Gelombang Rakyat

Lawak Bom - Pukan SyiFour Ini Tin Syardin!

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.



Ini Lah mesyuarat terpenting yang diadakan di Bangunan Tertinggi di tengah-tengah Bandaraya. 2 Pemimpin utama parti dan ratusan pemimpin serta VIP hadir di situ. Suatu mesyuarat terpenting.

Orang ramai dan terutama wartawan berpusu-pusu hendak mendekati mereka. Dihalang lembut oleh para pegawai keselamatan di situ.

Tiba-tiba kedengaran satu jeritan kuat di kawasan letak kereta...

"C4 !!!"

Dalam masa 10 perpuluhan tiga enam saat, pasukan pemusnah bom sampai ke tempat orang menjerit itu.

Mereka telah pun menjangkakan ini mungkin berlaku, satu percubaan membunuh 2 pemimpin tertinggi parti.

Satu robot telah dilepaskan untuk pergi mengambil bungkusan yang dikatakan berisi C4 tersebut. Kemudian bungkusan dikesan oleh robot itu untuk mematikan C4 itu jika perlu.

Ternyata bukan bom, bukan C4. Habis tu apa dalam bungkusan tersebut?

Orang ramai dan berwartawan mendekati, pasukan keselamatan mengasak menghalang. 2 Pegawai tertinggi berlari mendapatkan bungkusan itu dari robot. Bungkusan dibuka.

Pegawai 1: Apa itu dalam bungkusan Alpha Beta?

Pegawai 2: Bos! Ini Pukan SyiFour, ini Tin Syardin!

Alamak...!

Sardin Dalam Tin
quistchan.blogspot.com


Berkaitan:

Dari Blog http://peoplearmy.blogspot.com/

Gimik BOM di PWTC.....kah kah kah..cari BOM C4 ya....bom C$ hilang lagi ya...!!!!..kali ni sape plak nak di bom dan kena tuduh...!!!!

Friday, October 31, 2008

Kehadiran unit pemusnah bom berada di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), difaham untuk memeriksa sebuah bungkusan yang ditemui berhampiran kawasan letak kereta di luar bangunan tersebut.
...

Kuang! KaaBoom!! TakJadi!!!


Berkaitan:

Malaysiakini melaporkan:

Unit pemusnah bom periksa perkarangan PWTC
Muda Mohd Noor | Oct 31, 08 5:18pm

Kehadiran unit pemusnah bom berada di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), difaham untuk memeriksa sebuah bungkusan berhampiran kawasan letak kereta di luar bangunan tersebut.

0 comments: