak.

Setakat baru-baru ini ada kedengaran 3 pemimpin UMNO yang menyatakan tidak mahukan atau tidak gilakan jawatan Menteri Kabinet.

Mohamad Khir Toyo

Mukhriz Mahathir

Rafidah Aziz

Mohamad Khir Toyo
www.bernama.com
Berita Harian OnLine melaporkan:

Mohamad Khir tolak jawatan Kabinet jika menang Ketua Pemuda

KUALA LUMPUR: Selepas Datuk Mukhriz Mahathir menyatakan pendirian tidak mahu menyandang jawatan dalam Kabinet jika terpilih sebagai Ketua Pemuda pada pemilihan parti Mac depan, seorang lagi calon jawatan itu, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo turut menyatakan pendirian sama.
Mukhriz Mahathir
www.malaysiakini.com
Berita Harian OnLine melaporkan lagi:

Mukhriz tak minat jawatan Kabinet

KUALA LUMPUR: Calon Ketua Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir menegaskan beliau tidak berminat menyandang sebarang jawatan dalam Kabinet jika terpilih sebagai Ketua Pemuda pada pemilihan Mac tahun depan.
Rafidah Aziz
www.umno-reform.com
Dari Blog Kerajaan Rakyat:

Sahih Rafidah Gila Meroyan

Posted by: Kerajaan rakyat // Category: UMNO RASUAH

Rafidah Aziz berkata beliau mahu peralihan kuasa dilakukan pada Jun tahun depan bukan kerana beliau ‘gila jawatan kabinet’.

Nampaknya jika semakin ramai begini, Mohd Najib Abdul Razak perlu pegang lebih daripada 2 portfolio dan kementerian.

Siap, mungkinkah ada pekerja asing di Malaysia yang sanggup dilantik Menteri Kabinet?

VideoReformasi Ada Congak Matematik Menarik Wanita UMNO Siapa Yang Parah?

http://videoreformasi.blogspot.com/2008/11/rafidah-shahrizat-dan-kamilia-secara.html

Sebelum

Kebarangkalian untuk Jawatan ketua Wanita(selepas bulan Jun)

Rafidah- 0%
Shahrizat - 100% - (ataupun 1) - PASTI

Selepas

Kebarangkalian untuk Jawatan ketua Wanita(selepas bulan Jun)

Rafidah- 50% - (ataupun 1/2)
Shahrizat - 50% - (ataupun 1/2)



Sebelum

Kebarangkalian untuk Jawatan Timbalan ketua Wanita(selepas bulan Jun)

Shahrizat - 50% - (ataupun 1/2)
Kamilia - 50% - (ataupun 1/2)



Selepas

Kebarangkalian untuk Jawatan ketua Wanita(selepas bulan Jun)

Shahrizat - 0%
Kamilia- 100% - (ataupun 1) - PASTI

Penjelasan Di Sini:

http://videoreformasi.blogspot.com/2008/11/rafidah-shahrizat-dan-kamilia-secara.html

Rafidah Aziz
sanggahtoksago.blogspot.com

Shahrizat Abdul Jalil
thestar.com.my


Wanita UMNO - Pelan Peralihan Menjadi Tidak Terjadi..!

Rafidah Aziz
www.bernama.com.my



Pelan Peralihan sama ada daripada Abdullah Ahmad Badawi kepada Mohd Najib Abdul Razak, atau daripada Rafidah Aziz kepada Shahrizat Abdul Jalil, adalah sesuatu yang tidak kena, dan patut dihindarkan dari amalan UMNO.

Sementara pelan peralihan daripada Abdullah Ahmad Badawi kepada Mohd Najib Abdul Razak masih belum pasti, maka sebaiknya dibatalkan sahaja, dan Abdullah Ahmad Badawi bersara sekarang juga, kerana tidak nampak apapun yang dia buat memanfaatkan Rakyat Malaysia.

Cantik sekali, pelan peralihan diantara Rafidah Aziz kepada Shahrizat Abdul Jalil telah menjadi tidak terjadi.

Terpaksalah demokrasi dikasi kembali kepada ahli UMNO.

Rafidah Aziz bertanding mempertahankan kerusi Ketua Wanita UMNO, kerana Shahrizat Abdul Jalil bertanding untuk menduduki kerusi itu.

Kenapa Shahrizat Abdul Jalil bertanding? Apa telah terjadi dengan pelan peralihan yang dikatakan Rafidah Aziz, telahpun dipersetujuinya?

Menurut Shahrizat Abdul Jalil sebagaimana dilaporkan the New Straits Times OnLine, 3 sebabnya:

Pertama: bahawa pelan peralihan Jun 2009 di antara Rafidah Aziz kepada Shahrizat Abdul Jalil selaras dengan pelan peralihan di antara Abdullah Ahmad Badawi kepada Mohd Najib Abdul Razak pada pertengahan 2010.

Kedua: bahawa jawatan nombor 1 dan nombor 2 tidak dipertandingkan.

Ketiga: bahawa dipastikan perpaduan di dalam pergerakan Wanita UMNO.

Oleh kerana sebab pertama dan sebab kedua tidak ditepati maka pelan peralihan di antara Rafidah Aziz dan Shahrizat Abdul Jalil terbatal dengan sendirinya bila Shahrizat Abdul Jalil bertanding melawan Rafidah Aziz untuk menduduki kerusi Ketua Wanita UMNO.

InsyaAllah, bersambung lagi di sini...

Wanita UMNO - Tiada lagi Pelan Peralihan Mungkin Rafidah Kekal Ketua & Kamalia Naib

Rafidah Aziz
www.bernama.com.my

Satu kenyataan rasmi tulisan tangannya setebal 10 mukasurat!
Renungkanlah...

Setakat 2 perenggan itu
Apa namanya?

Rafidah Aziz mahu kekal di kerusinya. Bukan senang untuk melepaskan kerusi ini. dirancangnya pelan peralihan yang dia tahu sebabnya.

Namun semua itu berubah selepas pengumuman Shahrizat Abdul Jalil.

Sebentar tadi Rafidah Aziz pula membuat pengumuman:

mSTAR melaporkan:
Mutakhir »
Rafidah pertahan jawatan sahut cabaran Shahrizat

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz hari ini mengumumkan untuk mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti Mac depan.

Kenyataan tersebut di buat selepas 24 jam , Naibnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan beliau akan bertanding mencabar ketuanya itu.

Dengan ini, Kamalia Ibrahim sudahpun hampir rasmi diumumkan sebagai pemenang untuk menjawat jawatan Naib Ketua Wanita UMNO.

Tahniah!

Seterusnya Shahrizat Abdul Jalil telah membuat ketetapan untuk berentap melawan Rafidah Aziz yang telah juga membuat ketetapan, masing-masing merebut jawatan Ketua Wanita UMNO.

http://www1.mstar.com.my/
Semasa manis dikecap bersama.

Kemudian, arah pandang sudah tidak sama.

http://www1.mstar.com.my/

Jika Shahrizat Abdul Jalil menang dan Rafidah Aziz kalah, tidaklah mengapa dia pun sememangnya akan bersara juga.

Tetapi jika Rafidah Aziz menang dan Shahrizat Abdul Jalil kalah, akankah terjadi seperti lawan terdahulu Siti Zaharah Sulaiman yang tidak muncul lagi di arena politik ataupun dalam Wanita UMNO.

Kemenangan Rafidah Aziz mampu mengekalkannya di kerusi Ketua Wanita UMNO bergandingan dengan Kamalia Ibrahim, untuk tempoh penuh 2009 - 2010. Tiada peralihan kuasa dijangkakan. Kamalia Ibrahim masih baru untuk memikul jawatan tertinggi.

Mohd Najib Abdul Razak naik ke kerusi Presiden UMNO dan berpeluang menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Rafidah Aziz bakal kembali ke dalam kabinet jemaah menteri. Begitu juga barangkali Kamalia Ibrahim.

Mampukah Shahrizat Abdul Jalil naik ke puncak? Amat sukar untuk dia menang kali ini. Dia tidak punyai penyokong dalam Jawatankuasa Tertinggi Wanita UMNO, yang lebih seronok jika Rafidah Aziz terus berkuasa.

Setiap mereka ini mempunyai pengaruh yang cukup kuat ke atas akar umbi UMNO. Pengalaman mereka dalam menggerakkan jentera sampai ke bawah amat meyakinkan Rafidah Aziz.

Siapakah pemimpin yang akan bersama Shahrizat Abdul Jalil berkempen? Entah lah.

"Perang Besar Kah Ini?"

Mungkin!

Mungkin tidak...

Namun sudah ada sindiran: "Did you honor thy word Shahrizat?"

http://www1.mstar.com.my/

Di antara bahan berkempen kelak, bak kate orang Perak: "Mau ke kome akor umbi, seorang pemimpin yang die tidak kota ape yang die kate?"

Siap awak! Nak lawan sangat ya, jom kita lawan..!

Cyuop! Cyuop!!

Perlukah Abdullah Ahmad Badawi menjadi orang tengah dan masuk campur hal Wanita UMNO ini?

*Tak payah Lah Pak Lah!*

Banyak kerja lain yang belum selesai dan memerlukan penyelesaian lebih penting dari hal Wanita UMNO ini.

Program Basmi Kemiskinan Rakyat itu, pergi tumpu itu.


Sama-sama kita saksikan apa yang bakal berlaku seterusnya.

Para Pemimpin Tertinggi Wanita UMNO Akan Berentapan?

Rafidah Aziz yang tahu kenapa dia bertegas mahu peralihan kuasa kepada Shahrizat Abdul Jalil pada Jun 2009.

Shahrizat Abdul Jalil
sorightz.blogspot.com
Shahrizat Abdul Jalil tidak berada dalam kedudukan yang mantap untuk berpendirian berbeza.

Tentulah akan ada forsa ketiga. Betulpun, dan muncullah Kamalia Ibrahim.

Barangkali masih ada lagi yang bakal memasuki gelanggang, namun tiada kelihatan sejak pencalonan.

Jadi, di 3 penjuru, para pemimpin semuanya bertegas pendirian.

Kerusi Wanita UMNO semakin panas. Siapa yang layak mendudukinya. Kenapa?

Mungkin ada pihak yang menunggu pengumuman rasmi Shahrizat Abdul Jalil. Kemudian reaksi dan respons individu dan pihak lain.

Pun begitu, perpecahan hasil dari rasa tidak puas hati puak ketiga pemimpin itu bakal menyebabkan akibat yang di luar jangkaan.

Puak Rafidah

Puak Shahrizat

Puak Kamalia

Mana Puak Wanita Puak UMNO?
Wan Azizah Wan Ismail
www.flickr.com

Nurul Izzah
flickr.com
Nurul Izzah
flickr.com
Nurul Izzah
flickr.com


Parti dalam gabungan Pakatan Rakyat, ini lah masanya untuk membuka pintu seluas-luasnya, di kalangan pemimpin dan ahli bakal keluar parti lapok sertai parti yang adil, dan lebih dari itu.

Kemudian didik mereka erti kepemimpinan wanita. Dalam UMNO itu sudah semakin tidak jelas ada atau tidak ada didikan seumpama.

Pengumuman Shahrizat Abdul Jalil tidak penting dan memungkinkan kerugian kepemimpinannya. Apa yang penting ialah duduk bertiga bersemuka menyelesaikan ini secara wanita, tanpa Abdullah Ahmad Badawi menyenyeh hadir serta di situ.
Shahrizat Abdul Jalil ...
www.topix.com
Jika pengumuman itu dibuat, apakah Shahrizat Abdul Jalil berfikir, bahawa Rafidah Aziz bukan calang pemimpin. Kekuatannya masih ada di kalangan Jawatankuasa tertinggi. Walaupun pengaruhnya semakin berkurangan di peringkat akar umbi.

Dari tempoh pengumuman itu sehingga Mac 2009, adakah pihak yang akan menghentamnya menggunakan pelbagai media, khususnya dari kalangan rakan sepertandingan.

Bagaimana jika Shahrizat Abdul Jalil kalah?

Jika pun kemudiannya Shahrizat Abdul Jalil menang. Kepemimpinannya tidak mendapat sepenuh sokongan dari para pemimpin atasan dan bawahan.

Adakah Shahrizat Abdul Jalil mempunyai kemampuan untuk penyatuan?
... Shahrizat dan Nurul Izzah.
no2umno.wordpress.com
Isunya ialah Shahrizat Abdul Jalil sebagai pemimpin dan kepemimpinannya.

Satu perkara pokok ialah usaha memenangi PRU 13. Di sini kredibilitinya bakal dicabar. Sedangkan wanita dalam UMNO tidak lagi seperti dahulu.

Tidak banyak diketahui perihal Kamalia Ibrahim. Susah betul nak dapat gambarnya dari simpanan enjin carian.

Namun, kemunculannya kini, ada class gitu...

Sudah pun kedengaran, "ini macam lah pemimpin yang kita mahu".

Kepada Shahrizat Abdul Jalil, pengumuman yang bakal dibuat adalah lebih buruk daripada bersemuka secara bertiga, dalam sifat sebagai wanita.

Ketahui apa sebenarnya kehendak akar umbi. Ingat kambli, bilakah kali terakhir mereka dihargai dan diutamakan oleh para pemimpin Wanita UMNO?

Cari penyelesaian terbaik. Itu berkemungkinan yang baik untuk semua. Terutama mereka bertiga.

Wanita UMNO - Kewarasan Napsiah Omar

Napsiah Omar
wanitaumno2u.com

Bila pemimpin bersuara dan bertindak, jika lain yang tersirat di hatinya, orang lain akan dapat kesan yang tersurat itu bila yang tersirat pelek kelihatannya.

Mungkin kah Rafidah Aziz sanggup berterus-terang?

Jangkaannya, menang di kawasan PRU 13, mengetuai Wanita UMNO, dibariskan dalam kabinet jemaah menteri, dan lain-lain lagi.

Memang manis jika kekal duduk di kerusi Ketua Wanita UMNO. Apatah lagi duduk lama atau selama-lamanya.

Namun, tanpa kita sedari akan ramai para pemimpin pelapis yang sudah menjadi nenek dan tua bangka tidak berpeluang merasai duduk di kerusi tersebut, dan memimpin dan menerajui sayap parti UMNO yang penting ini.

Jadi apakah niat sebenar Rafidah Aziz membuat keputusan sebegitu dan direstui majoriti jawatankuasa tertinggi sayap UMNO ini?

Entah Lah. diketahui jika Rafidah Aziz seperti biasa, bersuara yang sebenarnya.

Jika pun niat tidak mahu melihat perpecahan dalam sayap UMNO ini dan mendengar suara sebenar kehendak akar umbi, maka perpecahan sedang pun bermula, dan suara akar umbi semcam tidak diendahkan.

Sesama kita dengar kewarasan Napsiah Omar, dalam hal ini, di Blog Tunku:

Saturday, November 15, 2008

Rafidah’s plan highly unusual and unhealthy, says Napsiah

KUALA LUMPUR: Wanita Umno never had a history of an acting Wanita chief heading the movement for almost a full term, said its permanent chairman Tan Sri Napsiah Omar.
She described Tan Sri Rafidah Aziz’s transition plan to hand over the Wanita chief post to her deputy in June, three months after the March party election, and for the deputy to take over in an acting chief capacity as “highly unusual”.

Bersambung di sini:

http://tunkuaisha.blogspot.com/
Kita saksikan apa yang bakal berlaku seterusnya.

Nasihat Kluangman Untuk Rafidah Shahrizat Ngan Kamalia

Nasihat Kluangman ialah:

kluangman has left a new comment on your post "Pak Lah Rafidah Najib Shahrizat - Bagaimana Jadiny...":

Apapun terjadi kita berharap Rafidah, Shahrizat dan Kamalia dapat berbincang baik baik secara makcik makcik kerana Azalina yang berada di antara dua alam (Puteri dan Wanita) serta Puteri Puteri sedang memerhati tingkah laku mereka.

Seluruh rakyat Malaysia juga berharap mereka tidaklah sampai bergaduh tarik tarik rambut atau londeh melondeh sesama mereka kerana kita 'kurang berselera melihat adegan tersebut'.

Selanjutnya di sini:

Thursday, November 13, 2008

Masih lagi Kamalia oh Kamalia...

Di induk UMNO, Muhyiddin yang pada awalnya kelihatan 'kuat dan selamat' kini tersepit.

Mat Taib dan Ali Rustam yang awalnya dikatakan mat jenin dan kutu rayau kacau daun, kini benar benar jadi hanturaya.

http://kluangmanexpress.blogspot.com/

Betul Lah itu.

Dikatakan jika guru kenching berdiri, murid kenching berlari...

Jika Wanita UMNO tidak tunjuk teladan permaufakatan, apatah lagi Puteri UMNO nanti?

Kuasa Kerusi bukannya kekal selamanya. Kelak orang akan ingat tokoh kebijaksanaan masing-masing.

