Gelombang Rakyat

Najib Yang GloKal Baru Sedar Keadaan Ekonomi Global

Rakyat Malaysia memang tahu ekonomi Malaysia teruk, menguncup, dan merudum. Para pemimpin Pakatan Rakyat tahu, mereka ada angka dan fakta. Pakar ekonomi memang lah lagi tahu.

Pelajar Sekolah Tingkat 6 pun tahu.

Mohd Najib Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, dan Menteri Kewangan I Malaysia tidak tahu.

Ekonomi Malaysia mantap katanya. Semua fundamental baik, katanya lagi. Malaysia tidak terjejas dengan keadaan ekonomi dunia, kata laginya.

Siapa yang kata ini?

Mohd Najib Abdul Razak semacam membaca skrip Menteri Kewangan II Malaysia.

Di Malaysia boleh lah kedua-duanya buat lawak.

Tetapi bila di Lima, Peru, baru dia tahu! Nasib baik lima, kalau Enam, macam mana?

Selanjutnya:

Shukri Suratman sent a message to the members of chedet.com FAN CLUB.

--------------------
Subject: Alhamdulillah, Najib Tersedar Di Lima, Tun Dah Kejutkan Awal...Sebulan Yang Lalu..

Krisis kewangan global sekarang lebih buruk daripada kegawatan 1997 – Najib

22/11/2008 1:20pm

LIMA 22 NOV. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan krisis kewangan global yang melanda dunia sekarang lebih buruk daripada kegawatan ekonomi 1997 kerana ia menjejaskan keupayaan Malaysia untuk mengeksport lebih banyak produknya ke negara-negara lain.

“Negara-negara maju terjejas teruk kerana krisis sekarang dan akibatnya peluang untuk kita mengeksport (produk-produk) turut terjejas,” kata Najib pada sidang akhbar di sini semalam. Beliau berada di ibu kota Peru ini untuk menyertai sidang kemuncak tahunan pemimpin-pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Hari ini Najib mengambil bahagian dalam dialog Majlis Penasihat Perniagaan APEC dan beliau telah diminta oleh APEC untuk menghuraikan perbezaan antara kegawatan 1997 dan krisis kewangan global 2008 berdasarkan pengalaman Malaysia.

- Utusan\
Sudah mula kedengaran suara bahawa Mohd Najib Abdul Razak ibarat kata, boleh setara pelajar sekolah tingkatan 6 dalam memahami ekonomi Malaysia, jika tidak mendapat tutorial dari Menteri Kewangan II Malaysia.

Sama-sama kita tengok, Mohd Najib Abdul Razak dapat sefaham mahasiswa jurursan ekonomi universiti atau tidak kelak...

2 comments:

Anonymous said...

Najib....Najib awat la hang ngok sangat. Selama
ini hang tidoq ka atau memang hang mengaji tak abih? Mai balik... jangan dok kat sana lama-lama..... buat malu ja. Balik sini hang sambung ngaji dan hang jangan nak pikiaq pasai betina ka, entot-entot ka...... nanti aku luku kepala hang!!!!!! Apa punya Menteri Kewangan! Tu..... ada hati nak jadi PM, mampuih negara ini nanti hang buat. Eish..... hang tak dak kemaluan ka?????????

Gelombang Rakyat said...

Najib?

Malu.

Besar malu dibuatnya...

Semoga dia start balik mengaji bermula Alif dan A B C.