Gelombang Rakyat

Contoh Pos Di Blog Oleh Blogger Yang Beretika Seperti Syor Syed Hamid Albar

Ini satu eksperimen.

Contoh pos di Blog oleh Blogger Yang Beretika, mungkinkah memenuhi syor Syed Hamid Albar.

Mari kita mulakan.

Ada yang mengatakan amalan politik wang dalam UMNO beleluasa dan serius. Tidak lah diketahui sama ada Syed Hamid Albar sendiri pernah menyuarakan hal amalan politik wang ini serius. Namun, adalah dirasakan dengan percaya dan yakin Syed Hamid Albar tidak menyuarakan sedemikian.

Sebenarnya amalan politik wang dalam UMNO tidak serius. Mungkin seorang atau kurang dari itu yang mengamalkan politik wang dalam UMNO.

Perhatikan:

BERNAMA melaporkan:

23 November, 2008 12:00 PM

30 Peratus Aduan Politik Wang Dalam Umno Berunsur Fitnah

Oleh Noor Hayati Muda

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Di sebalik kecaman lantang pelbagai pihak terhadap amalan rasuah politik dalam Umno serta peraturan dan tindakan tegas parti bagi membanteras gejala ini, perbuatan ini dikatakan terus berleluasa setiap kali Umno melalui proses pemilihan pemimpinnya di pelbagai peringkat.
Tengku Ahmad Rithaudden Tengku Ismail
tunkuaisha.blogspot.com
Tambahan lagi, dalam laporan yang sama, Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata:
"Menerusi penelitian saya, daripada sejumlah aduan yang kita terima, 30 peratus adalah berunsur fitnah atau `frame up' iaitu orang yang kalah nak aniaya calon yang menang dan sebagainya."
Dari aspek etika blogger untuk blogger, ini jelas menunjukkan politik wang dalam UMNO tidak seperti yang disangka ramai. Aduan tidak menunjukkah sampai 100 % sah. Hal ini jelas dari jumlah aduan, 30 peratus tidak sahih. Bakinya cuma sedikit sahaja, yakni hanya 70 peratus.

Dengan yang demikian Lembaga Disiplin UMNO tidak perlu menyelesaikan baki 70 peratus aduan tersebut dengan segera. Siasatan boleh dilengahkan, memandangkan amalan politik wang 30 peratus telah didapati berunsur fitnah atau 'frame up'.

Tahniah UMNO!!!

2 comments:

tepet said...

den mampu songih je....

Gelombang Rakyat said...

Tepet,

pada orang politit 30 peratus adalah lebih penting daripada 70 peratus.

Hahahahaha...