Isu 30% Soalan no2umno dijawab Blogger Yang Beretika (Mungkin)
0 Comments
»
Ramai orang pening dengan isu 30 peratus aduan yang berunsur fitnah dan "frame up" aduan kepada Lembaga Disiplin UMNO.
Sepertimana pos no2umno.
Sebagai Blogger Yang Beretika sebagaimana yang disyorkan oleh pemimpin penuh beretika dari parti yang bersih, Syed Hamid Albar, petikan pos no2umno diakhiri setakat konon sahaja, yakni 30 % daripada perenggan pertama. Baki 70 % lagi dan seterusnya sila klik di sini:Nov 23, 2008
30% .... Macamana dia kira?
“Kami sedar banyak rungutan konon...
http://no2umno.blogspot.com/2008/11/30-macamana-dia-kira.html
Menjawab soalan ini secara bukan secara rasmi mewakili UMNO, hanya sebagai Blogger Yang Beretika sahaja, begini ya.
Memang terkumpul sebanyak 900 aduan. Jumlah ini ialah satu jumlah dari kemungkinan 90,000 aduan semuanya. Jadi jumlah 900 aduan ini kecil berbanding kemungkinan 90,000 aduan. Bersamaan 1 % sahaja.
Jadi dari sudut aduan, tidaklah serius isu ini.
Mari diteliti jumlah 1 % itu.
Dari 1 % itu, hanya 40 peratus sahaja yang melibatkan politik wang. 60 peratus adalah lain-lain selain politik wang.
Maknanya yang dikatakan politik wang itu hanya 0.4 % sahaja.
Setelah disiasat didapati pula 30 peratus adalah fitnah atau "frame up", ertinya jumlah yang dikatakan politik wang itu semakin mengecil dan sedikit sahaja.
Telitian seterusnya ialah kepada yang dikatakan fitnah atau "frame-up" ini, memandangkan kes politik wang dalam UMNO tidak seserius mana pun.
Dengan yang demikian UMNO tetap unggul sebagai sebuah parti yang bersih. Ini adalah kerana para pemimpinnya ialah beretika.
...
Adeh!