Gelombang Rakyat

Lawak Pemimpin - Bila Angka Up Bercanggah

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.



Rakyat Malaysia nii bukannya tahu apa sangat. Apa yang ditahunya ialah pemimpin semua baik. Pangkah tetap undi mereka.

Itu dulu.

Lain halnya bermula 2000...

Terutama bila para pemimpin bercanggah di antara satu sama lain.

Begini Lah jadinya.

Gamaknya Lah...

...

Pengurus Projek: Jadi harga sebenarnya projek ini RM 600,000. Saya submit RM 1 Juta, buat profit sikit...

Jambatan: Saya ada jalan bawak proposal nii ke atas. Tapi awak up sikit untuk saya. Sikit pun jadi Lah.

Pengurus Projek: Usah risau Lah. RM 400,000 itu saya bahagi 2 dengan awak.

Jambatan: Maksud saya, bahagian itu saya nak. Tapi you up sikit lagi, bulatkan jadi RM 1.5 Juta. I kena bawak beberapa orang kanan main golf.

Pengurus Projek: Baik Lah kalau gitu, janji masyiuk...

...

Jambatan: Kita main golf lagi Bos! Ada satu proposal projek cantik punya. Kita submit, up jadi RM 2 Juta Bos. Lepas Lah duit-duit curut.

Ketua: Baik Lah, tapi awak jangan makan lebih dari saya pulak!

Jambatan: Usah risau Bos! Saya dapat sisa serpih serbuk pun tak ngapa. Perot saya tak seboncit Bos...

(Ketawa)

...

Ketua: Makan puas-puas Bos!

Setiausaha: Saya rasa, kalau kita submit RM 5 Juta pun tak ada hal. Dia punya hari jadi minggu depan, kita belikan Lah jam tangan ke apa ke...

Ketua: Orait...

...

Penghujungnya...

Media melaporkan satu projek cadangan yang baik bernilai RM 2 Billion.

Pihak kerajaan menafikan suara pihak pembangkang, projek ini sebenarnya RM 1.5 Billion sahaja. Ada yang tersilap sebut sebagai RM 1.8 Billion.

Siasatan jawatankuasa khas mendapati tiada penyelewengan dalam projek ini. Semua telah ikut prosedur. Peruntukan RM 1.2 Billion itu adalah munasabah dan munasarawak.

Pihak pembangkang terus mendesak.

Wakil kerajaan mengumumkan projek ini ditangguhkan.

Kemudian.

Wakil kerajaan mengumumkan projek ini dibatalkan.

...

Kuang! Dho! Sye!!!

Berkaitan:

Dari Blog Muhammad Hanif...

Eurocopter: ‘Game High Profile’ Yang Ranapkan Wang Rakyat?

Salam Perjuangan…

Pengumuman Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) bahawa urusan pembelian Eurokopter EC725 Cougar tiada berlakunya penyelewengan mengundang pelbagai reaksi daripada pelbagai lapisan kepimpinan.

Aiman no2umno ya2paklah beli Eurocopter E725 Cougar 100,000 unit

Pada waktu ini, keputusan yang telah diambil ialah Eurocopter tidak akan dibeli sebab kita memerlukan peruntukan-peruntukan untuk banyak lagi projek-projek yang lain.Sumber photo: Blog PinkTurtle

"Bang! Bang!!"

Aiman Tak Kisah.

Aiman tahu sebab ada orang bising-bising Pak Lah terpaksa menunda pembelian Eurocopter E725 Cougar.

Tidak ada apa cacat-cela atau penyelewengan dalam urusan pembelian ini.

Telahpun mengikut International Standard Specification.

Itu kata Uncle Azmi ngan ahli dalam PAC.

Walaupun dikatakan tak sekata, namun yang tak sekata itu namanya pun tidak diumumkan. Pendengki.

Uncle Azmi itu baik orangnya. Cakapnya benar dan boleh dipercayai. Aiman percaya dia walaupun Aiman lebih lagi percaya akan Pak Lah.

Jika demikian, Pak Lah, beli Lah Eurocopter E725 Cougar ini berjumlah sebagai permulaan 100,000 unit. Kemudian belikan Lah seorang satu untuk setiap askar.


EUROCOPTER EC 725 COUGAR


Syok Ooo ada helicopter ini, Aiman boleh main combat-combat dengan Pak Lah.

Beli tau! Esok.




Berkaitan:

Dari Blog no2umno:

Nov 4, 2008

PAC cadang terus beli Eurocopter

PAC, katanya berpendapat, kerajaan perlu meneruskan pembelian helikopter...

Info sepenuhnya di sini:

http://no2umno.blogspot.com/2008/11/pac-cadang-terus-beli-eurocopter.html

Lawak Kereta - Mana Ada Pandu Uji Laa Nii..?

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.



Semasa masih kecil Busu selalu ikut ibu bapanya ke bandar, shopping. Diperhatikannya mereka.

Ibu: Ta Alif Wa Ra ler...

Bapa: Bemeramapeme?

Ibu: Miminteme semepumulohmoh dahmah leme.

Towkey: Imitumu dahmah mumurahmah. Nak Ta Alif Wa Ra amapeme lamagimi?

Fuwahkahmah!

Terkini bila dia pula bersama isteri bawa anak shopping, mana ada dah tawar harga. Terkecuali di tempat tertentu. Namun rata-rata semacam ada kesatuan menentu harga. Sama sahaja di mana pun. Terkecuali yang terlalu jauh dan terlalu terpencil.

Kini duit simpanan Busu sudah mencukupi. Dia menyimpan untuk membeli kereta idamannya. Motosikal buruk itu sudah tidak berguna lagi. Lagipun nanti bukannya boleh bawa masuk ke pekan atau bandar.

Busu perlukan kereta idamannya.

Dari satu kedai ke satu kedai. Setiap kali ini Lah yang berlaku.

Busu: Jadi, saya pandu uji dulu...

Jurujual: (Ketawa berdekah-dekah) Abang! (Ketawa berdekah-dekah) Ini kereta, (Ketawa berdekah-dekah) sedangkan Eurocopter E725 Cougar pun (Ketawa berdekah-dekah) tak dipandu uji. (Ketawa berdekah-dekah) Inikan pulak kereta. (Ketawa berdekah-dekah) Mana ada pandu uji laa niii? (Ketawa berdekah-dekah).

Lama-lama begitu Lah jadinya. Kepemimpinan Melalui Teladan.

Tak perlu fikir selamat
Tak perlu fikir selesa
Tak perlu fikir manfaat

Ada, tengok, order, bayar sahaja. No more test-drive!

...

Kuang! Baa!! nGang!!!


Bernas dari Blog Pahang Daily Online:

03 November 2008

Cyberita: Ulasan Rangkuman Berita, Isu Terkini Hal Ehwal Semasa Dari Pelbagai Sumber Media !!

Eurocopter: Keputusan PAC Tidak Sebulat Suara

KUALA LUMPUR: Keputusan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bahawa tidak ada penyelewengan dalam pembelian 12 unit helikopter bernilai RM1.604 bilion tidak sebulat suara Beberapa anggotanya berpendapat urusniaga untuk membeli Eurocopter EC725 Cougar bagi menggantikan helikopter Nuri yang berusia 42 tahun tidak dijalankan dengan sepatutnya. Mereka memandang berat hakikat bahawa urusniaga itu hanya dibuat untuk Eurocopter.
Bersambung di sini:

http://pahangdaily.blogspot.com/


Memang Lah, kalau yang ini, apa perlu dipandu-uji lagi, order dan bayar sahaja 18,001 unit. Habis cerita. PAC dah clear, boleh Lah beli sekarang!

Nasihat berikut tak perlu dengar lagi ke?

Used Car Test Drive

You should never buy a car without driving it first.

Auto Trader's Stuart Milne lists the do's and don’ts of the test drive.



Profile

Lim Kit Siang camakapmap amapeme pumulakmak? Kemeranmandeme Termerbangmang!!?

Are Nuris “flying coffins”?

Are Nuris “flying coffins”? If not, why not just upgrade them for a few hundred million ringgit, a small fraction of the cost as compared to the billion-ringgit purchase of Cougar EC725 Eurocopters, which are 40-year-old Cougars in any event?


Lamagimi mamahumu tamanyeme keme?

Beli Eurocopter EC725 Cougar - Kenapa Tunda?

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.



Adakah Rakyat Malaysia marah kerajaan beli Eurocopter EC725 Cougar? Penjelasan yang baik, akan menyedarkan kita bahawa pasukan pertahanan perlu kenderaan yang hebat ini untuk menggantikan kenderaan terdahulu yang terdapat beberapa peristiwa terhempas.

Itu sebenarnya.

Apa yang dipersoalkan ialah, cara bagaimana pembeliannya yang mana harga dibayar ada kelihatan pihak yang dapat komisyen yang luar biasa banyaknya.

Sebab itulah bising gamat kedengaran.

Tiada yang mempersoalkan keperluan membelinya, tetapi cara dan kos pembeliannya.

Jadi, keputusan untuk tunda dan alasan yang diberikan tidak tepat. Keputusan ini memperlihatkan ada sesuatu yang sedang disembunyikan. Jika tidak kenapa ada yang tersasul menyebut peruntukan perbelanjaannya sehingga perlu pinta maaf.

Sama-sama kita saksikan penemuannya tatkala sekarang siasatan sedang dijalankan oleh pihak berwajib.

Diharapkan Rakyat Malaysia mendapat penjelasan sebenarnya.

Seterusnya sila baca soalan kepada "misteri" isu ini dari kebijaksanaan Husam Musa:

Tuesday, October 28, 2008

Eurocopter: Najib atau Abdullah kempunan atau keduanya?

Eurocopter permainan siapa - Abdullah atau Najib?

Hari ini, Abdullah umumkan pembelian Eurocopter dibatalkan. Kenyataan pembatalan ini dibuat hanya 32 hari selepas Abdullah yang sama pertama kali mengumumkan mengenai rancangan pembeliannya pada 26 September tahun ini.

Sambungan di sini:

http://cetusan-hati.blogspot.com/2008/10/eurocopter-naiib-atau-abdullah-kempunan.html


Berkaitan:

mSTAR OnLine melaporkan:




Berita »
Beli Eurocopter: BPR juga mula siasat

NILAI: Tumpuan terhadap isu dakwaan 'unsur-unsur tidak sihat' dalam pembelian helikopter Eurocopter EC725 Cougar bagi mengantikan Nuri semakin luas dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengumumumkan ia sudah mula membuka kertas siasatan berhubung isu itu.

Siasatan tersebut dibuat berikutan kritikan sesetengah pihak mengenai harganya yang terlalu mahal dan didakwa dipengaruhi pihak tertentu.