Lawak Pemimpin - Cakap Tak Serupa Bikin
Entah Lah, sudah ramai sangat Pak Lawak di kalangan para pemimpin kita, jenuh Lah pos bahan begini di Blog ini.
Dalam keperitan hidup dan kesengsaraan akibat kepemimpin komedi mereka, ini Lah sugar-coating pill yang kita telan seharian.
Ilham dari no2umno:
http://no2umno.blogspot.com/
Ahli 1: Hang tau dak, dia ni Lah pemimpin yang paling mementingkan diri dan keluarga melebihi parti, rakyat dan negara.
Ahli 2: Hang nak pii ka tak mau ni?
Ahli 1: Tak dak satu kebaikan yang dikongsinya semasa dia memimpin.
Ahli 2: Aku harap sangat Hang pii, sebab aku nak pii dengar..!
Ahli 1: Dia pemimpin yang tak ikhlaih, tak jujur, politik wang paling tinggi dahsyatnya.
Ahli 2: Aku kalau hang tak pii, aku tak syiok..!
Ahli 1: Dia pemimpin yang paling tidak bertanggungjawab. Bila jaga pun lagu tuu, bila tidoq majlis rasmi, lagi lah lagu tuu.
Ahli 2: Kalau hang ada baru aku syiok..! Jom lah. Mana tau ada endelop kah diedarkan. Paling kurang pun kain palikat kah. Jom lah.
Ahli 1: Aku kalau dapat kain pelikat sehelai lagi, dalam majlis tu nanti aku treban segala meja ngan kerusi.
Ahli 2: Apa depa bagi ambik saja lah. Tak mau kalu, kita juai kat pasar malam. Jom lah, kita pii dengar ucapan pemimpin kita kat dewan nuu. 10 minit lagi start...
Di dewan:
Ucapan Pemimpin:
Parti kita tidak perlu ada pemimpin yang paling mementingkan diri dan keluarga melebihi parti, rakyat dan negara. Kita perlu tolak pemimpin semacam ini. Jangan bagi chance pemimpin begini duduk dalam parti kita.
Kita mahukan pemimpin yang sudi dan mampu kongsi manfaat dengan semua ahli parti.
Pilihlah pemimpin yang ikhlas, yang jujur, dan bersih daripada amalan politik wang.
Pilihlah pemimpin yang bertanggungjawab. Pemimpin yang alert di dalam majlis rasmi atau pun sebaliknya.
Oh ya! Sebagai penghargaan kehadiran anda semua di mijlis ini, ada buahtangan sedang diedarkan oleh sebuah syarikat yang namanya tidak mahu disebutkan di sini.
Terimalah, terima kasih...
Seterusnya, dalam era globalisasi...
Mesyuarat terhenti, kerana ada orang membaling kerusi dan meja..!
...
Kuang! Ro!! Shak!!!
http://www.animationplayhouse.com/