Lawak Wanita UMNO - Te Lan Jang!
Bogel, Telanjang, dan seumpama sudah menjadi bahasa biasa sahaja di kalangan wanita moden. Zaman dulu wanita sipu-sipu bila melidahkan kata sedemikian.
Maka apa ceritanya? Selepas dikatakan ada yang mahu buat demonstrasi bogel, kini ada yang meminta supaya Wanita UMNO tidak ditelanjangkan.
Jika benar Lah laporan itu, maka lawak Lah jadinya.
Entah Lah, begini gamaknya.
...
Di sebuah gerai, dua orang wanita sedang berbual rancak. Seorang lelaki sedang bermain burung. Ya, burung dalam sangkar yang disangkut beberapa di sisi atap gerai itu.
Puan Y: Dia orang nii sampai hati nak telanjangkan kita orang.
Puan Z: Betullah tak patut. Saya setuju dengan Kak Limah, janganlah sampai nak telanjangkan kita orang.
Pak J: Biar Lah... dia orang nak buat apapun.
Puan Y: Saya tak dapat bayangkan jika pemimpin kita yang bertanding ditelanjangkan.
Puan Z: Buruk rupanya. Tak sepadan usia.
Pak J: Biar Lah...asyik pakai uniform yang sama. Sesekali berubah Lah sikit.
Puan Y: Apa nak jadi pada sayap pergerakan kita, jika ada yang selak-menyelak. Malu kita. Malu...
Puan Z: Iya Lah, memang besar kemaluan kita.
Pak J: Biar Lah...apa nak malukan, sekali-sekala musim bertanding, mesti ada gempar kelainannya.
Puan Y: Jikalau dah telanjang, satu Malaysia tengok, apa nak jadi kewibawaan kita sebagai wanita?
Puan Z: Betul, kita wanita, kita perlu pertahankan seri mahkota kita. Telanjang nii bukan budaya kita.
Pak J: Biar Lah...kita boleh mulakan budaya baru. Tak salah...
Puan Y: Awak nii kepada Pak J..? Menyampok wanita bercakap?
Puan Z: Iya Lah, dari tadi menyampok tak ada kena mengena dengan dia. Masuk campor, tak malu ke! Apa hal?
Pak J: Biar Lah mereka nak telanjang ke, saya dah stand-by kamera nii, nak shooting, upload kat You Tube!
...
Kuang! Ex!! Posed!!!