Gelombang Rakyat

Lawak Pemimpin - Kempen Budi Bahasa Di Dewan Yang Mulia

Entah Lah.

Bagaimana agaknya Kempen Budi Bahasa Di Dewan Yang Mulia itu kelak?

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.


Begini gamaknya:

...


Yang DiPertua: Mari Lah kita mulakan kata bersuara dengan budi bahasa juga adanya.

MP 1: Awal bismillah pembuka kata. Ada pun di Dewan yang mulia ini, pihak yang empunya kuasa, kini mengusul kenaikan harga petrol dan diesel setinggi mungkin, cuma RM 4.80 sen sahaja seliter, demi menyelamatkan niaga pengusaha stesyen minyak wahai Yang DiPertua yang bijak adil laksana.

MP2: Bukan Lah kiranya tidak bersetuju atau pun membangkang. Namun molekkah harga ini dikaji semula demi keutamaan kepada Rakyat jelata, wahai MP 1.

MP 1: Usah Lah ada yang menyangka bahawa tidak pula prihatin yang empunya kuasa kepada Rakyat Jelata, sedangkan rebet yang telah diberikan, akan diambil semula. Demikian putus jemaah pemimpin yang berkuasa.

MP 3: Bijak sungguh keputusan itu adanya. Maka selain rebet adakah buah fikiran yang bernas lagi oleh pihak yang empunya kuasa.

MP 1: Ada Yang DiPertua dan MP3. Bahawasanya, harga minyak petrol dan diesel akan dinaikkan dua kali ganda tahun depan, dengan sistem yang padu lagi berkesan.

MP 4: Tiada Lah dapat saya berkata apa. Namun keputusan tersebut bijak belaka.

MP 1: Jika Dewan yang mulia ini setuju, tidak perlu tahun depan. Tahun ini juga sesama kita naikkan harga petrol dan diesel RM 18.40 sen seliter, dan berkuatkuasanya selama 100 tahun.

MP 6: Keputusan dan tindakan yang amat baik, pada saya, Yang DiPertua. Semua ini akan memajukan para pengusaha stesyen minyak dan memakmorkan mereka sebagai peniaga.

MP 7: Yang DiPertua, apakah mengizinkan kami ramai ramai mengucup, mencium, dan menjilat tangan berjabat MP 1..?

Yang DiPertua: Saya mengizinkan niat dan perbuatan yang baik itu. Namun, sebarang kucupan, ciuman, dan jilatan, diharap tidak Lah mengambil masa yang panjang. Cukup Lah sekadarnya. Sebab selepas ini, kita akan fikir bincangkan perihal kenaikan harga pengangkutan awam pula.

...

Kuang! Jeng!! Jeng!!!



Berkaitan:

Dari Blog Perisik Rakyat:

Monday, November 03, 2008

Kempen Berbudi Bahasa?

Kempen Budi Bahasa akan diperhebatkan dalam kalangan anggota Parlimen kerana mereka adalah contoh terbaik untuk diteladani oleh rakyat, kata Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

http://perisik-rakyat.com/2008/11/kempen-berbudi-bahasa.html
InsyaAllah, bersambung...

0 comments: