8 Mac 2009 Menjelang Tiba Kerajaan BN Tidak Sepatutnya Memerentah Malaysia Lagi..!
Tiada manfaatnya para pemimpin Barisan Nasional kekal di kerusi masing-masing. Sebelum PRU 12, ini kerajaan yang buruk dan teruk. Selepas PRU 12, ini kerajaan juga yang terus buruk dan teruk.
Petandanya sudahpun dilihat Mahathir Mohamad.
mSTAR OnLine melaporkan:
Mutakhir
PETALING JAYA: Dalam siri kritikan mengenai perkembangan dalam Umno, parti yang diterajui selama 22 tahun, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, kelakuan buruk ahli dan pemimpin Umno kali ini besar kemungkinan menyebabkan Barisan Nasional (BN) dan parti itu kalah.
Kini di tangan kita usaha untuk menjadikan pandangan Mahathir Mohamad suatu realiti. Realiti yang kita impikan bersama. Realiti yang memihak kepada kita Rakyat Malaysia.
Kita mampu pastikan hanya pemimpin sebenar menjadi Perdana Menteri Malaysia. Hanya gabungan sebenar menjadi Kerajaan Rakyat yang memanfaatkan kita semua.
Para pemimpin dan Barisan Nasional tidak berguna lagi.
Biarlah mereka bercakaran sesama sendiri perihal remeh yang tidak memanfaatkan kita pun. Kita perlu, boleh dan mampu mengangkat diri kita supaya maju, tanpa para pemimpin ibarat melukut di tepi gantang, dan Barisan Nasional yang ibarat kapal besar menanti tenggelam dengan sendirinya.
betoi sangat-sangat,dan aku setuju 100% dengan artikel ini dan aku menyarankan semua rakyat agar kita cuba dan bagi peluang ini untuk anwar dan PR,dan aku juga yakin yang anwar dan PR tidak akan mengkhianati kepercayaan yang kita bagi ini.
Anwar Ibrahim www.cnbc.com |
Peranan Kita?