Gelombang Rakyat

Rakyat Malaysia Siap Sedia Satu Tempoh Paling Teruk Kepemimpin Yang Buruk

Demi keharmonian Rakyat dan Kemakmoran Negara Malaysia, harapan masih diletakkan kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

PRU 12 menunjukkan Barisan Nasional belum kalah sepenuhnya, dan Pakatan Rakyat belum menang sepenuhnya.

Hal ini telah memberi gambaran Abdullah Ahmad Badawi mahu terus kekal di kerusinya, sedangkan tidak banyak manfaat yang disempurnakannya untuk seluruh Rakyat dan Negara Malaysia.

Mujurlah ahli dan para pemimpin UMNO telah senada dengan kita supaya Abdullah Ahmad Badawi bersara awal.

Sumber Foto: http://www.kennysia.com/

Masalah utama negara dijangka selesai sebaik sahaja persaraan ini menjadi rasmi. Jika tidak sengsara kita berterusan.

Apakah sengsara ini akan berterusan lagi selepas itu?

Mohd Najib Abdul Razak
gerbanginformasi.wordpress.com

Ya, jika pemimpin seterusnya ialah Mohd Najib Abdul Razak, dan para pasukannya ialah dari UMNO, dan para pemimpin enggehan parti Barisan Nasional.

Dari pemilihan parti yang sedang berlangsung, kita sudah boleh lihat pemimpin bagaimana yang akan dibariskan untuk menerajui negara.

Dengan mengetahui sedikit gambaran mengenai politik wang yang berlangsung, maka tempoh balas cemaran itu bakal memakan masa yang lama, barulah kita dapat merasai nikmat kehidupan jika ada bakinya lagi.

Jadi Rakyat Malaysia bersiap sedialah bila masanya tiba agenda lapok akan berterusan, keputusan yang tidak memihak kepada kita akan banyak diperkenalkan.

Diharapkan kita dapat bertahan sehingga PRU 13, jika sekiranya tiada pencapaian hasil gerak Anwar Ibrahim dan rakan pemimpin sebenar dari Pakatan Rakyat.

Anwar Ibrahim
www.powerofculture.nl

Sama-sama kita saksikan apa yang bakal berlaku seterusnya...

0 comments: