Gelombang Rakyat

Buntu Politik Wang Dalam UMNO Tiada Jalan Bantu

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.


Politik Wang?

Meneliti maklumat dari dokumentasi pelbagai media, maka jelas menunjukkan bahawa Politik Wang ialah amalan yang telah diterima sebagai budaya dalam UMNO.

Amalan Politik Wang ini terkini semakin meningkat, membabitkan jumlah yang banyak, di tahap yang paling serius, dan mungkin turut menjadi permainan pemimpin atasan UMNO.

Dari aspek aduan setakat ini hanya sekitar 900 sahaja jumlahnya.

Dari segi takrif, Politik Wang bukanlah satu rasuah. Politik Wang ialah di mana calon membeli undi untuk menang dan menewaskan rakan calon.

Jika Politik Wang diakui sebagai satu bentuk rasuah, maka ianya termasuk di bawah bidangkuasa BPR, Badan Pencegah Rasuah.

Oleh kerana ianya hanyalah Politik Wang, maka laporan sekadar dikendalikan oleh Lembaga Disiplin UMNO.

Perihal amaran yang dilaungkan oleh penjawat Lembaga Disiplin UMNO ini sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Para pengamal Politik Wang tidak mengendahkan amaran yang dilaungkan.

Manakala, hukuman pula tidak menggentarkan para pengamal Politik Wang. Jika digantung daripada bertanding, tempoh gantung ini hanyalah seketika sahaja. Namun kelak setelah selesai menjalani tempoh tersebut, mantan pengamal Politik Wang boleh kembali bertanding dan kembali mengamalkan Politik Wang ini secara berterusan.

Apa yang disebut sebagai tindakan disiplin, ini ialah hukuman terhormat. Pengamal Politik Wang tetap dihormati, lantaran mereka sanggup menyediakan wang politik untuk menang, kerana manfaat, ganjaran, imbuhannya adalah berlipat kali ganda sedang menanti apabila menang kelak.

Politik Wang bukan satu dosa. Tidak difahami demikian dan tidak diperakui demikian. Malah, Politik Wang bukan suatu amalan yang berdosa. Tidak berdosa memberi wang politik dan tidak berdosa menerima wang politik.

Malah berdosa bagi seseorang yang telah menerima wang politik dari seseorang tetapi tidak mengundinya.

Namun dosa demikian terbatal kerana ada orang lain yang mahu menang telah memberikan wang politik dengan lebih banyak lagi. Maka penerima mendapat dua punca rezeki, dan bebas untuk mengundi pemberi wang politik dengan jumlah tertinggi.

Peranan pemantau juga masih belum dapat difahami sepenuhnya. Umpamanya, seseorang pemantau nampak berlakunya amalan Politik Wang di antara pemberi dan penerima di sebuah hotel pukul 11 malam. Barangkali dicatit, dilapor, namun tidak mampu mencegah.

Aduan yang banyak jumlahnya pula adalah bebanan kepada Lembaga Disiplin UMNO, kerana siasatan mengambil masa yang panjang.

Para pengamal Politik Wang dirasakan mengguna ejen pelobi, pengurus kempen, dan perayu undi, mungkin sebagai penyalur wang politik bagi pihak dirinya kepada individu yang mempunyai kuasa undi. Jika terbukti salah, maka bukan pengamal Politik Wang yang kena tindakan disiplin, tetapi ejen pelobi, pengurus kempen, dan perayu undi ini yang kena tindakan disiplin. Namun risikonya lebih rendah dari upah dan ganjaran yang diterimanya.

Mungkin Politik Wang hanyalah satu cemaran moral. Namun begitu, para pengamal Politik Wang tidak hairan akan isu moral ini. Mereka pemimpin yang ada kredibiliti, dan banyak cara untuk berjaya mengekalkan kredibiliti kepemimpinan ini apabila berjasa kepada parti dulu, kini, dan selamanya. Maka amalan wang politiknya seringkali cepat dilupakan.

Lucut jawatan kepada yang kena tindakan sedemikian boleh diseimbangkan dengan mengamalkan Politik Wang secara berpasukan. Individu yang kena masih terpelihara oleh individu yang terlepas apabila menang kelak. Hasil yang diperolehi kelak dikongsi bersama. Saling jaga menjagai.

Pemimpin yang dipecat atau lucut keahlian pula, jika sampai ke peringkat itu, akan mempengaruhi ahli untuk keluar dan menyertai parti pembangkang. Jika pihak pembangkang tidak menerima mereka, maka mereka mampu menggerakkan aktiviti sabotaj parti dari dalam.

Tengku Ahmad Rthauddeen Tengku Ismail
www.ukm.my


Utusan Malaysia OnLine melaporkan:

UMNO terima 900 aduan politik wang

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail meminta pucuk pimpinan UMNO segera menyelamatkan parti itu daripada kehancuran berikutan berleluasanya politik wang pada pemilihan sekarang yang disifatkan paling serius dengan lebih 900 aduan telah diterima setakat ini.

Berita lanjut di sini:

http://www.utusan.com.my/


InsyaAllah bersambung...

4 comments:

Tok Uban said...

Sdr. Zubli,
Senang aje nak selesaikan masaalah ni, suruh mahkamah haramkan umno, lepas tu, tubuhkan umno malaysia lak. malaun politik wang tu, jangan bagi jadi ahli...macam mana....ada berani....

Gelombang Rakyat said...

Saya amat bersetuju dengan Tok Uban.

Saya sependapat.

UMNO patut diharamkan. Parti baru ditubuhkan. Malaun Politik Wang tidak boleh menjadi ahli.

bungaraya said...

Zaman dulu MANDI SAPAR adalah amalan hidup masyarakat melayu kita. Kini budaya tersebut sudah pupus kerna kita tidak lagi menganggapnya sebagai budaya yang dibenarkan dalam agama kita.
Rasuah ni sekalipun anda anggap sebagai sudah menjadi budaya kita, tetapi saya rasa masih terdapat cara untuk mengatasinya dan mennyahkannya dari amalan kehidupan harian kita.

Gelombang Rakyat said...

Terima kasih Bungaraya,

Setakat ini Tengku Ahmad Rithauddeen pun masih mencari jalan penyelesaiannya, namun masih belum menemuinya.