Gelombang Rakyat

biGlory - Tumpuan 4 Petang Ingin Tahu Berapa Bilion Mini Bajet Itu Najib..? Malaysiakini

Zubli Zainordin

P
emaju Masyarakat


biGlory

Blogger Rakyat Malaysia

Teruja nak tahu. Sebab angka sebenar tidak dikasi maka terdapat pelbagai spekulasi.

Harap agar harapan Rakyat jadi basi.

Ini adalah kerana sudah terdapat kritikan pemimpin berwibawa bahawa bajet mini ini kecil dan terlambat.

Harap sepinggan dapat sepiring. Harap nasik yang dapat bubur.

Tumpuan 4 petang ini...Parlimen...

Malaysian Minister of Defense, Najib Razak, pi...Image via Wikipedia


Malaysiakini melaporkan:
  • Berapa bilion
    bajet mini Najib?
    Mar 10, 09 11:11am
  • najib and malaysia economyPakej rangsangan kedua yang dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak petang ini menimbulkan spekulasi - dijangka melebihi jumlah awal RM10 bilion.LAGI
  • Sehingga melebihi RM50 billion
    Bacaan kali kedua 4 petang ini

InsyaAllah, bersambung...

Reblog this post [with Zemanta]

BiGlory - Kelab Greenboc Pos Saifuddin Sebut Altantuya Siaran Akhbar Peranchis Di Parlimen...! Malaysiakini

Zubli Zainordin

P
emaju Masyarakat


biGlory

Blogger Rakyat Malaysia









BN Cuba Tutup Kes Najib & Altantuya di Parlimen

Di parlimen kelmarin Ahli parlimen Barisan Nasional enggan memberi laluan kepada wakil Parti Pakatan Rakyat Saifuddin Nasution untuk menengahkan laporan akhbar Perancis yang menunjukkan Najib dan Altantuya saling mengenali.

Lagi di sini:

http://greenboc.blogspot.com/



Channel Icon
greenboc

Ahli parlimen Barisan Nasional enggan memberi laluan kepada wakil Parti Pakatan Rakyat untuk menengahkan laporan akhbar Perancis yang menunjukkan Najib dan Altantuya saling mengenali.
Ahli parlimen Barisan Nasional enggan memberi laluan kepada wakil Parti Pakatan Rakyat untuk menengahkan laporan akhbar Perancis yang menunjukkan Najib dan Altantuya saling mengenali.
Category: News & Politics

Malaysiakini:
Akhbar: Najib jumpa Altantuya di kelab
Mar 5, 09 3:20pm
Sebuah akhbar Perancis mendakwa timbalan perdana menteri pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.

Diam sahajakah kita..?

SARM & SPHM - Hebat Sungguh Pak Lah - Apa Dibentangkannya Jauh Berbeza Dari Yang Dulu

Abdullah Ahmad Badawi
www.topnews.in
Mungkin sebelum bersara awal, dan bukan kerana hendak tinggalkan legasi, Abdullah Ahmad Badawi membentangkan di Parlimen, untuk bacaan, bil berkaitan Suruhanjaya Anti-Rasuah Malaysia, dan Suruhanjaya Perlantikan Hakim Malaysia.

Telah kedengaran suara yang menyatakan itu mengecewakan.

Dari Blog Suara KeADILan OnLine:

The MACC and JAC Bills - a disappointment

Khamis, 11 Disember 2008 • Kategori: Berita Utama

The JAC is completely different from that proposed by Zaid Ibrahim

By Wong Choon Mei

Opposition MPs and many analysts continued to express disappointment over new law proposed by Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi to curtail corruption - warning the lack of substance may spark a backlash from both the people and investors who had been expecting much better.

Mungkin kita perlu kaji dan melihat benarkah kandungannya berbeza dengan apa yang diutarakan sebelum ini oleh Zaid Ibrahim.

Ataukah ada banyak persamaan, umpamanya dari segi pemilihan perkataan, ayat yang disusun, gaya penulisan, font yang digunakan, cara perenggan dibuat, dan kertas yang digunakan.

Tentu ada persamaannya.

Tak kan Lah hal yang sebegini penting pun Abdullah Ahmad Badawi nak terus buat lawak pun lagi...
Sivarasa Rasiah
www.sivarasa4subang.com
Jadi molek bahawa pandangan Sivarasa Rasiah direnung semula, bila dia berkata:
“But what is being proposed now does not interrupt the prime minister’s prerogative at all and requires only a simple majority at parliament. It is a complete disappointment because it maintains the status quo. Nothing is changed, it is the same old situation.

Sambungan di sini:

http://www.suarakeadilan.com/
Sama-sama kita pelajari bila ahli dan pakar bidang berhujjah perihal ini, seterusnya...

Memang Lah, kita tidak molek mengharapkan perubahan dari kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Dia memang tidak boleh diharapkan lagi. Elok bersara awal sahaja Lah. Tak payah Lah bentang apa-apa lagi. Sudah tahu dah, memang mengecewakan.

Lawak Pemimpin - 3 Usul Tarik Perhatian Speaker Dewan




Ada Ahli Parlimen yang tidak faham, dalam Dewan itu ramai Ahlinya. Jadi macam mana Speaker Dewan nak nampak semua.

Jadi sesiapa yang nak bercakap atau mencelah tidak berpeluang. Apatah lagi Ahli yang bangun berkali-kali nak bercakap sejak semalam, sedangkan setiap kali dia bangun, Speaker sedang menoleh ke kanan atau ke bawah.

Jadi, mestilah ada satu sistem yang terbaik untuk tujuan ini. Tak kan Lah hal semudah inipun pihak yang bertanggungjawab tidak boleh tangani dan atasi. Supaya adil kepada setiap ahli.

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.


Jika ada cadangan beritahu, dan berikut 3 usul:

Pertama: Speaker hendaklah memakai kaca-mata wide view. Membolehkan dia nampak persekitaran 300 darjah. Kaca-mata ini boleh diperolehi bukan dari Budak Kaca Mata.

Kedua: Memasang alat berharga murah, sepertimana yang dipasang di Bank, siapa picit dahulu, kawasan Parlimennya dilaungkan kuat. Alat ini boleh tanya pihak Bank, depa beli kat mana?

Ketiga: Pemasangan gadget digital tanpa wayar yang bila dipicit oleh Ahli, Speaker akan terasa kesan elektrik yang memberinya kesedaran kawasan mana yang perlu dibenarkan bercakap. Jika kawan lain dipilih juga kejutan elektrik akan mula mendenyutnya. Jika ramai ahli yang memicit gadget, Speaker baru perlu dilantik setiap sidang Dewan menggantikan yang tidak berlaku adil. Speaker yang adil boleh bertugas hingga ke anak cucu.

Ada lagi usul..?

...

Kuang! Sam!! Phoi!!!

Nasharuddin Patut Dengar Syarahan Ekonomi & Bahas Dalam Hati Saja Lah

Nasharudin Mat Isa
keadilanbahagiangombak.blogspot.com

Memang hot!

Siapa tak bengang?

Jika hadir Dewan nan mulia, macam hadir kuliah ekonomi sebuah universiti lagaknya. Lebih buruk lagi kalau macam jadi semula pelajar sekolah Tingkatan 6.

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.


Najib Oh Najib, kenapa sampai jadi begitu sekali? Harap bukan kelak dua kali.

Patut Lah Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa (Pas-Bachok), dilaporkan di Blog Depa Kata, sebagai berkata, “Kami datang untuk berbahas, bukan untuk mendengar syarahan ekonomi oleh menteri kewangan."

Patut Lah, para pemimpin sehaluannya pakat ramai-ramai keluar dewan.

Semalam ada membaca pos oleh Lawyer Kampung, yang menyatakan pendapatnya mengenai hal tersebut...

Turut menyentuh perihal yang sama, dan bernas sungguh, seperti biasa, Nobisha.

Terdahulu saya baca perihal yang sama di Blog Anwar Ibrahim.

Saya keletihan sangat, tidur dulu. InsyaAllah, pagi ini baru lawat dan baca kali kedua.

Mungkin kita kena fikir semula, Mohd Najib Abdul Razak nii layak ke menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Jika kemampuannya menangani ekonomi negara, memperlihatkannya hanya sekadar boleh jadi Perdana Menteri UMNO.


Berkaitan:


Dari Blog DEPA KATA:

Rabu, 05 November 2008

KECOH...

Kecoh nampaknya Dewan Rakyat semalam bila Menteri Kewangan I yang juga Timbalan Perdana Menteri enggan melayan pertanyaan yang dikemukakan ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Bajet 2009. Akibatnya, ahli-ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan.