Beralah Lah.



Rafidah Aziz
www.zainalhalim.com

Shahrizat Abdul Jalil
pinkturtle2.wordpress.com



Pak Lah Rafidah Najib Shahrizat - Bagaimana Jadinya?

Abdullah Ahmad Badawi kekal jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

Mohd Najib Abdul Razak kekal jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Rafidah Aziz kekal jawatan Ketua Wanita UMNO dan menjawat jawatan Menteri Kanan.

Shahrizat Abdul Jalil kekal jawatan Naib Ketua Wanita UMNO dan menjawat jawatan Menteri.

Sehinggalah selepas PRU 13.

Situasi begitu tidak menjadi kenyataan sepenuhnya.

Kemudian...

Abdullah And Najib
thestar.com.my

Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak akan melakukan peralihan kuasa pada pertengahan 2010.
Rafidah And Shahrizat
kubiac73.blogspot.com

Rafidah Aziz dan Shahrizat Abdul Jalil akan melakukan peralihan kuasa pada 1 Jun 2009.

Situasi begitu pun tidak menjadi kenyataan sepenuhnya.

Seterusnya...

Abdullah Ahmad Badawi tidak bertanding jawatan Presiden UMNO, dan akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri Malaysia juga, kepada Mohd Najib Abdul Razak pada 9 Mac 2009.

Rafidah Aziz dan Shahrizat Abdul Jalil bersetuju peralihan kuasa Ketua Wanita kekal 1 Jun 2009.

Situasi begitu belum menjadi kenyataan sepenuhnya.

Apa yang disaksikan ialah...

Mohd Najib Abdul Razak kini agak selesa bakal menjawat jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia pada 9 Mac 2009. Itu pun jika tiada kemungkinan lain berlaku.

Shahrizat Abdul Jalil akan memberi kata putus sama ada mementingkan suara akar umbi lalu bertanding jawatan Ketua Wanita menentang Rafidah Aziz. Atau, kekal bertanding jawatan Naib Ketua Wanita berhadapan dengan tentangan Kamalia Ibrahim.

Ini baru November 2008. Macam-macam lagi boleh berlaku. Sama-sama kita saksikan pemimpin dan kepemimpin ini dalam peralihan kuasa dan situasi yang menarik dikaji.

Peralihan Kepemimpinan - Persamaan Pak Lah Ke Najib & Rafidah Ke Shahrizat

Penulis:

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin


Adakah persamaan di antara peralihan kepemimpinan di antara Abdullah Ahmad Badawi kepada Mohd Najib Abdul Razak, dengan peralihan kepemimpinan di antara Rafidah Aziz ke Shahrizat Abdul Jalil..?

Abdullah Ahmad Badawi
324 x 348 - 20k - jpg
www.malaysialeader.com

Mohd Najib Abdul Razak
www.malaysialeader.com

Rafidah Aziz
tunkuaisha.blogspot.com

... Shahrizat Abdul Jalil
www.wunrn.com


Fokus lebih kepada peralihan kuasa Abdullah Ahmad Badawi ke Mohd Najib Abdul Razak. Ini adalah kerana peralihan ini dalam UMNO namun berkaitan dengan teraju negara.

Pun begitu, molek juga diperhatikan sentiman ahli dan pemimpin UMNO di peringkat cawangan dan bahagian perihal mahukan perubahan yang dimulai dengan peralihan kepemimpinan. Lantaran itu suara perihal peralihan kepemimpinan Rafidah Aziz ke Shahrizat Abdul Jalil molek difokus sama.

Peralihan kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi ke Mohd Najib Abdul Razak ialah satu peralihan yang dilihat sekarang sebagai peralihan kepemimpinan yang lemah kepada kepemimpinan yang juga lemah namun ada sedikit kekuatan.

Peralihan kepemimpinan Rafidah Aziz ke Shahrizat Abdul Jalil ialah satu peralihan yang dilihat sekarang sebagai peralihan kepemimpinan yang masih kuat kepada kepemimpinan yang masih lemah.

Jadi, apakah yang telah disuarakan oleh pemimpin UMNO Bahagian jika dapat dibaca terjemahan mereka perihal peralihan kepemimpinan ini.

InsyaAllah, sama-sama kita saksi seterusnya...

