Gelombang Rakyat

Beli Eurocopter EC725 Cougar - Kenapa Tunda?

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.



Adakah Rakyat Malaysia marah kerajaan beli Eurocopter EC725 Cougar? Penjelasan yang baik, akan menyedarkan kita bahawa pasukan pertahanan perlu kenderaan yang hebat ini untuk menggantikan kenderaan terdahulu yang terdapat beberapa peristiwa terhempas.

Itu sebenarnya.

Apa yang dipersoalkan ialah, cara bagaimana pembeliannya yang mana harga dibayar ada kelihatan pihak yang dapat komisyen yang luar biasa banyaknya.

Sebab itulah bising gamat kedengaran.

Tiada yang mempersoalkan keperluan membelinya, tetapi cara dan kos pembeliannya.

Jadi, keputusan untuk tunda dan alasan yang diberikan tidak tepat. Keputusan ini memperlihatkan ada sesuatu yang sedang disembunyikan. Jika tidak kenapa ada yang tersasul menyebut peruntukan perbelanjaannya sehingga perlu pinta maaf.

Sama-sama kita saksikan penemuannya tatkala sekarang siasatan sedang dijalankan oleh pihak berwajib.

Diharapkan Rakyat Malaysia mendapat penjelasan sebenarnya.

Seterusnya sila baca soalan kepada "misteri" isu ini dari kebijaksanaan Husam Musa:

Tuesday, October 28, 2008

Eurocopter: Najib atau Abdullah kempunan atau keduanya?

Eurocopter permainan siapa - Abdullah atau Najib?

Hari ini, Abdullah umumkan pembelian Eurocopter dibatalkan. Kenyataan pembatalan ini dibuat hanya 32 hari selepas Abdullah yang sama pertama kali mengumumkan mengenai rancangan pembeliannya pada 26 September tahun ini.

Sambungan di sini:

http://cetusan-hati.blogspot.com/2008/10/eurocopter-naiib-atau-abdullah-kempunan.html


Berkaitan:

mSTAR OnLine melaporkan:




Berita »
Beli Eurocopter: BPR juga mula siasat

NILAI: Tumpuan terhadap isu dakwaan 'unsur-unsur tidak sihat' dalam pembelian helikopter Eurocopter EC725 Cougar bagi mengantikan Nuri semakin luas dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengumumumkan ia sudah mula membuka kertas siasatan berhubung isu itu.

Siasatan tersebut dibuat berikutan kritikan sesetengah pihak mengenai harganya yang terlalu mahal dan didakwa dipengaruhi pihak tertentu.

0 comments: