MB Perak Dan Blogger Molek Besarkan Agenda
http://bumiperak.blogspot.com/
Jika media arus perdana bermain helah kerana Perak dikuasai kerajaan Pakatan Rakyat, sekiranya benar, maka MB Perak boleh bergabung dengan individu berkumpulan Blogger yang sifatnya adil dan saksama kepada semua.
Ertinya, bukan motif untuk menjawab tohmahan yang dilemparkan oleh pelbagai media terhadap kepemimpinan dan negeri Perak.
Sebenarnya, agenda boleh dibesarkan supaya Perak terus diterajui Pakatan Rakyat walaupun 50 tahun mendatang.
Semoga Perak diselamatkan dari dikuasai parti yang mengamalkan politik wang, dan parti dari Barisan Nasional yang pemimpin mereka tidak berguna lagi.
Sedangkan Kerajaan Barisan Nasional melihat peranan Blogger sungguh kecil berbanding dengan penguasaan media perdana yang pro-kerajaan, maka Perak boleh menjadi model kerjasama erat kepemimpinan Menteri Besar Perak dengan Blogger dengan mempastikan kemenangan besar dan berterusan Pakatan Rakyat di Perak.
Mungkin negeri lain juga boleh memikirkan hal yang sama.
Andaikata usaha ini dienjut dari Blogger Anwar Ibrahim dan Blogger Lim Kit Siang umpamanya, maka beberapa negeri lagi akan dikuasai Pakatan Rakyat menjelang PRU 13 dan seterusnya.