Sambungan dan banyak lagi post menarik di sini:

http://depa-kata.blogspot.com/


Dari Blog anwar Ibrahim, dan Malaysiakini ada klip video:

04
Nov

Menteri Kewangan Tidak Hormat Dewan Rakyat

Parlimen Malaysia merupakan salah satu tiang seri utama kepada institusi demokrasi di Malaysia. Dewan Rakyat dan Dewan Negara adalah pentas bagi wakil-wakil yang dipilih untuk menyuarakan hasrat hati serta menjaga kepentingan rakyat keseluruhannya. Di atas semangat inilah Parlimen bukan sekadar bongkah batu kosong, akan tetapi kukuh terbina sebagai sebuah institusi.


Dari Blog Lawyer Kampung:

Selasa, November 04, 2008

Siapa tidak hormat siapa sebenarnya?

Setahu saya hak untuk membenarkan celahan, pertanyaan atau penjelasan adalah hak mutlak pembahas yang sedang menggulung ucapan pada ketika itu.
Dari Blog Nobisha:

Wednesday, November 5, 2008

Bahas Manfaat, Bukan Gimik Politik

Menurut laporan media massa, Ahli-ahli Parlimen pembangkang keluar Dewan Rakyat sewaktu Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak menggulung perbahasan Bajet 2009 bagi Kementerian Kewangan. Alasannya ialah mereka tidak berpuas hati kerana tidak diberikan ruang untuk penjelasan dan berbahas.

InsyaAllah bersambung...

Lawak Pemimpin - Kempen Budi Bahasa Di Dewan Yang Mulia

Entah Lah.

Bagaimana agaknya Kempen Budi Bahasa Di Dewan Yang Mulia itu kelak?

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.


Begini gamaknya:

...


Yang DiPertua: Mari Lah kita mulakan kata bersuara dengan budi bahasa juga adanya.

MP 1: Awal bismillah pembuka kata. Ada pun di Dewan yang mulia ini, pihak yang empunya kuasa, kini mengusul kenaikan harga petrol dan diesel setinggi mungkin, cuma RM 4.80 sen sahaja seliter, demi menyelamatkan niaga pengusaha stesyen minyak wahai Yang DiPertua yang bijak adil laksana.

MP2: Bukan Lah kiranya tidak bersetuju atau pun membangkang. Namun molekkah harga ini dikaji semula demi keutamaan kepada Rakyat jelata, wahai MP 1.

MP 1: Usah Lah ada yang menyangka bahawa tidak pula prihatin yang empunya kuasa kepada Rakyat Jelata, sedangkan rebet yang telah diberikan, akan diambil semula. Demikian putus jemaah pemimpin yang berkuasa.

MP 3: Bijak sungguh keputusan itu adanya. Maka selain rebet adakah buah fikiran yang bernas lagi oleh pihak yang empunya kuasa.

MP 1: Ada Yang DiPertua dan MP3. Bahawasanya, harga minyak petrol dan diesel akan dinaikkan dua kali ganda tahun depan, dengan sistem yang padu lagi berkesan.

MP 4: Tiada Lah dapat saya berkata apa. Namun keputusan tersebut bijak belaka.

MP 1: Jika Dewan yang mulia ini setuju, tidak perlu tahun depan. Tahun ini juga sesama kita naikkan harga petrol dan diesel RM 18.40 sen seliter, dan berkuatkuasanya selama 100 tahun.

MP 6: Keputusan dan tindakan yang amat baik, pada saya, Yang DiPertua. Semua ini akan memajukan para pengusaha stesyen minyak dan memakmorkan mereka sebagai peniaga.

MP 7: Yang DiPertua, apakah mengizinkan kami ramai ramai mengucup, mencium, dan menjilat tangan berjabat MP 1..?

Yang DiPertua: Saya mengizinkan niat dan perbuatan yang baik itu. Namun, sebarang kucupan, ciuman, dan jilatan, diharap tidak Lah mengambil masa yang panjang. Cukup Lah sekadarnya. Sebab selepas ini, kita akan fikir bincangkan perihal kenaikan harga pengangkutan awam pula.

...

Kuang! Jeng!! Jeng!!!



Berkaitan:

Dari Blog Perisik Rakyat:

Monday, November 03, 2008

Kempen Berbudi Bahasa?

Kempen Budi Bahasa akan diperhebatkan dalam kalangan anggota Parlimen kerana mereka adalah contoh terbaik untuk diteladani oleh rakyat, kata Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

http://perisik-rakyat.com/2008/11/kempen-berbudi-bahasa.html
InsyaAllah, bersambung...