Lawak Wanita UMNO - Pilihanmu Pengalaman Comel Setia

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin


Dua orang mak chik lengkap beryuniporm Wanita UMNO, kelihatan sedang berdebat di antara mereka, berhampiran satu pasar tani di sini, hari ini.

Saya merenung di sekeliling, tak ada pula liputan media. Ini Debat hangat nii.

Orang lalu-lalang cuma menggelengkan kepala.

Saya berminat, jadi saya duduk sebentar memerhatikan mereka. Heran. Hujjah mereka lebih baik daripada debat Anwar-Shabery September lalu. Tetapi kekurangannya ialah tiada moderator dan tiada pakar tanya bertaraf Profesor. Namun, debat mereka hebat!

Topiknya ialah Pemilihan Ketua dan Timbalan Ketua Wanita. Siapa yang layak dicalon? Rafidah Aziz yang berpengalaman, Shahrizat Abd Jalil yang comel lawa, atau Azalina Othman, yang, errr, yang, emm yang, okay Lah, yang setia.

Rafidah Aziz
tunkuaisha.blogspot.com
.
... Shahrizat Abdul Jalil
www.wunrn.com
.

Azalina Othman
tunkuaisha.blogspot.com

Bang Mat, jiran, duduk sebelah turut memerhatikan mereka.

Zubli: Siapa depa tu Bang Mat..?

Bang Mat: Zubli tak tahu ke..?

Zubli: Tak. Mereka berdua Ketua Bahagian ke?

Bang Mat: Dak aih, jauh sekali...

Zubli: Ketua Cawangan?

Bang Mat: Bukan...

Zubli: Ahli Wanita Lah juga ya..?

Bang Mat: Pun bukan. Maksudnya sekarang, dak. Mungkin dulu, ya gitu Lah...

Zubli: Habis itu, siapa depa tu Bang Mat..?

Bang Mat: Bila musim politik hangat, macam laa nii Lah kan, mereka berdua jadi macam ini Lah. Dulu depa aktif politik. Zaman lama dulu-dulu laa. Lepas itu, sesuatu terjadi, wayar depa syot. Dua-dua mereng. Berubat merata. Baik sembuh pulih itu sudah ada nampaknya, tapi bila musim begini, musim politik, depa naik biol semacam. Itu Lah jadinya, debat Lah, mesyuarat Lah, main masak-masak, macam-macam. Ada beberapa kali depa bergomoi, sinsing-sinsing lengan, selak-selak kain...

Zubli: Selak...

Bang Mat: Baru ja sat tadi aku kata, Zubli tengok depa dah start selak...

Di sekeliling, kami berdua sahaja penonton tadinya. Kini dipenuhi lain-lain penonton. Ramai, macam beratus ribu jumlahnya.

Adeh!

Siapa Lah Yang Buat Cerita Rafidah Pun Bertanding Timbalan Presiden UMNO?

Setahu kita wanita yang berhasrat menjawat jawatan tertinggi parti ialah Ng Yen Yen. Dia mencalonkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden MCA.

Related:

mSTAR OnLine Reports…

KUALA LUMPUR: “Saya tidak lihat peluang lagi, jika saya tidak mengambil kesempatan ini,” inilah penjelasan Ketua Wanita MCA Datuk Dr Ng Yen Yen berhubung keputusan nekadnya untuk bertanding bagi jawatan naib presiden parti yang selama ini didominasi oleh kaum lelaki.

Kini timbul pula desas-desus Rafidah Aziz pula yang bakal bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Nah!

Ini jawabnya.

Utusan Malaysia melaporkan...


Rafidah Aziz
beritaberita.livejournal.com

Ditanya mengenai desas-desus namanya turut disebut-sebut akan bertanding jawatan timbalan presiden UMNO, Rafidah menegaskan, beliau tidak berminat memberi komen kerana menganggap perkara itu sebagai mengarut.

“Tidak payah komen, siapa kata saya akan bertanding jawatan ini,” katanya.

Sah! Rafidah Aziz tidak masuk senarai. Dia masih kekal.

Pada Ogos lalu, Rafidah yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengumumkan untuk melepaskan jawatan Ketua Wanita UMNO dan menyerahkannya kepada Naib Ketua, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selewat-lewatnya Jun tahun depan.


Shahrizat Abdul Jalil
www.wunrn.com

InsyaAllah bersambung lagi di sini kelak...