Bahasa - Fahami Manfaatnya...
0 Comments
»
Saya membaca pos ini di Blog SOLYMONE.
Sambungan di sini:Wednesday, November 26, 2008
DR M: MASTERING ENGLISH WILL NOT ERODE IMPORTANCE OF BAHASA MALAYSIA
KUALA LUMPUR, (Bernama) The fear among
some quarters in the country that learning and
using English would erode the importance of
Bahasa Malaysia is unfounded, said former
prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad.
http://egagah.blogspot.com/2008/11/dr-m-mastering-english-will-not-erode.html
Menarik!
Soalnya itukah isunya? Atau lebih dari itu.
Perhatikan:
Pejuang merasakan jika bahasanya tidak diperjuangkan, kelak dikhuatiri bahasa ini hilang dari pertuturan masyarakatnya sendiri. Lantaran perlu dikebangsaankan peringkat nasional.
Namun tidak jelas yang dikebangsaan mereka itu Bahasa Melayu kah? Atau Bahasa Malaysia kah?
Tambahan lagi ada di kalangan mereka mirip tuturan Indonesia daripada tuturan Melayu Johor.
Mereka boleh terus berjuang namun molekkah sampai ke peringkat memaksa atas nama mahu institusikan bahasa?
Kemunculan blog, di antara penulis dan pelawat yang meletakkan komen, interaksi mereka unik. Difahami mesej, jika begini:
WTF they r talking about? Ini yang buat aku nyirap neh. Pada depa idea itu macyiam bagusy jer. Tapi IMHO idea itu tarak guna. Apa barang? Nape ade plak orang cam gini di dunia ini! Hampeh! Bongok!! Half-past-six. Kahkahkah...Kemudian, komen begitu, maka begitu pulak pos nya. Semakin lama, semakin berkembang begitu.
Sementara itu, pejuang yang mahu bahasa Inggeris terus kekal dan tidak lenyap, mencari jalan supaya ada dan ramai yang mampu bertutur dalam interaksi.
Sememang ada yang baik sekali kemampuan mereka menguasainya. Pun begitu ada pula nak dikatakan 100 peratus tidak juga. Campur. Begini:
I think the BN govt tak patut buat begitu. This is too much. Carilah total solution. Lepas itu implement lah. Don't expect us to teach them. Jika tidak bagi kerajaan PR saja yang memerentah. For sure we will benefit.Pada saya, bahasa banyak manfaatnya. Potensi menguasainya bermula sedari usia muda. Pendekatan Georgi Lazanov yakni Suggestopedia umpamanya, membolehkan kanak-kanak menguasai bahasa utama dunia dalam tempoh 6 tahun.
Jika demikian, dicadangkan pelajar tahun 1 sehingga tahun 6, mula menguasai bahasa Melayu, Tamil, Mandarin, Arab, English, dan satu lagi katakanlah Sepanyol. Bayangkanlah bila naik ke peringkat pendidikan lebih tinggi, ramai yang boleh meraih informasi dari pelbagai sumber.
Jika orang Melayu hebat Melayunya, namun disekat halus daripada menguasai lain-lain bahasa. Bandingkan dengan orang Melayu, bila bertemu orang India, Tamil lah; bila mencari informasi dari bahan bahasa Inggeris; bila chatting boleh Spanish, dan seterusnya...
Renung-renungkanlah.