Tamsil - Pak Lah Ibarat Buah Busuk Yang Tak Gugur
0 Comments
»
Contoh
Kelihatan, beberapa saintis sedang mengelilingi sebatang pokok.
Pokok ini nama saintifiknya Pinus Ameno No-relevansi, atau Pokok Ameno.
Pokok ini berusia kurang lebih ialah 60 tahun. Dulu, pokok ini masyhur dan memanfaatkan ramai.
Tetapi sejak 2003 pokok ini teLah mengalami kepelekan.
Pokok Ameno ini:
tidak lagi meninggi malah membantut;
daunnya banyak gugur, daun yang tidak gugur berlubang-lubang pula;
akar umbinya kontot;
batangnya mengecut; dan
buah paling besarnya rosak dan busuk dan mula mengesani lain-lain buah sehingga rosak dan busuk pula.
Saintis telah kenal pasti buah paling besar ini Lah punca masalahnya. Lalu saintis menamakan buah ini sebagai Anacardium humile Abhadawi, atau Kusta Dawi.
Saintis bersepakat dan bersetuju bahawa Kusta Dawi lah buah yang perlu digugurkan supaya dapat diselamatkan lain-lain buah, dan pokok ini boleh dibaik pulih supaya kembali masyhur dan memanfaatkan.
Tetapi buah Kusta Dawi, yang paling besar ini, bergantung pada dahan di Pokok Ameno ini, walaupun sudah busuk teruk dan buruk rupanya, tetapi ia tidak gugur dengan sendirinya.
Saintis menjadi hairan, kerana ini bertentangan dan berlawanan dengan lazimnya si buah busuk.
Maka saintis bersepakat dan bersetuju, maka saintis telah menggunakan gunting gergasi untuk memotong tangkai buah Kusta Dawi ini, tetapi tidak berjaya. Tangkainya cukup liat. Sehingga apa alat digunakan pun tidak dapat memutuskan tangkai daripada buah ini.
Saintis membuat kajian dan mendapati semua akar umbi menghantar keperluan hanya kepada buah ini. Semacam buah ini ada kuasa menyedut zat, galian, dan air, serta lain-lain keperluan supaya kebusukannya secara berterusan dapat perlahan.
Di samping itu ada beberapa buah yang cacat, tetapi melekat di bawah buah Kusta Dawi ini, semacam dengan rela telah memberikan kesetiaan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi.
Dengan yang demikian, lain-lain buah yang masih elok, cuma busuk setompok dua sahaja, bakal gugur dahulu. Sedangkan buah Kusta Dawi ini, yang busuk dan teruk, malah tidak berguna lagi kekal untuk mencacatkan pandangan keseluruhan pokok ini.
Saintis mula gusar dan resah bila didapati, buah Kusta Dawi ini, mengeluarkan debu dan muncul pula sejenis ulat yang membawa virus dan mula merosakkan lain-lain pokok berdekatan di dusun ini.
Saintis mendapati pokok yang berdekatan, yang turut ada buah besar yang sama keadaannya dengan buah Kusta Dawi ini, di Pokok Ameno.
Saintis sedang memikirkan lagi cara bagaimana buah Kusta Dawi ini, dapat digugurkan dan disimpan di dalam balang, sebagai buah yang paling buruk dalam sejarah dusun ini.
Jadi, macam mana?