Lawak Pemimpin - Yang Geliga, Yang Gila Dan Yang Giler-giler
Zubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.
Ilham dari sini:
http://thecomedynet.com/
Di suatu masa nanti akan ada sebuah Hospital Khas. Ya, Hospital Pemimpin Gila atau HosPeGil, khas untuk para pemimpin yang telah didapati Gila. Ini Lah akibatnya kerana menjadi pemimpin di zaman ramai yang guna Internet telah mendedahkan perlakuan buruk mereka. Terutama yang ada skandal dahsyat punyia.
Entah Lah...
Begini gamaknya...
...
Warden 1: Mana pulak datangnya itu?
Warden 2: Mereka yang dalam bas itu kah?
Warden 1: Ha-ah Lah, daripada mana datangnya?
Warden 2: 10 Orang dari Parti Pemerentah, lagi 10 dari Parti Pembangkang.
Warden 1: Semakin hari semakin ramai yang masuk ke sini.
Warden 2: Senang sahaja. Yang penuhkan HosPeGil ini ialah mereka yang betul-betul Gila. Ada yang Giler-giler, kita uji mereka dan kita boleh keluarkan surat supaya mereka keluar kerana sudah pulih. Boleh mereka sertai Pemimpin yang Geliga nun di luar sana.
Warden 1: Iya tak ya jugak. Petang ini kumpulkan semua mereka yang lama, kita buat ujian. Kita tengok siapa yang kekal di sini dan siapa yang sudah boleh keluar.
...
Warden berdua pun melukis satu pintu di papan putih yang paling besar. Kemudian menyediakan ayam panggang sebagai upahnya.
Warden 2: Baik Lah, kamu semua. Nampak tidak pintu ini, siapa yang boleh bukak pintu ini dan keluar, bebas merdeka, kami akan upah ayam panggang seekor seorang.
Mendengar itu, semua bangun dan meluru ke pintu lukisan itu. Berebut, bertolak, hendak lepas keluar. Ada yang benjol dahi kerana terhantuk papan putih itu.
Kedua Warden menggelengkan kepala menyaksikan mereka semua. Tiada harapan nampaknya. Kemudian mereka terdengar suara ketawa, dan memandang ke arah dua orang bekas pemimpin yang masih duduk di kerusi masing-masing. Warden tersenyum riang, sekurang-kurangnya ada dua orang yang mungkin boleh keluar dan mengosongkan HosPeGil hari ini.
Warden 1: Awak berdua kenapa tak serbu pintu itu? Tak nak keluar ke?
Serentak: Macam mana dia orang boleh dapat keluar? Kunci pintu itu, kami yang pegang.
...
Kuang! Ghi!! La Gak!!!