Gelombang Rakyat

Lawak PM - Hot Ngan ApaNama dan SiapaNama...

Sakit belakangnya semakin menjadi-jadi. Baru nak semboh sudah ada pulak yang tikam dari belakang. Semakin ditikam belakang, semakin teruk hirisan hati dan gilisan mindanya. Kini dia hanya dapat meniarap di atas katil. Sakit belakang!

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.


Sampai hati depa tikamnya dari belakang. Namun mujur juga, kalau tikam secara berdepan, sakit depan pulak. Kalau tikam dari sisi kanan atau kiri sakit rusuk pulak. Pendek kata panjang pun kata, tikaman lidah depa dengan ayat yang tajam memedihkan, memang tak patut.

Pegawai: Bos! Ada pelawat datang...

Bos: Bagus, suruh depa masuk cepat, saya sunyi. Lama dah tak ada pengunjung. Dulu bukan main tiap-tiap jam nak jumpa. Laa ni dah beratus jam sapa pun tak mai dah.

Pegawai: Tuan-tuan, Bos kurang sihat, dia sakit belakang. Jika nak ziarah boleh. Tapi ada beberapa nama tidak boleh sebut, jika disebut, sakit belakangnya semakin parah. Ini senarai namanya yang tidak boleh disebut langsung. 2 nama teratas sekali, dia pantang dicabar. Tak usah sebut langsung. Jika nak sebut juga, sebutlah ApaNama dan SiapaNama. Dia akan faham.

Pelawat: Kami faham. Kami Lah nama paling atas itu!

...

Kuang! Jeng!! Jeng!!!



Berkaitan:

Dari Blog PinkTurtle:

ABDULLAH GUNA THE MALAYSIAN INSIDER HENTAM MUHYIDDIN

THE MALAYSIAN INSIDER VS DATA KEMUNGKARAN ABDULLAH

Kebelakangan ini nampak sangat Abdullah Badawi seolah-olah berdendam dengan Muhyiddin Yassin. Apa halnya? Apa yang tak kena dengan Muhyiddin sampai Abdullah mati-mati sangat nak burukkan Muhyiddin?

Bersambung di sini:

http://pinkturtle2.wordpress.com/


Di sini juga...

Dari Blog Politica:
Insaflah Abdullah. Kalau anda ada the The Malaysian Insider untuk lanyak Muhyiddin, rakyat jelata ada banyak data maklumat sahih yang menyimpan pelbagai karenah dan kemungkaran anda sekeluarga. Makanya, eloklah anda berundur esok atau lusa. Jangan tunggu lama-lama, nanti anda kena selsesa akibat serangan data-data kemungkaran anda yang kategori A1 tarafnya!

Perincian dan banyak yang menarik di sini

http://politica-net.blogspot.com

0 comments: