Gelombang Rakyat

Wanita BN - Faktor Ke3 Kemungkinan BN Kalah Di P 36 Kuala Terengganu

Mahukan Bulan Terus Mengambang di P 36 Kuala Terengganu...
... cycles past a giant logo of the ...
www.daylife.com
... a bridge in Kuala Terengganu, ...
flickr.com
... di Parlimen Kuala Terengganu ...
dppkt.wordpress.com
Dari aspek pilihanraya kecil P 36 Kuala Terengganu, setakat ini ada tiga faktor yang mampu menyumbang kepada kekalahan Barisan Nasional.
(A sad day for Pak Lah.
chinhuatw.wordpress.com
Faktor pertama ialah Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin, dan kepemimpinannya.

Mohd Najib Abdul Razak
omong.files.wordpress.com
Faktor kedua ialah Mohd Najib Abdul Razak jika sekiranya dia diperkena sekali lagi untuk menjadi teraju pilihanraya di kawasan ini.
Rafidah Aziz
tunkuaisha.blogspot.com
Faktor ketiga ialah kemunculan Rafidah Aziz dan Shahrizat Abdul Jalil di kawasan pilihanraya ini, sekaligus, bakal terdapat adegan menarik...
Shahrizat Abdul Jalil
mariasamad.blogspot.com
Sudah adakah ketikanya Rafidah Aziz dan Shahrizat Abdul Jalil duduk semeja bersama para pemimpin Barisan Nasional berkaitan strategi Wanita di P 36 Kuala Terengganu? Jika tiada, atau belum ada, adakah masing-masing akan menunjukkan kehebatan, terutama untuk menampakkan ketokohan kepada Abdullah Ahmad Badawi atau Mohd Najib Abdul Razak.

Ada lagi beberapa faktor, dan secara berperingkat ketiga-tiga faktor di atas boleh diperincikan.

Seterusnya nanti, bakal melihat faktor apa pula untuk Pakatan Rakyat.

Ketua Wanita UMNO - Masihkah Rafidah Dan Shahrizat Semesra Dulu?

Shahrizat dan Rafidah
www.malaysiakini.com
cara bersalaman pun kita dah tahu

Pemimpin politik agak sukar untuk menyembunyikan emosi, terutama apa yang dirancang untuk kebaikan peribadi tiba-tiba dikocaki anggapan al-sahabati dari belakang tikami.
Rafidah and Shahrizat
kubiac73.blogspot.com
Menurut laporan berita begini:

04 Disember, 2008 17:31 PM

Pertandingan Tak Jejaskan Hubungan Dengan Rafidah, Kata Shahrizat

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Naib Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata keputusan beliau untuk bertanding jawatan Ketua Wanita Umno pada pemilihan parti Mac depan tidak harus menjejaskan hubungannya dengan ketua pergerakan itu Tan Sri Rafidah Aziz.

Renungkanlah perinciannya di sini:

http://www.bernama.com/
Pun begitu, baru-baru ini bukan Shahrizat Abdul Jalil yang bertanya, cuma seorang wartawan sahaja, namun yang ditanya ialah perihal kepala lutut, mujur kepala yang bertanya tidak disekeh sampai melutut.
Rafidah dan Shahrizat
azhan.wordpress.com
Setakat ini cakaplah apa pun, tapi saya tidak nampak mereka berdua dalam suasana semesra dahulu.

Rafidah Shahrizat Jika Sama-sama Berkempen Bersama Kah Asing-asing

Rafidah Shahrizat
www.eryrahim.com
Rasanya belum ada persemukaan di antara Rafidah Aziz dan Shahrizat Abdul Jalil. Lama juga masa yang diambil bagi seorang Opah dan Nenek ini untuk bersatu hati kembali demi perpaduan Wanita UMNO.

Tiba-tiba timbul pula pilihanraya kecil P 36 Kuala Terengganu, contohnya.
Rafidah Aziz
www.mykmujohor.com
Adakah Rafidah Aziz dan Shahrizat Abdul Jalil akan memainkan peranan di sini?

Jika sama-sama berkempen adakah mereka akan bersama atau kempen asing-asing?
Shahrizat Abdul Jalil
www.spock.com
Maklum Lah mereka pemimpin teladan, paling tidak pada para dara yang bakal menyertai UMNO.

Sama-sama kita saksikan...

Rafidah Dan Shahrizat Sudah Bertemu Mesra Kah?

Jika belum, sejak masing-masing pengumuman bertanding Ketua Wanita UMNO, perhatikan kemesraan berikut:



http://funzu.com/

The Tyrants Of Malaysia Tahu Ciri Ketua Wanita

Apa cirinya?

Tegas? Lemah-lembut? Matang? Berpengalaman? Berwawasan? Jangan Telanjangkan kami?

Oh tidak!

Bukan bukan bukan.

Entah! saya pun tidak mendalaminya.

Nak tahu sila tanya Blogger kat Blog The Tyrants Of Malaysia.

http://alternate-enter.blogspot.com/2008/11/ciri-ciri-ketua-wanita.html

Baik punyia...

Lawak Wanita UMNO - Te Lan Jang!

Bogel, Telanjang, dan seumpama sudah menjadi bahasa biasa sahaja di kalangan wanita moden. Zaman dulu wanita sipu-sipu bila melidahkan kata sedemikian.

Maka apa ceritanya? Selepas dikatakan ada yang mahu buat demonstrasi bogel, kini ada yang meminta supaya Wanita UMNO tidak ditelanjangkan.

Jika benar Lah laporan itu, maka lawak Lah jadinya.

Entah Lah, begini gamaknya.

...

Di sebuah gerai, dua orang wanita sedang berbual rancak. Seorang lelaki sedang bermain burung. Ya, burung dalam sangkar yang disangkut beberapa di sisi atap gerai itu.

Puan Y: Dia orang nii sampai hati nak telanjangkan kita orang.

Puan Z: Betullah tak patut. Saya setuju dengan Kak Limah, janganlah sampai nak telanjangkan kita orang.

Pak J: Biar Lah... dia orang nak buat apapun.

Puan Y: Saya tak dapat bayangkan jika pemimpin kita yang bertanding ditelanjangkan.

Puan Z: Buruk rupanya. Tak sepadan usia.

Pak J: Biar Lah...asyik pakai uniform yang sama. Sesekali berubah Lah sikit.

Puan Y: Apa nak jadi pada sayap pergerakan kita, jika ada yang selak-menyelak. Malu kita. Malu...

Puan Z: Iya Lah, memang besar kemaluan kita.

Pak J: Biar Lah...apa nak malukan, sekali-sekala musim bertanding, mesti ada gempar kelainannya.

Puan Y: Jikalau dah telanjang, satu Malaysia tengok, apa nak jadi kewibawaan kita sebagai wanita?

Puan Z: Betul, kita wanita, kita perlu pertahankan seri mahkota kita. Telanjang nii bukan budaya kita.

Pak J: Biar Lah...kita boleh mulakan budaya baru. Tak salah...

Puan Y: Awak nii kepada Pak J..? Menyampok wanita bercakap?

Puan Z: Iya Lah, dari tadi menyampok tak ada kena mengena dengan dia. Masuk campor, tak malu ke! Apa hal?

Pak J: Biar Lah mereka nak telanjang ke, saya dah stand-by kamera nii, nak shooting, upload kat You Tube!

...

Kuang! Ex!! Posed!!!

Rafidah U Tipu I Shahrizat Kamalia Kata Tak Kucar-kacir

Shahrizat Abdul Jalil Lawan Rafidah Aziz Dan Kamalia Juga Bersuara.

Panas!

Dari Blog

Writtenbyhim | Dr.Siddiq Blog

For country we love,we fight|For a future we entitled to,we must|For Malaysia, we will

Rafidah: “You Tipu I Jat!”

"Sampai Hati You Jat!"

"You Tipu I Jat!"

Sikit sikit pakai Quran. Sikit sikit pakai Quran. Saya tergelak melihat aksi telatah para wanita-wanita UMNO yang suka membuat kontroversi. Paling besar kontroversi, Kak Pidah kita ( YB Tan Sri Rafidah Aziz ), ahli parlimen kuala kangsar. Saya tidak hairan jika pertarungan berlaku antara Kak Jat ( Datuk Seri Shahrizat Jalil ) dengan kak Pidah kerana ia telah dijangka. Mengapa kak Pidah menangis? Kerana:

Sambungan di sini:

http://writtenbyhim.wordpress.com/2008/11/24/rafidah-kau-tipu-aku-jat/

Kamalia Ibrahim pula?

Dari Blog:

25 November 2008

Kamilia nafi wanita Umno kucar kacir


DATUK Kamilia Ibrahim menafikan tuduhan-tuduhan yang mengatakan beliau menjadi punca pelan peralihan kuasa Wanita Umno yang dijadualkan Jun ini tergendala. Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar itu berkata, terdapat sebab-sebab lain yang menyebabkan pelan peralihan yang diusulkan oleh ketuanya, Tan Sri Rafidah Aziz itu tidak berlaku seperti yang dirancang."Walaupun ada orang berkata begitu, saya bukan satu-satunya sebab itu. Ada banyak isu lain yang terlibat," katanya kepada The Star semalam.

Sambungan di sini:

http://nakmarahmarahlah.blogspot.com/2008/11/kamilia-nafi-wanita-umno-kucar-kacir.html
Lagi? Malaysiakini melaporkan:

  • Punca Shahrizat dicalon ketua Wanita...
    Muda Mohd Noor | Nov 24, 08 5:05pm
  • shahrizat sharizat abdul jalilPersetujuan awal itu berhubung pelan peralihan kuasa gagal kerana ada pihak, termasuk dari kalangan exco Wanita, yang mahu mencalonkan seorang bekas pemimpin Puteri Umno, bertanding menentang Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi jawatan naib ketua.LAGI
  • 'Penyokong Shahrizat marah'
    'Keadaan tidak menentu'
  • Exco Wanita sangkal dakwaan Rafidah
    Muda Mohd Noor | Nov 24, 08 4:04pm
  • rafidah and shahrizat umnoDua exco Wanita Umno menyangkal dakwaan Tan Sri Rafidah Aziz bahawa Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak pernah membantah pelan peralihan kuasa pergerakan itu pada bulan Jun 2009.LAGI
  • 'Rafidah tidak bincang'
    'Hampir 10 exco bantah'
Adeh!

Wanita Oh Wanita - Hangat Dipapar Media

Kes Altantuya Shariibuu Masih Belum Reda

Soalan Yang Perlu Jawapan...

Altantuya Shaariibuu
thestar.com.my

Siapa Pembunuhnya?

...


Seterusnya...
Lapor Utusan Malaysia

Jangan 'telanjangkan' Wanita UMNO - Halimah

JOHOR BAHRU 24 Nov. - Semua pihak diminta tidak 'menelanjangkan' Pergerakan Wanita UMNO dengan menyebarkan keburukan dan fitnah terhadap Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi menghangatkan lagi pertandingan jawatan Ketua Wanita UMNO pada pemilihan parti itu Mac depan.

Sambungan di sini:

http://www.utusan.com.my/


Kemudian

Dari Blog no2umno

http://img458.imageshack.us/img458/4927/29inul2jpgxs7.jpg

Ku tak mau cintaku
dikocok-kocok aah…

Lagi

Konsert Inul lagi…Pemuda PAS tetap bantah
Dilulus terbit pada Tuesday, November 25 @ 12:00:00 MYT oleh
syamil
Berita Oleh rusly_islam

inul02Kuala Lumpur - Pemuda PAS Wilayah akan terus membantah konsert Inul yang dijangka akan dilangsungkan pada 29 November 2008 ini di Stadium Putra Bukit Jalil. Diberitakan, permit konsert berkenaan juga telah diluluskan oleh pihak berkuasa.


Rafidah Atau Shahrizat Menang Wanita UMNO Kalah..!

Mujur Lah seperti biasa Abdullah Ahmad Badawi lambat dan lewat bertindak. Walaupun ada teknologi canggih seperti telefon tetapi tidak dimanfaatkannya. Dia kononnya mahu bersemuka dengan 2 tokoh Wanita UMNO ini.

Pak Lah nasihat KJ jangan bertanding
Dilulus terbit pada Sunday, November 23 @ 21:00:00 MYT oleh TokBatin
Artikel Oleh dewa

" Menurut akhbar Berita Harian, Pak Lah memberi nasihat agar jangan bertanding demi menjaga perpaduan parti dan mengelak perpecahan. Timbul isu adakah nasihat tersebut turut sampai kepada KJ atau khas untuk Rafidah dan Syahrizat yang tiada hubungan keluarga dengan Pak lah..

Berita Harian melaporkan:
"PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berharap kedua-dua pihak iaitu Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dapat mengelak daripada bertanding merebut jawatan Ketua Wanita Umno, pada pemilihan Mac depan.

"Saya tak sempat jumpa mereka, tapi elok kalau tak bertanding. Namun kedua-duanya sudah buat keputusan," katanya kepada pemberita di sini.

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno berharap, kedua-dua calon terbabit supaya bertanding mengikut amalan demokrasi serta memastikan tiada perpecahan pada sayap parti itu. "

Sambungan di sini:

http://www.tranungkite.net/
Malah, dalam tempoh yang singkat dan terdekat, jika benar Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kepemimpinan kepada Mohd Najib Abdul Razak, begitu Lah Abdullah Ahmad Badawi, tidak banyak manfaat yang diusahakannya melalui kepemimpinannya.

Dalam konteks di atas, Shahrizat Abdul Jalil pun bersegera mengumumkan, suapya tidak lagi seperti dahulu terlepas peluang. Rafidah Aziz turut seperti selalu yakin dan pantas membaca rentak.

Kini Rafidah Aziz dan Shahrizat Abdul Jalil akan menyerahkan kepada Wanita UMNO untuk memilih siapakah di antara mereka Ketua.

Jika pun Rafidah Aziz menang dan Shahrizat Abdul Jalil kalah...

atau

Shahrizat Abdul Jalil menang dan Rafidah Aziz kalah...

Wanita UMNO sudah mula kalah.

Shahrizat Abdul Jalil bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO kerana Kamalia Ibrahim bertanding merebut kerusi Naib Ketua Wanita UMNO yang sedang disandangnya.

Rafidah Aziz bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO kerana Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan pertandingan merebut kerusi tersebut.

Sudah mula masing-masing menyindir dan apa yang berlaku seterusnya adalah kekalahan sayap pergerakan Wanita UMNO ini.



Luka parahnya 20 tahun pun mungkin tidak sembuh...

Ini kemenangan Rakyat Malaysia ketikamana UMNO dihancurkan pemimpinnya sendiri!

Shahrizat Lawan Rafidah - En.Arip Ada Klip Video Baik Punyia..!

Melayu Mudah Lupa?

Wanita Melayu Juga?

Wanita UMNO Pula?

Dan 2 Pemimpin Tertingginya...?

Tidak pula En.Arip juga. Membuat dia mula ketawa. Ramai pula yang ketawa akan turut serta.

Ya, di You Tube, macam-macam ada...

Ini satu daripadanya ya..!

Dari Blog En.Arip Blogspot:



Cakar sayang tak apa. Cakar Rimau sedap juga. Tapi bercakar-cakaran sorry okay.

Tarik rambut?

Okay Lah sayang, we also sorry okay.

Siapa nak start dulu nii?

Boleh upload kat You Tube lagi. Sorry okay...

Kerusi Ketua Wanita UMNO - Kesian Shahrizat Siapa Lah Yang Paksa Dia Jadi Pengiya dan Penerima Sahaja

Shahrizat Abdul Jalil tidak boleh berdiam lagi. Dia mesti bersuara. Dia perlu beritahu apa yang sebenarnya berlaku dalam Wanita UMNO supaya ahli parti dan Rakyat Malaysia tahu.

Sebab sejak dahulu dikatakan Shahrizat pemimpin yang lemah, lembik, ikut saha, dan tukang kata iya, walaupun dia tidak bersetuju.

Sampai begitukah grooming ke atas Shahrizat sekiranya dia pemimpin pelapis. Sehingga belum apa pun Kamalia Ibrahim sudah pun kelihatan hebat.

Shahrizat Abdul Jalil tidak boleh duduk dibayangi dan dipayungi pemimpin atasan. Dia perlu menjadi dirinya dan pemimpin sebenar jika pergerakan Wanita UMNO kembali relevan dan mantap.

mSTAR OnLine melaporkan:

PETALING JAYA: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang kelmarin mendedahkan pendiriannya mahu mencabar Tan Sri Rafidah Aziz bagi kerusi Ketua Wanita Umno berkata, beliau telah dipaksa untuk menerima pelan peralihan kuasa pergerakan tersebut.

Kesian Shahrizat Abdul Jalil.

Tak ngapa. Apa yang sudah, sudah lah. Kini cerita sedikit apa perjuangan dan hala tuju Wanita UMNO bila Shahrizat Abdul Jalil jadi ketua kelak.

VideoReformasi Ada Congak Matematik Menarik Wanita UMNO Siapa Yang Parah?

http://videoreformasi.blogspot.com/2008/11/rafidah-shahrizat-dan-kamilia-secara.html

Sebelum

Kebarangkalian untuk Jawatan ketua Wanita(selepas bulan Jun)

Rafidah- 0%
Shahrizat - 100% - (ataupun 1) - PASTI

Selepas

Kebarangkalian untuk Jawatan ketua Wanita(selepas bulan Jun)

Rafidah- 50% - (ataupun 1/2)
Shahrizat - 50% - (ataupun 1/2)



Sebelum

Kebarangkalian untuk Jawatan Timbalan ketua Wanita(selepas bulan Jun)

Shahrizat - 50% - (ataupun 1/2)
Kamilia - 50% - (ataupun 1/2)



Selepas

Kebarangkalian untuk Jawatan ketua Wanita(selepas bulan Jun)

Shahrizat - 0%
Kamilia- 100% - (ataupun 1) - PASTI

Penjelasan Di Sini:

http://videoreformasi.blogspot.com/2008/11/rafidah-shahrizat-dan-kamilia-secara.html

Rafidah Aziz
sanggahtoksago.blogspot.com

Shahrizat Abdul Jalil
thestar.com.my


Wanita UMNO - Pelan Peralihan Menjadi Tidak Terjadi..!

Rafidah Aziz
www.bernama.com.my



Pelan Peralihan sama ada daripada Abdullah Ahmad Badawi kepada Mohd Najib Abdul Razak, atau daripada Rafidah Aziz kepada Shahrizat Abdul Jalil, adalah sesuatu yang tidak kena, dan patut dihindarkan dari amalan UMNO.

Sementara pelan peralihan daripada Abdullah Ahmad Badawi kepada Mohd Najib Abdul Razak masih belum pasti, maka sebaiknya dibatalkan sahaja, dan Abdullah Ahmad Badawi bersara sekarang juga, kerana tidak nampak apapun yang dia buat memanfaatkan Rakyat Malaysia.

Cantik sekali, pelan peralihan diantara Rafidah Aziz kepada Shahrizat Abdul Jalil telah menjadi tidak terjadi.

Terpaksalah demokrasi dikasi kembali kepada ahli UMNO.

Rafidah Aziz bertanding mempertahankan kerusi Ketua Wanita UMNO, kerana Shahrizat Abdul Jalil bertanding untuk menduduki kerusi itu.

Kenapa Shahrizat Abdul Jalil bertanding? Apa telah terjadi dengan pelan peralihan yang dikatakan Rafidah Aziz, telahpun dipersetujuinya?

Menurut Shahrizat Abdul Jalil sebagaimana dilaporkan the New Straits Times OnLine, 3 sebabnya:

Pertama: bahawa pelan peralihan Jun 2009 di antara Rafidah Aziz kepada Shahrizat Abdul Jalil selaras dengan pelan peralihan di antara Abdullah Ahmad Badawi kepada Mohd Najib Abdul Razak pada pertengahan 2010.

Kedua: bahawa jawatan nombor 1 dan nombor 2 tidak dipertandingkan.

Ketiga: bahawa dipastikan perpaduan di dalam pergerakan Wanita UMNO.

Oleh kerana sebab pertama dan sebab kedua tidak ditepati maka pelan peralihan di antara Rafidah Aziz dan Shahrizat Abdul Jalil terbatal dengan sendirinya bila Shahrizat Abdul Jalil bertanding melawan Rafidah Aziz untuk menduduki kerusi Ketua Wanita UMNO.

InsyaAllah, bersambung lagi di sini...

Shahrizat Bertanding Lawan Rafidah Untuk Kerusi Ketua Wanita UMNO

Rafidah Aziz
www.bernama.com.my

Satu kenyataan rasmi tulisan tangannya setebal 10 mukasurat!
Renungkanlah...

Setakat 2 perenggan itu
Apa namanya?

Rafidah Aziz mahu kekal di kerusinya. Bukan senang untuk melepaskan kerusi ini. dirancangnya pelan peralihan yang dia tahu sebabnya.

Namun semua itu berubah selepas pengumuman Shahrizat Abdul Jalil.

Sebentar tadi Rafidah Aziz pula membuat pengumuman:

mSTAR melaporkan:
Mutakhir »
Rafidah pertahan jawatan sahut cabaran Shahrizat

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz hari ini mengumumkan untuk mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti Mac depan.

Kenyataan tersebut di buat selepas 24 jam , Naibnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan beliau akan bertanding mencabar ketuanya itu.

Dengan ini, Kamalia Ibrahim sudahpun hampir rasmi diumumkan sebagai pemenang untuk menjawat jawatan Naib Ketua Wanita UMNO.

Tahniah!

Seterusnya Shahrizat Abdul Jalil telah membuat ketetapan untuk berentap melawan Rafidah Aziz yang telah juga membuat ketetapan, masing-masing merebut jawatan Ketua Wanita UMNO.

http://www1.mstar.com.my/
Semasa manis dikecap bersama.

Kemudian, arah pandang sudah tidak sama.

http://www1.mstar.com.my/

Jika Shahrizat Abdul Jalil menang dan Rafidah Aziz kalah, tidaklah mengapa dia pun sememangnya akan bersara juga.

Tetapi jika Rafidah Aziz menang dan Shahrizat Abdul Jalil kalah, akankah terjadi seperti lawan terdahulu Siti Zaharah Sulaiman yang tidak muncul lagi di arena politik ataupun dalam Wanita UMNO.

Kemenangan Rafidah Aziz mampu mengekalkannya di kerusi Ketua Wanita UMNO bergandingan dengan Kamalia Ibrahim, untuk tempoh penuh 2009 - 2010. Tiada peralihan kuasa dijangkakan. Kamalia Ibrahim masih baru untuk memikul jawatan tertinggi.

Mohd Najib Abdul Razak naik ke kerusi Presiden UMNO dan berpeluang menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Rafidah Aziz bakal kembali ke dalam kabinet jemaah menteri. Begitu juga barangkali Kamalia Ibrahim.

Mampukah Shahrizat Abdul Jalil naik ke puncak? Amat sukar untuk dia menang kali ini. Dia tidak punyai penyokong dalam Jawatankuasa Tertinggi Wanita UMNO, yang lebih seronok jika Rafidah Aziz terus berkuasa.

Setiap mereka ini mempunyai pengaruh yang cukup kuat ke atas akar umbi UMNO. Pengalaman mereka dalam menggerakkan jentera sampai ke bawah amat meyakinkan Rafidah Aziz.

Siapakah pemimpin yang akan bersama Shahrizat Abdul Jalil berkempen? Entah lah.

"Perang Besar Kah Ini?"

Mungkin!

Mungkin tidak...

Namun sudah ada sindiran: "Did you honor thy word Shahrizat?"

http://www1.mstar.com.my/

Di antara bahan berkempen kelak, bak kate orang Perak: "Mau ke kome akor umbi, seorang pemimpin yang die tidak kota ape yang die kate?"

Siap awak! Nak lawan sangat ya, jom kita lawan..!

Cyuop! Cyuop!!

Perlukah Abdullah Ahmad Badawi menjadi orang tengah dan masuk campur hal Wanita UMNO ini?

*Tak payah Lah Pak Lah!*

Banyak kerja lain yang belum selesai dan memerlukan penyelesaian lebih penting dari hal Wanita UMNO ini.

Program Basmi Kemiskinan Rakyat itu, pergi tumpu itu.


Berkaitan:

Dari Blog Pahang Daily OnLine:

21 November 2008

Eksklusif: UMNO Kian Karam, Rafidah Umum Akan Tetap Kekalkan Jawatan Ketua Wanita !!

KUALA LUMPUR - [4.41 pm] Rafidah Aziz hari ini mengumumkan bahawa beliau akan mempertahankan jawatan Ketua Pergerakan Wanita Umno pada pemilihan parti Mac depan.
Dari Blog no2umno:

Nov 21, 2008

Rafidah kecewa dicabar Shahrizat

wanita umno pak lah meet rafidah shahrizat event  040808 05malaysiakini | Tan Sri Rafidah Aziz hari ini kecewa kerana...




Sama-sama kita saksikan apa yang bakal berlaku seterusnya.

Bila Opah Dan Nenek Bertanding Kerusi Wanita UMNO

Berhibur sambil membaca



Selepas PRU 12, sudah ada desas-desus bahawa patut ada pemimpin Wanita UMNO yang meletak jawatan, bersama letaknya jawatan Abdullah Ahmad Badawi yang sepatutnya bertanggungjawab, beserta semua pemimpin yang tidak berguna lagi dalam Barisan Nasional, pada 9 Mac 2008.

Walau macam mana bagus atau tidak bagusnya Rafidah Aziz, wanita dalam UMNO ada yang tidak memangkah Barisan Nasional. Terutama mereka yang kecewa dengan pemimpin dan sayap Wanita UMNO. Pemimpin Barisan Nasional dan UMNO perlu tahu jumlah mereka ini.

Jadi sudah bermula suara dari bawah bahawa Rafidah Aziz mestilah meletak jawatan. Pemimpin baru dipilih menerajui Wanita UMNO.

Rafidah Aziz
www.zainalhalim.com

... Shahrizat Abdul Jalil
www.wunrn.com

Nama Shahrizat Abdul Jalil mula disebut.

Entah apa sebabnya Rafidah Aziz terus mahu kekal di kerusi Ketua Wanita UMNO. Ertinya tiada kekosongan jawatan, maka dari Sharizat Abdul Jalil sampai ke pemimpin bawahan tidak dapat naik ke atas.

Mereka yang seronok ialah pemimpin yang menyokong Rafidah Aziz dan Rafidah Aziz menyokong mereka.

Shahrizat Abdul Jalil tidak dapat menyerlah. Kekalahannya dalam PRU 12, satu dentuman yang bunyinya masih belum reda. Maklumlah lawannya ialah Nurul Izzah Anwar. Satu-satunya pemimpin berjiwa Rakyat.

Bila suara semakin lantang mahukan Rafidah Aziz meletak jawatan. Maka timbullah apa yang disebut sebagai peralihan kuasa. Peralihan kepemimpinan dan perpindahan kuasa dari Rafidah Aziz kepada Shahrizat Abdul Jalil.

Suara dan pendapat dikemukakan. Ramai yang kecewa dengan keputusan Rafidah Aziz dan kecewa dengan kesambungan Sharizat Abdul Jalil.

Kemudian sewaktu pencalonan, timbul pulak seruan supaya jawatan Ketua dan Naib Ketua Wanita tidak dipertandingkan.

Akibat dari dua aksi terlampau ini, maka wanita di peringkat akar umbi mula bersuara lebih lantang. Ada yang menunjukkan protes, dengan mencalonkan selain daripada apa yang diseru dua pemimpin utama Wanita UMNO.

Apa pun suara wanita di peringkat akar umbi, Rafidah Aziz dan Shahrizat Abdul Jalil merasa cukup selesa.

Dijangkakan akan muncul forsa ketiga. Betul pun. Kamalia Ibrahim muncul dengan suara sejati wanita di peringkat akar umbi.

Ini membuat Shahrizat Abdul Jalil tertekan, sama ada akan ditekan Kamalia Ibrahim di jawatan Naib Ketua Wanita UMNO, atau menekan Rafidah Aziz di jawatan Ketua Wanita UMNO.

Pengumuman Shahrizat Abdul Jalil, petang tadi, adalah permulaan kepanasan dan bahang cetusan dalam pemilihan kepemimpinan Wanita UMNO.

Sama-sama kita saksikan apa yang berlaku kelak setelah pemulaan yang telah dicetuskan oleh Shahrizat Abdul Jalil ini...



Berkaitan:

Wanita UMNO - Apa Yang Dapat Dikata..?

2 - 0.

1 Untuk Rafidah Aziz

1 Lagi untuk Shahrizat Abdul Jalil

0 kepada yang mahu Rafidah Aziz bersara awal, dan Shahrizat Abdul Jalil segera kini menjadi Ketua Wanita UMNO, serta jika ada seorang lagi pemimpin yang boleh naik menduduki kerusi yang dikosongkan, dan serta lagi kenaikan para pemimpin pelapis yang naik ke atas, di kalangan yang tahu masak atau makan kueh lapis.



Utusan Malaysia OnLine melaporkan:

Pelan peralihan kuasa Wanita UMNO kekal Jun

10/11/2008 3:50pm

KUALA LUMPUR 10 Nov. – Pelan peralihan kuasa antara Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz kepada Naib Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kekal pada Jun tahun depan.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Exco pergerakan itu yang dipengerusikan oleh Rafidah di sini hari ini.

Mesyuarat itu juga memutuskan jawatan Ketua dan Naib Ketua tidak akan dipertandingkan demi menjaga perpaduan pergerakan Wanita dan UMNO keseluruhannya.

- Utusan


Aduhai..!

Wanita UMNO - Tiada lagi Pelan Peralihan Mungkin Rafidah Kekal Ketua & Kamalia Naib

Rafidah Aziz
www.bernama.com.my

Satu kenyataan rasmi tulisan tangannya setebal 10 mukasurat!
Renungkanlah...

Setakat 2 perenggan itu
Apa namanya?

Rafidah Aziz mahu kekal di kerusinya. Bukan senang untuk melepaskan kerusi ini. dirancangnya pelan peralihan yang dia tahu sebabnya.

Namun semua itu berubah selepas pengumuman Shahrizat Abdul Jalil.

Sebentar tadi Rafidah Aziz pula membuat pengumuman:

mSTAR melaporkan:
Mutakhir »
Rafidah pertahan jawatan sahut cabaran Shahrizat

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz hari ini mengumumkan untuk mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti Mac depan.

Kenyataan tersebut di buat selepas 24 jam , Naibnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan beliau akan bertanding mencabar ketuanya itu.

Dengan ini, Kamalia Ibrahim sudahpun hampir rasmi diumumkan sebagai pemenang untuk menjawat jawatan Naib Ketua Wanita UMNO.

Tahniah!

Seterusnya Shahrizat Abdul Jalil telah membuat ketetapan untuk berentap melawan Rafidah Aziz yang telah juga membuat ketetapan, masing-masing merebut jawatan Ketua Wanita UMNO.

http://www1.mstar.com.my/
Semasa manis dikecap bersama.

Kemudian, arah pandang sudah tidak sama.

http://www1.mstar.com.my/

Jika Shahrizat Abdul Jalil menang dan Rafidah Aziz kalah, tidaklah mengapa dia pun sememangnya akan bersara juga.

Tetapi jika Rafidah Aziz menang dan Shahrizat Abdul Jalil kalah, akankah terjadi seperti lawan terdahulu Siti Zaharah Sulaiman yang tidak muncul lagi di arena politik ataupun dalam Wanita UMNO.

Kemenangan Rafidah Aziz mampu mengekalkannya di kerusi Ketua Wanita UMNO bergandingan dengan Kamalia Ibrahim, untuk tempoh penuh 2009 - 2010. Tiada peralihan kuasa dijangkakan. Kamalia Ibrahim masih baru untuk memikul jawatan tertinggi.

Mohd Najib Abdul Razak naik ke kerusi Presiden UMNO dan berpeluang menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Rafidah Aziz bakal kembali ke dalam kabinet jemaah menteri. Begitu juga barangkali Kamalia Ibrahim.

Mampukah Shahrizat Abdul Jalil naik ke puncak? Amat sukar untuk dia menang kali ini. Dia tidak punyai penyokong dalam Jawatankuasa Tertinggi Wanita UMNO, yang lebih seronok jika Rafidah Aziz terus berkuasa.

Setiap mereka ini mempunyai pengaruh yang cukup kuat ke atas akar umbi UMNO. Pengalaman mereka dalam menggerakkan jentera sampai ke bawah amat meyakinkan Rafidah Aziz.

Siapakah pemimpin yang akan bersama Shahrizat Abdul Jalil berkempen? Entah lah.

"Perang Besar Kah Ini?"

Mungkin!

Mungkin tidak...

Namun sudah ada sindiran: "Did you honor thy word Shahrizat?"

http://www1.mstar.com.my/

Di antara bahan berkempen kelak, bak kate orang Perak: "Mau ke kome akor umbi, seorang pemimpin yang die tidak kota ape yang die kate?"

Siap awak! Nak lawan sangat ya, jom kita lawan..!

Cyuop! Cyuop!!

Perlukah Abdullah Ahmad Badawi menjadi orang tengah dan masuk campur hal Wanita UMNO ini?

*Tak payah Lah Pak Lah!*

Banyak kerja lain yang belum selesai dan memerlukan penyelesaian lebih penting dari hal Wanita UMNO ini.

Program Basmi Kemiskinan Rakyat itu, pergi tumpu itu.


Sama-sama kita saksikan apa yang bakal berlaku seterusnya.

