Gelombang Rakyat

3 Harapan Aiman Pada Pak Lah

Aiman tidak berapa faham apa yang sedang berlaku. Namun, Aiman rasa macam ada yang tak kena sedang berlaku.

Apa?

Aiman Tak Kisah.

Cuma kerana sayangkan Pak Lah, Aiman ada sedikit harapan. 1, 2, 3...Ya, tiga harapan dari Pak Lah.

Abdullah Ahmad Badawi
www.nancarrow-webdesk.com

Apa yang pertama Aiman harapkan dari Pak Lah ialah, kembalikan Lah Perhimpunan Agung Parti ke 9 Mac 2009 semula. Sebab, 24 - 28 Disember, 2008, terlalu awal. Kemudian, tunda Lah Perhimpunan Agung Parti ini ke 24 Disember, 2009 pula. Dan tunda sekali lagi ke 9 Mac 2010. Kemudian teruskan penundaannya. Aiman Tak Kisah kalau Perhimpunan Agung Parti ini ditunda sebanyak kali yang Pak Lah suka, walaupun sehingga 1 Jun 2100.

Harga minyak naik
Pinkkturtle2.wordpress.com

Keduanya, naikkan Lah semula harga petrol dan diesel ke harga tertinggi RM 2.70 seliter. Kali ini, tak usah Lah bagi rebet. Dan tarik semula subsidi RM 0.30 seliter itu. Biar harganya jadi genap RM 3.00 seliter. Baru senang pengguna membayar bila di stesen minyak. Utamakan Lah nasib dan perniagaan pengusaha stesen minyak. Kesian mereka.

Eurocopter EC 725 Cougar
warkah.com

Ketiga pula, luluskan Lah semula pembelian Eurocopter. 18,001 unit untuk askar dan 18,000 unit untuk Polis. Baru canggih.

Harapnya, Pak Lah umum Lah semua keputusan di atas pukul 10 pagi, hari Isnin depan.
Pak Lah
pakatanrakyat-malaysia.blogspot.com

.....

Berkaitan:

BERNAMA Melaporkan...

October 31, 2008 22:02 PM

Govt Should Remove 30 Sen Subsidy On Fuel Prices, Says Shahrir

KUALA LUMPUR, Oct 31 (Bernama) -- Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Abdul Samad today suggested the government removed the 30 sen subsidy on fuel prices if the pump price goes below RM1.92 a litre...

Aiman suka jika Malaysia ada menteri yang macam gini bijaknya.

Cadang Lah lagi Uncle, yang seumpama...

Sebab kalau setakat lenyapkan subsidi itu, budak sekolah menengah satu darjah dengan Aiman pun boleh cadangkannya.

Komen Bernas:
kluangman said...

Betul tu tuan,

Dah terbiasa guna petrol mahal ni, rasa tak syok pula bila harga petrol turun, bawa kereta pun dah tak boleh slow slow macam dulu untuk jimat minyak, sekarang, bawak berdsuummmmm..macam sivaji.

Tentang UMNO ni, dah lenguh bibir, tentang Shahrir, dah kembang gigi bercakap pasal puak ini..dan tentang jenayah, boleh ke dikurangkan kalau guna helikopter canggih..

Elok perkara perkara ini dijadikan tajuk dalam perdebatan Ketua Pemuda, siapa yang menang, dia jadi Menteri..masalah akan selesai hanya dengan debat...

"Action' tu nanti nantilah...

1 comments:

Quantum Metal Consultant said...