Pak Lah Akan Dikenang Pemimpin Yang Unggul Jika...
Dia sendiri bersara awal pada 9 Mac 2009 ini, dan melucutkan semua pemimpin Tertinggi UMNO yang diselaputi amalan politik wang.
Gugurkan mereka semua dan biar Lah UMNO diterajui dan memimpin oleh pasukan yang benar-benar bersih.
Biar Lah ini menjadi permulaan baru untuk UMNO.
Jika tidak Abdullah Ahmad Badawi akan dikenang sebagai pemimpin politik yang paling teruk dan buruk pencapaiannya dalam sejarah kepemimpinan negara.
Pada masa ini dilihat lebih daripada satu parti politik dalam Barisan Nasional lebih bersih daripada UMNO.Khamis November 27, 2008
[DIKEMAS KINI] PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini memberi amaran kepada mana-mana ahli UMNO yang terbukti bersalah mengamalkan politik wang akan dilucutkan jawatan yang dimenangi mereka.
"Mereka sepatutnya tahu (tindakan dilucutkan jawatan). Mereka lupa dengan keghairahan nak bertanding, macam-macam boleh berlaku.
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/11/27/mstar_berita/20081127153003&sec=mstar_berita
Manakala semua parti politik Pakatan Rakyat lebih bersih daripada semua parti Barisan Nasional.
Pengundi dahulu dan 2 Juta Pengundi baru, tentulah mahukan parti yang bersih menang dalam PRU 13 kelak.
Ini sifat asas pengundi, dan kelihatan sifat utama para pengundi di PRU 13 kelak.