Pertandingan Wanita UMNO - Cucu Pak Kasim Syor Guna Tikar Elakkan Kerusi

1 comments:

cucupakkasim said...

dalam kes ini,i harap saranan you untuk wanita gunakan tikar sambil duduk bersimpuh untuk ganti kerusi takut kerusi terbang,harap dapat respon dari pihak yang mengelolakan mesyuarat tersebut nanti...kah..kah..kah..

Post a Comment

Ada benarnya syor Cucu Pak Kasim perihal Wanita UMNO mula menggunakan tikar mengganti kerusi dalam mesyuaratnya terutama bila selepas pengumuman pertandingan jawatan Ketua Wanita UMNO.

Ini adalah jangkaan baling-baling kerusi mungkin berlaku bila masing-masing pihak mahu calon kesayangan mereka menang.

Nasihat ini ditujukan juga kepada Abdullah Ahmad Badawi yang telah menyatakan keinginan untuk masuk campur dalam urusan Wanita UMNO.

*Pak Lah, jaga-jaga, kerusi itu!*

Jika Abdullah Ahmad Badawi seorang Melayu yang mudah lupa, baca Lah Harakah Daily Net sekali sekala:
Jumaat 21 November 2008 | 22 Dzulka'edah 1429 Hijrah
Kecoh demi kecoh dalam mesyuarat Umno
Abdul Aziz Mustafa
Sun | Nov 02, 08 | 12:01:49 pm MYT

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Hrkh) - Kekecohan demi kekecohan terus melanda mesyuarat umno di bahagian-bahagian termasuk kejadian pukul-memukul dan membaling kerusi sebelum ini.

Jika telah terjadi kelak, apa yang tidak diingini, maka usah Lah kami blogger di kalangan pemandu teksi, tukang sapu, peniaga beras, penganggur, penarik beca, saudagar unta, dan yang seumpama mereka, telah tidak memperingati pemimpin bersih lagi disayangi ramai dalam semangat penuh hadhari.

Setelah Pengumuman Shahrizat...Respons Mereka

Akan adakah suasana begini lagi selepas ini dalam Wanita UMNO..?
Shahrizat Abdul Jalil
thestar.com.my
Pengumuman Shahrizat Abdul Jalil bukan suatu pengakhiran, malah pengumuman itu suatu permulaan.

Setelah pengumuman dibuat mungkin Shahrizat Abdul Jalil merasakan telah melepaskan apa yang terbeku di dada.

Tetapi apa yang di dalam dada, bakal mengalami turis guris yang bakal berpanjangan.

Kita tunggu pengumuman lagi satu sekejap lagi...

Sementara itu dari Utusan Malaysia OnLine, belaka, ini respons mereka yang lain:
KUALA LUMPUR 20 Nov. - Para pemimpin Wanita UMNO menyifatkan keputusan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk bertanding jawatan Ketua Wanita pada pemilihan parti Mac depan sebagai tindakan yang tepat dan bijak.

Sambungan di sini:

http://www.utusan.com.my/
Dia yang seorang nii bukan tahu banyak pun, tapi dia pun respons jugak:
KUALA LUMPUR 20 Nov. - Pengesahan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini yang akan bertanding jawatan ketua pergerakan itu dan melawan penyandangnya, Tan Sri Rafidah Aziz akan menjadikan sayap parti itu bertambah kuat.

Sambungan di sini:

http://www.utusan.com.my/

Berikut pemimpin yang mula nampak kebagusannya:
KUALA KANGSAR 20 Nov. - Exco Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim berkata, beliau hanya akan mengulas mengenai keputusan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bertanding jawatan Ketua pergerakan itu selepas mendengar komen penyandangnya, Tan Sri Rafidah Aziz.
Jika gandingan baru ini, dijangkakan Shahrizat Abdul Jalil tidak akan bertahan lama jika dia pulak menjadi Ketua Wanita UMNO.

Setelah dibayangi Rafidah Aziz sekian lama, dia akan dibayangi kehebatan dan keikhlasan serta kewarasan Kamalia Ibrahim.

Berdebar dak, menanti pengumumannya, Shahrizat Abdul Jalil..?
Rafidah Aziz
sanggahtoksago.blogspot.com

Atau begini yang dijangkakan?

... Rafidah Aziz
jomterbangtinggi.blogspot.com


Tunggu...

Wanita UMNO - Siap Sedia Bila Nangis Dan Demam Selsema

Shahrizat Abdul Jalil sudah umum bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO.

Kemudian Rafidah Aziz pulak buat pengumuman...

Ini bukan satu lawan satu.

Pertandingan ini bakal membabitkan ramai wanita - pemimpin dan ahli seluruh negara terbabit mengambil bahagian.

Jadi, Wanita UMNO siap sedia bila ada yang nangis atau demam selsema.

Colds

http://www.funnyfreepics.com/

Semua yang berkenaan, di seluruh negara, pergi Lah, mesyuarat ke, lawan ke, calon ke, tanding ke, buat Lah apa yang patut dan perlu, baby biar Lah kami yang jaga...

Breast Feeding

http://www.funnyfreepics.com/