Lawak Pemimpin - Blogger Yang Beretika
2 Comments
»
Syed Hamid Albar www.bernama.com |
Apa macam intro di atas, baik punyia? Orait..!
Untuk mengetahui apa cerita. Sila klik Blog KTemoc Konsiders.
Maka lawak Lah jadinya. Entah Lah. begini gamaknya...
...
Blogger 1: Syukur Lah sesudah menteri cakap begitu, kita pun setuju untuk beretika menggunakan kod yang memang cantik, mereka sediakan sebagai garis panduan. Teladan terbaik ialah seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagai Blogger yang Unggul.
Blogger 2: Ertinya kita tidak boleh kritik menteri Lah?
Blogger 1: Bukan tidak boleh kritik. Boleh. Tetapi pos Lah yang baik-baik dahulu mengenai seseorang menteri itu.
Blogger 3: Jika tiada apa yang baik mengenainya?
Blogger 1: Cari Lah kebaikannya di masa lalu. Semasa dia kecik-kecik dulu. Jika tiada, cari lah kebaikan yang bakal dibuatnya kelak. Jika tiada, cari Lah kebaikan yang berkemungkinan dia akan buat. Cari Lah, mesti ada punyia.
Blogger 4. Kalau dari kecik sampai sekarang dan akan datang dia memang tidak berguna langsung. Dibuatnya kenyataan yang bangang macam orang bebal bahalol, macam mana?
Blogger 1: Olah sedikit. Usah Lah tulis dia bangang. Tulis Lah dia mungkin kurang cerdik sedikit kali ini. Tak usah tulis sesuatu langkah itu tidak berkesan langsung. Tulis Lah, kemungkinan kesannya ada walaupun sedikit. Sebelum kita upload, kita rujuk dahulu dengan kementerian berkenaan supaya menepati garis panduan kod etika tersebut. Bila sudah diluluskan, baru kita klik publish. Ini mengelakkan hearsay. Sebaiknya kita say hear. Baru betul.
Blogger 5: Kalau gitu, kita semua bersetuju supaya beretika. Lagi pun kita perlu seimbang dalam pendekatan kita. Kita tidak boleh kelihatan menghentam kerajaan pusat dan menyokong kerajaan negeri pembangkang.
Blogger 1: Bagus. Begitu Lah yang sepatutnya. Ingat ya, semasa menulis pos dalam blog, berpakaian Lah seperti fofesyenal. Jangan pakai kain sarung sahaja. Tak usah Lah berkain pelikat atau berkain batik sahaja. Pyjamas pun tak usah ya. Jangan pulak tak pakai apa-apa pakaian.
...
Kuang! Po!! Rrah!!!