Gelombang Rakyat

Lawak Pemimpin - Bila Mentalitinya Sposen

10 Sen
alephcoin.blogspot.com
10 Sen
alephcoin.blogspot.com



Seruan: Sysst! Diam, dengar, pemimpin sedang berucap:

Selalunya harga barang tak turun. Naik ada. Kenapa pulak harga barang mahu diturunkan? Para pengusaha di kalangan peniaga diutamakan oleh Kerajaan. Rakyat, pandai-pandai Lah nak hidup.

Setiap Rakyat Malaysia mesti Lah ikut akan Kepemimpinan Melalui Teladan.

Tengok pemimpin kita, harga barang naik ke, tak turun ke, tiada yang bising. Rakyat Malaysia, itu Lah, bising bila harga barang naik, bising bila harga barang tak turun.

Apa barang?

Lepas itu usah Lah ditanya lagi.

Senang cakap, susah pun tak cakap.

Harga barang tak dikawal, itu naik mencelanak Lah kan.

Harga barang yang dikawal, akan dimesyuarat lama setelah dikaji dikaji dikaji dikaji dikaji...berapa banyak kali dikaji daa...baru Lah diputuskan mekanisma nya. Sementara mekanisma dicari dicari dicari dicari dicari...berapa lama mahu dicari daa...jimat Lah dan agak-agak Lah apa mau makanma.

Terkini, mekanisma mau makanma, ialah semua barang kemungkinannya barangkali agaknya Lah gamaknya, akan turun sposen.

Contoh:

Minyak petrol dan diesel, turun sposen...

Roti Canai turun sposen...

Teh Tarik turun sponsen...

Harga beras, turun sposen.

Kecuali Beras Padu, Beras Terpilih, Beras Melaka. Ini terpulang Lah kepada Hasbullah Pit jika dia nak pulang atau tidak pulang, untuk menurunkan harga berasnya.

Oh ya, harga motor nanti kejap. Begini... (3 sen, 3 sen, 3 sen, dan 1 sen sebelum PRU 13, untuk mengelakkan dan tidak menggalakkan rempitan)

Harga kereta turun sposen...

Harga rumah turun sposen

Lain-lain barang juga begitu. Sposen.

Kecuali telor. Sebab sebijik telor harganya ialah 32 sen. Kalau dua telor, kira Lah sendiri. Jika harga telor turun sposen, macam mana ayam nak bertelor kan? Lagi pun nasik lemak tidak sedap jika tidak dibubuh telor, sama ada telor rebus, atau telor goreng, atau lain-lain telor dihidang menyelerakan.

Demikian Lah, dari hati dan minda menteri dan para pemimpin, dan dari semasa ke semasa, akan muncul lagi idea yang bernas. Seperti contohnya tidak lama lagi, semua jenis mee kecuali mee sanggol; kueh teau, kecuali kueh mueh; dan mee hoon. Semua penurunan harga makanan ini tertakluk kepada mekanisma yang dapat mempertahankan harga telor supaya tidak turun-naik, malahan kedudukan telor adalah tetap dan konsisten.

Debusy! Debush!! Dezusyh!!

Pertanyaan: Apa pasal pulak tuu?

Jawapan: Entah Lah, ada orang baling 3 bijik telor Lah ke arah dia. Habis baju kot nya bersepai telor dengan harga 9 sposen campor 6.

...

Kuang! Debusyh!! Busyh!!!

0 comments: