Lawak PM - Apa Kena Saya Yang Terkena Depa Pekena
Zubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.
Kata orang, daripada tikam belakang baik Lah tikam dari depan. Pada saya, jika boleh tidak perlu Lah tikam dari arah mana pun. Hidup elok boleh seronok, buat apa kita saling tikam menikam?
Namun, ada terdengar suaranya yang mengatakan orang tikamnya dari belakang. Siapa?
Entah Lah...
Begini Lah akibatnya, gamaknya...
...
Pakar: Klinik Alternatif ini bukan panel. Bayarannya mahal, pasal sekarang semua harga naik...
Setiausaha: Tak mengapa, Bos bayar duitnya sendiri. Berapa, cakap saja Lah, Bos boleh bayar.
Bos: Sakit, saya sakit...
Pakar: Bahagian mana?
Bos: Kat sini, dan kat sinin.
Setiausaha: Bos sakit kat hati ngan kat kepala.
Pakar: Saya tahu, saya pakar. Jika tidak kenapa awak sendiri tak ubati dia?
Setiausaha: Saya sudah periksa, dan beri dia ubat dari Farmasi. Tetapi tidak berkesan.
Pakar: Kenapa pulak?
Setiausaha: Sebab, asalnya dia sakit bahagian belakang.
Pakar: Kemungkinan tidor di atas tilam yang tidak sesuai?
Setiausaha: Bukan, sebab ada beberapa pemimpin tikam dia dari belakang.
Pakar: Guna keris?
Setiausaha: Bukan, depa guna ayat melalui lidah.
Pakar: Pelek...lidah lembut, jika tidak tentu belakangnya rasa geli-geli. Ini sakit pulak ya?
Setiausaha: Periksa Lah tengok...
Pakar: Kepala pun sakit?
Bos: Ya, sini paling sakit. Sampai saya jadi pelupa. Saya ingat nak pergi suatu tempat. Rupa-rupanya saya sudah pergi. Saya tidak pergi, rupa-rupanya kena pergi. Saya pergi suatu tempat bersebab, tapi bila sampai sana, saya terlupa apa sebab saya ke sana. Saya ingatkan saya sudah bersara pada 9 Mac 2008, rupa-rupanya saya masih memegang jawatan tertinggi ini. Saya cadang nak bersara 9 Mac 2009, rupa-rupanya depa suruh saya bersara pada pertengahan 2010. Saya ingat nak sambung sampai 1 Jun 2100, tetapi adakah saya sudah tersebut saya bersara awal pada Disember 2008? Saya tak ingat. Saya lupa habis perihal pekerjaan saya. Apa patut saya buat sekarang?
Pakar: Sebelum terlupa, dan sebelum kita mulakan, sila bayar dahulu consultation fee kepada saya. Kemudian baru saya beritahu apa Bos perlu buat seterusnya.
...
Kuang! Jeng!! Kuang!!!