Gelombang Rakyat

Pak Lah Patut Tapi Tak Letak Jawatan Asri Kena Letak Jawatan Tapi Tak Patut

.

Suatu masa dahulu, dilaporkan berita melalui media massa, "Orang Ramai Menasihati Mufti Supaya Turun Padang".

Sepatutnya Mufti nasihat orang ramai, tetapi orang ramai pulak nasihat mufti.

Pelek bila mufti mensesuaikan fatwa supaya tunduk kepada kehendak pemimpin dan parti politik, dan mengenepikan hukum Allah.

Namun, mufti beginilah yang mendapat kedudukan istimewa Sahibus Samahah, di Malaysia.

Sedangkan, mufti yang menegakkan hukum Allah, dan berani menegur pemimpin, inilah orangnya yang terkeluar dari Kerusi Mufti.

Apakah ini yang berlaku kepada Mohd Asri Zainul Abidin?


Penulis:

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin


Saya membaca pos yang mengandung berita perihal yang tidak patut berlaku tetapi berlaku. Ini di Blog Rencana Rakyat:
(Di sini petikan sahaja, untuk perincian dan banyak lagi sila klik Blog Rencana Rakyat).

Petikan: * Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersara mengejut akibat “tidak selesa dengan permainan politik” oleh beberapa pihak dalam kerajaan negeri berhubung pengendalian kontrak perkhidmatannya.

“Cara menguruskannya, macam main silap mata. Mereka tidak jujur,” katanya hari ini.

mohd asri zainul abidin interview 231106 assured

“Beberapa pandangan saya kritikal. Saya tidak kisah. Ada orang tidak selesa. Saya tidak kisah berbeza pandangan dengan pentadbir, tidak kira Umno atau parti mana pun.”

Bekas ahli akademik Universiti Sains Malaysia (USM) akan kembali mengajar di kampus itu di Pulau Pinang mulai 1 November ini.




Beliau ada berpantun, dan popular juga di kalangan bloggers and forumers. Ini balasan pantun dari saya, supaya menjadi kenangan.

Pos # 42

Diterbitkan di TranungKite OnLine:

Pantun ‘Cari Ganti’ Mufti Dibalaih Pemantun Oghang Kampung
Dilulus terbit pada Friday, September 05 @ 02:55:57 MYT oleh greenboc
Coretan @ LuahanOleh zublizainordin

q
Dengaq ceghita ada pantun yang dapat perhatian ghamai laa ni. Oghang Kampung pee cek peghiksa tengok, betoi ada. Penuh ngan makna.

Pada 28 Ogos, 2008, di Blog nya, Minda Mufti, S. S. Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin, Mufti Kerajaan Negeri Perlis, dikarangnya dan terbitlah 4 rangkap pantun. Perincian dan banyak lagi, di sini.

Tunggu punya tunggu, tak dak yang balaih, di antagha Pak Lah, Anuaq, Najib, atau Ku Li, atau sesiapa yang dok kat keghusi PM, dan siapa yang bakal nak ganti.

a

Tak dak yang balaih. Kalau ada habaq mai kat Oghang Kampung, noo.

Jadi, tak pa, ni pemantun Oghang Kampung coba trai dan jawab ya.

Pantun 1 Mufti

kota sarat disimpan tempayan
zahir berlian disunyi hari
harta rakyat dijadikan taruhan
akhir kebencian menjadi api

Oghang Kampung
Balaih Pantun 1

Indah hidupnya di kota saghat
Berlian banyak dia miliki
Ghugi pun tiada dia tak ngaku pun jahat
Kebencian apa pun dia tak peduli

Pantun 2 Mufti

gula dan santan diuli roti
kelapa diparut dimakan sama
bila kebencian menjadi api
apa dihasut ditelan semua

Oghang Kampung
Balaih Pantun 2

Ghoti dicanai pekena ngan kaghi
Makan soghang puih sendighi
Biaq pee lah benci sampai berapi
Penghasut dia tingkah bila tiba nanti

Pantun 3 Mufti

anak singa di Pulau Tebrau
anak tebuan seekor lari
jika negara sudah kacau
eloklah tuan mengundur diri

Oghang Kampung
Balaih Pantun 3

Di mana pulau ada keghbau balau
Laghi tebuan dia jeghat nanti
Biaqlah negagha menjadi kacau
Mengundur dighi dia pantang sekali

Pantun 4 Mufti

pergilah mandi di Titi Tinggi
jalan tersepak tali pencuci
carilah ganti berbudi tinggi
bukan perompak ganti pencuri

Oghang Kampung
Balaih Pantun 4

Ghesort Mewah lebih seghonok dia mandi
Mata dia cuci jalan dia ghapi
Biaqlah peghompak biaqlah penchughi
Janji dibeghi anak menantu dia kelak pengganti

Ada kawan-kawan pakat sama-sama dok kat kedai kopi Mak Leha kat Cherok nuu, depa satu-satu tanya, siapa dia Mufti dok bidaih.

Kata kawan nan soghang ni, “macam ku kenal akan dia, tapi di mana ya?”

Soghang lagi kawan pulak kata, “Luu pikirlah sendiri”. Eishy! Macam Nabil lah pulak dia ni.

Lepaih itu, Oghang Kampung pun balik ghomah. Bila sampai kat komputer ghiba ni, kelik TranungKite OnLine, maka demikianlah Oghang Kampung balaih pantun Mufti.

Haghap teghima seadanya ya…

Lagi, teghima kasih laa noo siapa yang bacha dan komen tulisan Oghang Kampung had dulu nii.

http://atotalblog.wordpress.com/2008/08/29/a-total-blog-post-19-at-tranungkite-online-leaders-say-kampung-folks-say/

Last 10 News Submissions sent by zublizainordin:

  • 16 September 2008 Kami Tak Akan Beri Anwar Peluang Bentuk Kerajaan Baru
  • UMNO Pulau Pinang Mampukah Pak Lah Selesaikan Isu Terlajak Perahu Ini?
  • 16 September 2008 (11 Hari Lagi) Anggota BN-BBC Cuti Belajar Luar Negara?
  • 16 September 2008 Harapan Rakyat Malaysia Kenapa Pemimpin PR Tak Nak Sokong?
  • Pantun ‘Cari Ganti’ Mufti Dibalaih Pemantun Oghang Kampung
  • 16 September 2008 (12 Hari Lagi) Anwar Pelawa Dan Kini Pak Lah Terpaksa Merayu
  • 16 September 2008 Pak Lah Gabra Dan Mula Dapatkan Simpati Pemimpin Sabah..?
  • Isyarat Terkini Mahathir Mohamad - Pengaruh Dan Kuasa
  • 16 September 2008 (13 Hari Lagi) Akan Hilangkah Hak Melayu dan Bumiputera?
  • 16 September 2008 Persamaan Ideologi, Parti Gerakan Molek Sertai Pakatan Rakyat
  • InsyaAllah, akan ada kemaskini mengenai pos ini kelak...

    1 comments:

    Anonymous said...

    Pak Lah tak reti nak urus negara, patut bagi kepada yang reti dan Pak Lah boleh bertaubat dalam menunggu hari mati yang tak sanggup sesiapapun menghadapinya dengan bekalan dosa menganiaya diri sendiri dan rakyat: Asri pandai cakap dan sebar ajaran sesat lagilah kenaletak jawatan supaya tidak merebak kesesatan itu hingga ke anak cucu kita danmintadia segera bertaubat...