Apa Asasnya Najib Boleh Terajui Kemenangan Majoriti 2/3 BN Dalam PRU 13..?
Abdullah Ahmad Badawi tahu, dia dipersalahkan dan dicadangkan meletak jawatan setelah pengumuman keputusan PRU 12.
Ramai lain-lain pemimpin Barisan Nasional yang bersembunyi di sebalik kelemahan Abdullah Ahmad Badawi sebagai terajunya.
Namun, Abdullah Ahmad Badawi telah berjaya membuktikan Mohd Najib Abdul Razak bukan pemimpin yang mampu sebagai terajui di PRU 13. Hal ini terserlah pada P 44 Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.
Dalam Barisan Nasional sudah ketiadaan tokoh seperti Mahathir Mohamad menerajui kemenangan Barisan Nasional dalam pilihanraya.
Sedangkan Anwar Ibrahim kini telah menunjukkan kehebatannya memenangi pilihanraya dan dilihat mampu memenangi PRU 13. Terutama bersama para pemimpin Pakatan Rakyat yang bakal menawan hati jutaan pengundi termasuk 2 Juta pengundi baru yang layak usia untuk berdaftar.
Ini yang atuk nenek, para pemimpin tua bangka, dan yang sudah tidak relevan masih menjadi penunggu di kerusi kuasa masing-masing dalam Barisan Nasional yang tiada kemampuan atau kemamtuan.
Tambahan pula peningkatan jumlah Blogger dan Forumer yang menegakkan kebenaran, kepalsuan dalam Barisan Nasional terserlah dan terdedah. Mungkin ini sesuatu yang mula dirasai Syed Hamid Albar yang mengesyorkan Kod Etika Oleh Blogger Untuk Blogger.
Jadi, apakah asasnya Mohd Najib Abdul Razak berkata, sebagaimana pos oleh:
http://politickler.com/
Sedangkan melihat gambar di atas sahaja, ada yang masih keliru yang mana Menteri Kewangan I dan yang mana Menteri Kewangan II.Malaysia’s future PM sees “tough” challenge ahead
LIMA - Malaysia’s future prime minister Najib Razak vowed to sharpen the country’s competitive edge and regain the ruling party’s two-thirds majority in parliament when he takes the helm, even as financial turmoil takes a toll on the resource-rich nation.
Pada ketika ini, hampir setahun mencecah 9 Mac 2009, prestasi para pemimpin dan pencapaian Barisan Nasional di pandangan Rakyat Malaysia teruk dan buruk.
Memang Mohd Najib Abdul Razak boleh bercakap, namun semakin nyata dia bercakap tanpa asas. Jika ada, sila nyatakan...apa?
Jika tidak, umpama Ayam Kokok Berderai-derai Ekor Bergelumang...
Ya!
Berkaitan:
Dari Blog Tukar Tiub:
Adeh!Isnin, 2008 November 24
NAJIB NASIHATKAN EKONOMI DUNIA – BURSA KL RUNTUH LAGI
KUALA LUMPUR: Tengah hari ini Komposit Index Kuala Lumpur jatuh 9.18 mata atau 1.06%.
Ini ketika Najib sedang memberi nasihat kepada pemimpin dunia di Peru tentang cara untuk menyelamatkan ekonomi dunia.