Gelombang Rakyat

Kehebatan Najib Tuju Kerusi PM

dsaa


sdas

Mohd Najib Abdul Razak tidak punyai idea baru. Dia hanya akan menyambung kesinambungan idea lapok Abdullah Ahmad Badawi.

Ya, idea lapok yang telah membawa kekalahan Barisan Nasional pada PRU 12. Kesinambungan idea yang bakal membawa kekalahan Barisan Nasional dalam PRU 13.

Harakah Daily Net melaporkan:

... Mahathir Mohamad
www.abc.net.au
Khamis 20 November 2008 | 21 Dzulka'edah 1429 Hijrah
Peralihan kuasa sia-sia - Dr Mahathir
Abdul Aziz Mustafa
Thu | Nov 20, 08 | 2:47:28 am MYT

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Hrkh) - Jika Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meneruskan polisi-polisi yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, sia-sia sahaja peralihan kuasa, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jika ada yang mengharapkan perubahan hasil daripada peralihan kuasa di antara Abdullah Ahmad Badawi kepada Mohd Najib Abdul Razak, tiada apa yang boleh diharapkan.

Ibarat air jernih yang telah tertuang ke dalam gelas kotor, dituang pula ke dalam satu lagi gelas kotor.

Jernih air yang telah bertukar kepada keruh, kekal keruh.

Sesuatu yang sia-sia dan tidak memanfaatkan Rakyat Malaysia.

Barangkali Barisan Nasional perlu memikirkan peralihan kuasa bukan daripada Abdullah Ahmad Badawi kepada Mohd Najib Abdul Razak, malah dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat.

Pahang Daily OnLine melaporkan:

20 November 2008

Agenda Perubahan : Pertemuan Pimpinan Tertinggi, Bukti Pakatan Rakyat Makin Utuh !!

PETALING JAYA - Retreat Pakatan Rakyat malam semalam, yang pertama sejak pilihan raya umum ke-12

0 comments: